Assalamualaikum dan selamat kembali ke sekolah bagi adik-adik semua. Sempena memberi semangat kepada adik-adik yang baru memulakan sesi persekolahan tahun ni, saya dan beberapa team Les’ Copaque bersepakat memakai baju TADIKA MESRA ke office. Baju Tadika Mesra ni actually adalah salah satu baju krew semasa Karnival Upin & Ipin 2013 (Fuh~ Nasib muat lagi).

Kalau nak tahu, dipoket setiap baju ni ada tertulis nama masing-masing. Memang sama macam dalam cerita Upin & Ipin. Bukan semua staff Les’ Copaque ada baju ni sebab bukan semua yang bertugas semasa karnival tahun tu.

tadika06

tadika02

Tak semua yang join sesi bergambar ni sebab maklumlah baju dari tahun 2013. Ada yang dah simpan dalam store rasanya dan ada juga yang terlupa nak pakai.

10 minit sebelum rehat tengahari lebih kurang 15 staff Les’ Copaque berkumpul dipintu kaca Les’ Copaque untuk sesi bergambar. Objektif utama adalah untuk ambil gambar pakaian seragam ni dan sharekan di Facebook Upin & Ipin. Tapi biasalah, dah nama bergambar… mestilah macam-macam pose yang keluar. Dari group photo, pose bebas hinggalah kepada wefie.

Saya memang dah ada Bow Tie warna Merah yang kononnya untuk props persembahan “Cerita Kami” di Karnival Upin & Ipin. Bila pakai je Bow Tie Merah ni ramai pulak yang kata dah macam watak Ehsan. Tak tau la puji ke apa tu. Tapi terima je la..

tadika03 tadika04 Kalau nak tahu kat Les’ Copaque selalu je buat Theme Day iaitu kena pakai baju mengikut tema-tema tertentu. Kalau ada lagi theme day masa akan datang saya akan kongsikan lagi.

2,166 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge