Sebagai peminat pakaian jenama lokal , Tempatan Fest sememangnya menjadi salah satu event yang saya dinanti-nantikan. Tempatan Fest Ipoh telah diadakan pada 4 & 5 April di PORT Ipoh dan menjadi Tempatan Fest yang paling meriah setakat ini. PORT ataupun People Of Remarkable Talents adalah “port” baru di Ipoh bagi anak muda berkarya dan berkongsi segalanya berkaitan dengan aktiviti kreatif dan seni. Dengar kata ini adalah pertama kali event sebesar ini diadakan di PORT. Moh kita tengok apa yang menarik kat sini.

Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Fest Ipoh

PORT Ipoh

Apabila menjejakkan kaki di Tempatan Fest Ipoh, perkara pertama yang saya perasan adalah kekurangan parking. Ini adalah kerana tiada langsung parking awam yang disediakan untuk event sebesar Tempatan Fest. Jadi semua pengunjung terpaksa meletakkan kereta di kiri dan kanan jalan utama yang mana ianya sudah penuh seawal jam 9pagi. Suasana di hadapan pintu masuk PORT agak sesak namun terkawal kerana adanya bantuan dari Rela.

Tempatan Fest Ipoh

Aktiviti kreatif untuk anak Perak

Tempatan Fest Ipoh

PORT

Saya sendiri terpaksa parking jauh dan berjalan kaki sejauh 30 minit untuk ke Tempatan Fest. Tetapi rasanya semua itu berbaloi apabila melihat pelbagai jenama tempatan yang menawarkan harga jauh lebih murah di Tempatan Fest. Semua jenama lokal ini ditempatkan pada beberapa khemah yang berasingan. Beberapa jenama lokal yang terkenal turut menyertai Tempatan Fest Ipoh kali ini.

Tempatan Fest Ipoh

Pintu masuk Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Fest Ipoh

Miker Sangat Power

Tempatan Fest Ipoh

Baju Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Fest Ipoh

Salah satu jenama lokal Neverwake

Tempatan Fest Ipoh

Pirates X

Tempatan Fest Ipoh

The Republic

Namun begitu, beberapa jenama yang memberi penekanan kepada jenama Ipoh lebih diketengahkan bagi menyesuaikan dengan lokasi kali ini. Jenama seperti A Miker Brand, Ayaq Teh, The Republic, My Negeri dan 27 Legacy amat mendapat sambutan dari orang Ipoh. Jenama sendiri Tempatan Fest yang menjual baju rasmi Tempatan Fest Ipoh juga menerima sambutan yang baik dari pengunjung di sini. Walaupun bajunya nampak simple tapi dengan jenama logo Tempatan Fest Ipoh membuatkan baju ini di antara koleksi yang wajib untuk dibeli.

Tempatan Fest Ipoh

Koleksi 27 Legacy

Pada Tempatan Fest Ipoh kali ini saya ingin berkongsi mengenai salah satu jenama lokal yang menarik minat saya iaitu jenama RockStar. Terdapat beberapa design RockStar yang sangat menarik dan salah satunya adalah design PRIDE. Ianya adalah design Tshirt yang menggunakan elemen bendera Malaysia yang di susun dengan cantik. Walaupun ianya seakan-akan design jenama lain yang saya pernah tengok, tetapi PRIDE mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pada belakang tshirt PRIDE ini terdapat tulisan MALAYSIA yang disusun atur dengan sangat kreatif.

Tempatan Fest Ipoh

PRIDE oleh Rockstar

Tempatan Fest Ipoh

Pride

Tempatan Fest Ipoh

Pakaian lain di RockStar

Selain itu, Sweat Pants Rockstar juga merupakan salah satu hot items. Nampak unik dan selesa dipakai. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Rockstar bolehlah ikuti mereka di :

Instagram : https://instagram.com/rockstar_clothing/

Tempatan Fest Ipoh

Baju oleh Lubuk

Tempatan Fest Ipoh

Ini adalah jenama Cara

Seterusnya adalah salah satu jenama favorite saya iaitu My Negeri. Dulu saya pernah beli baju “Aku Orang Selangor” ketika di Tempatan Fest Selangor dan kali ini saya lihat baju “Teman Orang Perak” merupakan diantara design yang diketengahkan. Dengar kata, sekarang My Negeri dah ada macam-macam baju negeri yang lain dan ianya sering mendapat sambutan dari orang ramai. Selain itu, My Negeri juga turut menjual beberapa design baru seperti siri Lagenda dan banyak lagi.

Tempatan Fest Ipoh

Teman Orang Perak oleh My Negeri

Tempatan Fest Ipoh

My Negeri

Tempatan Fest Ipoh

Koleksi Lagenda My Negeri

Tempatan Fest Ipoh

Team My Negeri Marketing

Tempatan Fest Ipoh

Patch koleksi Tempatan Fest

Tempatan Fest Ipoh

Arte Tribe

Tempatan Fest Ipoh

Loaded Lifestyle

Tempatan Fest Ipoh

Loaded shawl

Booth Dribblack Apparel juga diantara yang ramai diserbu pengunjung. Diantara design yang terkenal oleh Dribblack adalah seperti Tigris dan Owlette manakala design terbaru mereka yang turut dijual di sini adalah Blaze dan Fleur. Apa yang saya suka dengan Dribblack Apparels adalah pada material dan designnya yang sangat mengikut trend terkini. Materialnya pula menggunakan kain jersi yang berkualiti dan menjadikan design baju mereka nampak premium apabila dipakai. Walaupun dengan design yang cantik dan kualiti yang baik, Dribblack masih lagi menjual baju mereka dengan harga mampu beli iaitu di dalam lingkungan RM70.

Saya sendiri beli sekurang-kurangnya 4 helai baju Dribblack ketika di sini. Salah satu design yang saya beli adalah design baru iaitu Fleur dan terus pakai.

Tempatan Fest Ipoh

Dribblack Apparels

Tempatan Fest Ipoh

Owlette

Tempatan Fest Ipoh

Fleur

Ini adalah design terbaru akan datang oleh Dribblack

#HarimauMalayaDB Pre-Order opening really soon. Are you ready? A photo posted by DRIBBAPPAREL™ (@dribbapparel) on

Tempatan Fest Ipoh

Koleksi baju oleh Miker, Sangat, Power

Tempatan Fest Ipoh

Koleksi Sangat

Neonate adalah salah satu lagi jenama lokal kepunyaan pelakon Karl Shafek. Neonate selalu menyertai Tempatan Fest dan jenama ini sangat terkenal di laman social media. Saya sempat bertemu dengan Karl ketika berada di sini dan mengikut Karl, Neonate akan turun ke event sekali setiap bulan. Karl juga amat berpuas hati dengan Tempatan Fest Kuantan yang telah berlangsung pada bulan lepas.

Instagram : https://instagram.com/neonate_clothing

Tempatan Fest Ipoh

Neonate

Tempatan Fest Ipoh

Owner Neonate Karl Shafeq

Tempatan Fest Ipoh

Salah satu baju baru Neonate

Tempatan Fest Ipoh

Neonate

Tempatan Fest Ipoh

Koleksi lokal yang lain

Tempatan Fest Ipoh

Mural di PORT

Jenama tempatan paling popular iaitu Abstrax Jingga merupakan salah satu booth yang sering diserbu pengunjung. Walaupun booth Abstrax Jingga berada di bahagian belakang sekali, tapi booth Abstrax Jingga ini tak pernah lengang dengan pengunjung. Selain design MASterpiece yang terkenal, design-design lain juga turut dijual.

Tempatan Fest Ipoh

Abstrax

Tempatan Fest Ipoh

Booth Abstrax

Tempatan Fest Ipoh

MASterpiece

Selain dari menjual pakaian, Tempatan Fest juga menjenamakan ruang makan mereka dengan nama Tempatan Cafe. Kali ni Tempatan Fest Ipoh menerima penglibatan jenama makanan dan minuman lokal seperti Cola Kedah, Hello Soda dan Ayaq Teh. Dalam keadaan panas-panas di PORT ni memang sedap dapat minum air di sini.

Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Cafe

 

Tempatan Fest Ipoh

Pilihan Ayaq Teh

Tempatan Fest Ipoh

Ayaq Kopi dan Ayaq Teh

Tempatan Fest Ipoh

Hello Soda

Tempatan Fest penuh dengan aktiviti muda-muda mudi seperti skate boarding, mini konsert dan sebagainya. Pada malam hari pula ada persembahan oleh band-band indie. Saya tak sempat nak capture semua aktiviti di sini. Tapi apa yang menarik minat saya adalah anak-anak muda di Ipoh ini sangat menjaga solat mereka. Walaupun tiada surau disediakan, mereka masih mendirikan solat berjemaah di khemah luar yang mana bersebelahan dengan orang membuat persembahan.

Tempatan Fest Ipoh

Solat

Tempatan Fest Ipoh

Persembahan

Pada bulan 5 nanti, Tempatan Fest akan diadakan di Melaka pula. Adakah orang Melaka dah tak sabar nak datang ke Tempatan Fest? Kalau nak tahu info lanjut mengenai Tempatan Fest bolehlah ikuti sosial media mereka.

C’mon.. Let’s Sail South! #tfmelaka15 #melaka #tfrootstour15 #tempatanfest #lokalbrands #lokalah #bdbmelakastore

A photo posted by TEMPATAN FEST (@tempatanfest) on

copyright

5,594 total views, 4 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

  • […] Dengan lokasi yang sangat strategik, memang mustahil untuk tidak terperasan event ni bila pusing-pusing di bandaraya Ipoh. Apa yang saya nampak Port Festival ini merupakan gabungan satu lagi event iaitu Lokal Fellow yang lebih memfokuskan kepada penjualan jenama pakaian lokal ala-ala Tempatan Fest. Manakala Port Festival ini sendiri sebenarnya adalah bertujuan menonjolkan industri kreatif dan hasil anak seni orang Ipoh. PORT itu sendiri membawa maksud People Of Remarkable Talents. […]

  • Pengedar lokal ni semua guna baju dorang buat sendiri eh ? Bukan supplier ? Kain dia sedap lahh .. Kalau sesiapa tahu supplier baju lokal ni , boleh share ? Tq .

Leave a Reply to KiD Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge