Kali ni saya nak bawa anda semua ke Jakarta untuk merasai Sate Indonesia yang unik dan sedap. Kalau biasanya kita makan Sate kat Malaysia tapi Sate di Indonesia ni sangat unik dan banyak jenis pilihan. Tak percaya? Kalau berpeluang ke Jakarta lepas ni apa kata cuba rasa sendiri sate di restoran Tesate. Tesate ni sebenarnya ada banyak cawangan dan agak terkenal di Indonesia. Cawangan yang saya pergi ni adalah di Plaza Senayan, Jakarta.

Suasana di dalam restoran Tesate ni sangat selesa dan cantik. Dibeberapa sudut di dalam restoran terdapat dekorasi berunsurkan budaya Indonesia serta ruang dapur membakar sate boleh dilihat dari ruang makan kerana ianya ditutupi dengan cermin kaca.

menu sate di tesate

Tesate

menu sate di tesate

Talapia bakar

menu sate di tesate

Ikan

Sebelum kita tengok apa menu sate kat sini, jom kita tengok dulu apa makanan lain yang ada kat sini. Walaupun kat sini menjual sate sebagai makanan utama, tetapi kita masih boleh mencuba menu Indonesia yang lain seperti Ayam Penyet, Gado-Gado, Tahu Sumedang, Kerapu Bakar dan macam-macam lagi. Bagi sesiapa yang peminat makanan Indonesia pasti dah tahu dengan nama-nama makanan kat sini. Semuanya nampak sedap-sedap, sampai taktau nak order yang mana.

Kesemua makanan disediakan dan dipersembahkan dengan cantik dan menyelerakan. Food presentation kat sini memang power sebab mereka memang menekankan gaya persembahan pada makanan. Rasa dia macam mana pulak? Jap lagi kita rasa sama-sama.

menu sate di tesate

Sate ketika sedang dibakar di Tesate

menu sate di tesate

Ayam Penyet

menu sate di tesate

Menu lain di Tesate

menu sate di tesate

Manisan

Bila kita ke bahagian sate pula, saya sendiri tak sangka begitu banyak pilihan sate yang ada kat sini. Sebelum ni saya tahu, sate ayam, kambing atau daging saja. Tapi kat sini nama seperti Sate Ayam Blora dan Sate Sapi Marrangi adalah diantara nama sate yang pertama kali saya dengar. Selain dari tu, Sate Kambing dan Sate Padang juga turut dijual kat sini.

Kebanyakkan set sate kat sini didatangkan di dalam 6 cucuk/set dan dihidangkan di dalam pinggan beserta kuah dan bahan-bahan lain. Setiap menu satenya nampak begitu berbeza dari segi bentuk dan cara penyediaannya. Satenya dihidangkan dengan begitu meriah sekali bersama kuah yang berwarna-warna. Bukan semua sate kat sini menggunakan kuah kacang seperti di Malaysia, tetapi setiap kuahnya berbeza-beza dari segi warna dan rasanya. Ada yang menggunakan kuah seakan-akan kuah kacang yang berkrim dan ada juga yang menggunakan kicap sebagai bahan utama.

menu sate di tesate

Gado-Gado

menu sate di tesate

Manisan lagi

menu sate di tesate

Daging

menu sate di tesate

Sup Bontot

Sama seperti rupanya, rasa satenya juga pelbagai dan bercampur. Dagingnya memang lembut dan rasanya sungguh mewah seolah-olah dagingnya dipilih dengan teliti sebelum dimasak. Isi dagingnya saja dah sedap dimakan begitu sahaja apatah lagi bila dicampurkan bersama kuah khas. Perapan dagingnya mempunyai rasa yang unik dan sangat beraroma. Namun begitu, kebanyakkan kuahnya tidaklah pedas malahan lebih kepada manis. Walaupun terdapat cili potong di dalam kuahnya, tetapi oleh kerana kuahnya sendiri dah manis jadi keseluruhan rasanya tidaklah menjamin kepedasan.

Bagi saya setiap rasa sate kat sini memang unik. Sedap atau tidak tu bergantung kepada individu dan pilihan masing-masing. Untuk rasa sekali sekala mungkin sudah memadai bagi saya kerana tekak saya lebih gemar dengan sate di Malaysia yang berkuah kacang pekat dan daging yang dibakar garing.

menu sate di tesate

Sate Minang di Tesate

menu sate di tesate

Sate Daging Blora

menu sate di tesate

Salah satu menu sate di Tesate

Jadi kalau bercuti ke Jakarta tu jangan lupa untuk mencuba Tesate ni tau.

Baca mengenai :
Sate Ikan di Satay Station

1,086 total views, 11 views today

            

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge