Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah banyak kali saya bercuti di Melaka dan tak pernah lagi saya menginap di hotel seperti The Kahaani. The Kahaani ni sebenarnya bukanlah hotel biasa tetapi ianya lebih berkonsepkan villa mewah yang mempunyai 6 bilik sahaja. Saya dimaklumkan, dahulu The Kahaani ini merupakan penginapan VVIP namun setelah ianya diambil alih oleh syarikat swasta ianya mula dibuka kepada orang awam.

The Kahaani Melaka

Saya bersama Zarith di The Kahaani Melaka

Saya ucapkan terima kasih kepada Majalah Libur kerana memberi peluang kepada saya untuk bermalam secara mewah di The Kahanni. Jom ikut saya bersiar-siar di dalam hotel ini.

The Kahaani Melaka

Kawasan ruang tamu di lobby yang luas

The Kahaani Melaka

Swimming Pool pun ada

Rekaan dalaman The Kahanni ni memang nampak klasik namun semuanya nampak sangat mahal dan bertaraf tinggi. Menjejakkan kaki di lobby The Kahaani sudah membuatkan saya rasa seolah-olah sedang berada di rumah seorang menteri. Ruang lobbynya sungguh luas dan cantik. Ianya dihiasi dengan pelbagai hiasan mewah seperti tembikar klasik dan hiasan haiwan yang telah diawetkan.

Hampir tak percaya villa yang sebenar ini hanya ada 6 buah bilik sahaja. Setiap biliknya adalah berbeza dari segi saiz dan rekaan dalamannya. Bilik saya diberi nama “Angklung Suite”. Untuk naik ke tingkat atas, saya harus menaiki tangga ala-ala kolonial British yang sungguh cantik. Tangga ni mengingatkan saya dengan babak-babak di dalam filem barat yang mempunyai aksi tarian di ballroom. Pada kebiasaannya, heroin akan turun melalui tangga ini dengan berpakaian cantik.

The Kahaani Melaka

Tangga yang klasik

The Kahaani Melaka

Pantry pun ada

Sebelum sampai ke bilik “Angklung Suite”, terdapat satu ruang besar di hadapan bilik saya yang bersaiz sebesar sebuah bilik tidur. Rupanya kawasan ini merupakan sebahagian dari bilik “Angklung Suite”. Bila saya masuk ke dalam bilik, alangkah terkejutnya saya lihat bilik yang begitu besar. Sebuah katil bersaiz king betul-betul diletakkan di tengah-tengah bilik disamping beberapa perabot klasik yang sangat cantik menghiasi bilik tersebut. Rekaannya dalamannya sungguh cantik dan terus membuatkan saya terasa seperti “orang kaya”.

The Kahaani Melaka

Kawasan lapang di hadapan bilik

The Kahaani Melaka

Bilik yang luas

Zarith pun sangat excited dan happy sebab dalam bilik ni turut disediakan TV Plasma berserta decoder Astro sendiri. Habislah dia tengok GoShop je sampai malam.

The Kahaani Melaka

Zarith yang dah leka dapat remote Astro

Di dalam bilik tersebut juga, terdapat sebuah bilik air dan sebuah bilik jacuzzi. Sebelum sampai ke bilik jacuzzi, terdapat satu lagi ruang untuk bersolek dan bersiap. Secara keseluruhannya ruang di dalam bilik ni sangat luas dan besar.  Rasa macam nak bawak keluarga pun boleh lagi.

The Kahaani Melaka

Almari besar

The Kahaani Melaka

Kelengkapan seperti sabun

The Kahaani Melaka

Ruang bersiap

The Kahaani Melaka

Jacuzzi

The Kahaani Melaka

Kawasan bilik air

Selain dari kemewahan bilik-bilik di The Kahaani, apa yang membuatkan The Kahaani begitu mewah adalah dengan perkhidmatan Butler peribadi. Ya, di sini terdapat seorang Butler peribadi yang akan melayan semua tetamu termasuklah dengan menyediakan sarapan pagi. Di sini tiada sarapan ala buffet seperti hotel yang lain. Menu western style merupakan menu utama sarapan pagi di sini. Orange juice atau English Tea, kita yang tetapkan.

The Kahaani Melaka

Sarapan pagi

Menginap di The Kahaani memang salah satu pengalaman baru saya. The Kahaani memang sesuai bagi mereka yang inginkan privasi dan lari dari kesibukan bandar. Kos untuk menginap semalaman di sini adalah di dalam lingkungan RM700-Rm1000.

The Kahaani Melaka

English Breakfast

Ini adalah alamat The Kahaani

Jalan TU1, Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh , Ayer Keroh, Melaka

Website : http://www.thekahaani.com/

 Apa yang Best ?
+ Villa mewah yang eksklusif

Apa yang kurang Best?
– Suasana yang terlalu sunyi

2,218 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge