Cuti sekolah dah tak lama lagi dan pasti ramai yang dah mula merancang percutian sekeluarga. Sekiranya merancang untuk ke Melaka, salah satu hotel yang sangat berbaloi untuk bercuti adalah The Straits Hotel & Suites. Ini adalah kerana lokasinya yang terletak ditengah-tengah bandaraya Melaka dan berhampiran dengan semua tarikan utama Melaka seperti Melaka Alive ataupun Asam Pedas Tetel.

The Straits Hotel & Suites

Lobby hotel yang luas

The Straits Hotel & Suites

Proses check in

Selain tu, The Straits Hotel & Suites juga adalah sebuah hotel baru di Melaka. Jadi semuanya nampak sangat cantik dan selesa. Jom tengok apa yang ada kat dalam hotel ni.

Sebenarnya Straits Hotel & Suites Melaka ni sangat dekat dengan tempat menarik di Melaka. Jalan kakipun dah boleh sampai.

  • Dataran Pahlawan – 350m berjalan kaki
  • Mahkota Parade – 600m berjalan kaki
  • A’Famosa – 850m berjalan kaki
  • St. Paul Church – 1km berjalan kaki
  • The Stadthuys – 1.3km berjalan kaki
  • Jonker’s Street – 1.6km berjalan kaki

Straits Hotel & Suites ni merupakan hotel dengan bangunan yang tinggi. Walaupun bukan hotel tertinggi di kawasan tersebut, tapi dari jauh dah boleh nampak mercu bangunan ni. Hotel ini mempunyai kawasan parking di dalam bangunan. Walau bagaimanapun, hotel ini berkongsi parking dengan hotel yang lain. Jadi sebelum parking tu kenalah tengok betul-betul nama hotel.

 

Kawasan lobby hotel sangat luas dan selesa. Semasa kunjungan saya, saya tengok ramai juga orang yang menginap di sini bersiap sedia untuk check in. Satu bas penuh orang turun dengan bag masing-masing. Selain dari kawasan yang strategik, harga bilik Straits Hotel & Suite ni sangat berpatutan. Walaupun biliknya luas dan cantik, tapi harganya tidaklah terlalu mahal. Harga bilik di sini bermula dari harga *RM188 sehinggalah *RM268.

The Straits Hotel & Suites

Diantara hotel tertinggi

The Straits Hotel & Suites

The Straits Hotel & Suites diuruskan oleh Topotels

The Straits Hotel & Suites

Bilik yang luas

Terdapat beberapa pilihan bilik seperti Deluxe, Suites dan Premier. Kesemua bilik di sini sangat luas dan kemas. Walaupun design setiap bilik nampak ringkas namun ianya sangat selesa dan cantik. Terdapat beberapa bilik yang dilengkapi dengan bilik air yang transparent. Sesuai untuk pasangan yang berbulan madu ataupun inginkan suasana .

Konsep yang diterapkan di sini seolah-olah memberikan perasaan berada di rumah sendiri. Terdapat ruangan “living hall” yang lengkap dengan sofa dan TV. Selain itu juga beberapa bilik dilengkapi dengan meja makan dan kabinet. Namun begitu, tiada kemudahan memasak disediakan. Kalau ada tinggal masak dan makan dalam bilik je.

The Straits Hotel & Suites

Katil king size yang besar dan selesa

The Straits Hotel & Suites

Living area lengkap dengan sofa dan TV

The Straits Hotel & Suites

Meja makan pun ada

The Straits Hotel & Suites

Dah rupa macam rumah sendiri

The Straits Hotel & Suites

Selesa

Kesemua bilik di sini dilengkapi dengan bath tub dan bilik air yang luas. Apa yang menjadi trademark di hotel ni yang harus saya highlightkan adalah almari 3 pintu yang menggunakan sliding door. Walaupun nampak simple, tapi saya suka sangat dengan almari ni sebab ianya memberi ruang untuk simpanan barang yang optimum. Dahlah bilik luas, almari pun luas dan besar. Pendek kata semua barang boleh disimpan di dalam almari dan taklah nampak bersepah sangat.

The Straits Hotel & Suites

Bilik air lengkap dengan bathtub

The Straits Hotel & Suites

Bilik air yang luas

The Straits Hotel & Suites

Almari 3 pintu yang sangat berguna

The Straits Hotel & Suites

Bilik air transparent. Mandi boleh nampak sampai luar.

 

Selepas terjah disetiap bilik, saya tengok pula kemudahan lain yang terdapat di sini. Di tingkat atas sekali terdapat 2 bilik Sauna khusus untuk pelanggan hotel. Jarang saya jumpa hotel yang ada perkhidmatan bilik Sauna macam ni. Keadaan di dalam bilik Sauna ni sangat bersih dan cantik serta sudah tentulah “Panas”. Selain tu, jangan risau sebab bilik Sauna untuk lelaki dan perempuan adalah berasingan. Jadi bolehlah pakai tuala je masa duduk dalam ni.

Selesai bersauna, kita bolehlah membakar lemak yang tak cair semasa di Sauna dengan bermain Gym. Bilik Gym ni terletak di tingkat yang berbeza dan berdekatan dengan kafe. Walaupun bilik Gymnya tak terlalu besar, tapi semua kelengkapan asas untuk Gym disediakan.

The Straits Hotel & Suites

Bilik Sauna

The Straits Hotel & Suites

Gym

The Straits Hotel & Suites

Banyaknya dumbbell

The Straits Hotel & Suites

Nak lari kejap

The Straits Hotel & Suites

Swimming pool di tingkat atas

The Straits Hotel & Suites

Berendam je pun best juga

Selepas penat membakar lemak di Gym, saya pun berehat dan berendam di swimming pool yang terletak di rooftop. Swimming poolnya betul-betul luas dan cantik. Oleh kerana ianya berada di rooftop, jadi sambil berenang tu bolehlah nampak suasana di luar. Swimming poolnya hanya mempunyai satu level sahaja dan tiada pengkhususan untuk kanak-kanak. Tapi jangan risau sebab takdelah dalam sangat airnya.

The Straits Hotel & Suites

Sesuai untuk seisi keluarga

The Straits Hotel & Suites

Pemandangan yang cantik dari swimming pool

Sebelum mengakhiri percutian saya di Straits Hotel & Suites Melaka, mari saya kongsikan pengalaman bersarapan pagi di sini. Seperti di hotel-hotel yang lain, sistem kupon digunakan. Sarapan pagi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 10.3pagi. Terdapat 2 kawasan makan iaitu di dalam dan di luar kafe. Makanan yang disediakan adalah seperti nasi lemak, roti bakar, roti canai dan beberapa makanan lagi.

Cukuplah untuk memulakan pagi sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.

The Straits Hotel & Suites

Kafe untuk sarapan pagi

The Straits Hotel & Suites

Suasana makan di luar

The Straits Hotel & Suites

Roti canai dan nasi lemak

The Straits Hotel & Suites

Roti pun ada

The Straits Hotel & Suites

Diantara menu makanan pagi yang lain

The Straits Hotel & Suites

Set western pun ada

Bagi yang ingin bercuti ke Melaka jangan lupa untuk menginap di Straits Hotels & Suites.

No 1-B , Jalan Melaka Raya 2 ,
Taman Melaka Raya,
75000, Melaka Malaysia
Website : http://www.straitshotelsuites.com/
Facebook : https://www.facebook.com/thestraitshotelsuites
Instagram : https://instagram.com/thestraitshotelandsuites

book-now

5,930 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge