Sebelum saya ke Penang beberapa bulan lepas, saya dah buat checklist untuk semua tempat yang wajib saya pergi termasuklah salah satu kedai pakaian jenama lokal yang sangat rare iaitu Lansi. Ha, jenama Lansi ni sebenarnya yang dihasilkan oleh The Swagger Salon. Kalau sebut Lansi, mesti terus teringat dialog filem melayu “Lu Langi, Lu Mati”. Kalau nak tahu, jenama ni memang berasal dari Penang dan butiknya juga hanya terdapat di Penang. Apa kata, ikut saya masuk dalam butik ni dan tengok apa ada kat dalam The Swagger Salon ni.

The Swagger Salon Lansi

The Swagger Salon di Penang

The Swagger Salon Lansi

Rupa di dalam kedai The Swagger Salon

Butik The Swagger Salon ni terletak ni no 37, Jalan Gurdwara, Georgetown dan untuk ke sini lebih mudah untuk waze saja. Butik ni terletak betul-betul di tepi jalan dan tak susah nak jumpa. Cuma masalah kalau nak ke sini adalah masalah parking yang sangat terhad.

Dalam butik The Swagger Salon ni kebanyakannya menjual semua pakaian seperti tshirt, jaket dan topi berjenama utama mereka iaitu Lansi. Saya sempat bertanyakan kepada salah seorang staff kat situ kenapa memilih jenama Lansi. Adakah ianya tidak terlalu kasar? Adakah saya akan dibelasah sekiranya saya pakai baju Lansi? Ini adalah jawapan mereka.

Lansi bermaksud seseorang itu mempunyai keyakinan yang tinggi dan sentiasa mempunyai rasa hormat terhadap diri sendiri. Selain itu, jenama Lansi juga seolah-olah memberi satu level of respect kepada pemakainya dan sentiasa ada sifat berani. 
The Swagger Salon

Diantara baju Lansi

The Swagger Salon

Topi Lansi

The Swagger Salon

Baju Lansi

The Swagger Salon

Money clipper

Saya suka melihat baju Lansi kerana designnya yang simple tetapi kualiti pada cetak dan materialnya yang sangat tinggi. Design perkataan Lansi tu sendiri ada pelbagai pilihan warna serta material seperti cotton ataupun baldu. Label pada baju tersebut juga diletak dan disusun dengan kemas dan cantik. Harga purata baju kat sini adalah sekitar RM50-RM100 bergantung kepada material dan jenis baju. Lansi juga terkenal dan model-model seksi yang mempromosikan baju mereka. Kalau nak tahu, kenalah google sendiri.

Selain dari pilihan baju, The Swagger Salon juga ada menjual pelbagai design topi berjenama Lansi dan beberapa jenama lain. The Swagger Salon juga baru-baru ini telah mengeluarkan jenama ke dua mereka iaitu Taikor. Jadi siapa yang berani pakai jenama Lansi dan Taikor ni bolehlah singgah ke butik mereka kalau datang ke Penang nanti.

The Swagger Salon

Design unik Lansi

The Swagger Salon

Design topi Lansi yang ceria

The Swagger Salon

Design baru Taikor

The Swagger Salon

Staff The Swagger Salon yang sungguh LANSI

The Swagger Salon

Diantara goodies yang turut diberi dengan setiap pembelian baju Lansi

Kalau yang terasa jauh nak datang ke Penang, bolehlah juga beli secara online di http://shop.theswaggersalon.com/

The Swagger Salon

Panorama di dalam The Swagger Salon

Terima kasih kepada 2 orang staff The Swagger Salon yang melayan saya dan isteri saya Zarith dengan baik dan sanggup melayan kerenah saya selama 1 jam di butik tersebut.

Ini adalah alamat The Swagger Salon :

No 37, Jalan Gurdwara, Georgetown
Facebook : https://www.facebook.com/theswaggersalon
Istagram : https://instagram.com/theswaggersalon/

Bonus

Saya Lansi tak?

copyright

2,236 total views, 1 views today

            

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to Sani Sini Sana Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge