Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Tahap keselamatan amat penting semasa mengendalikan media sosial lebih-lebih lagi kepada penggiat media sosial seperti Blogger, YouTuber, pengurus Facebook Fanpage Manager dan macam-macam lagi. Oleh kerana kebanyakkan pengendali media sosial sibuk memikirkan pengisian dan contents media sosial masing-masing sehingga terlupa untuk menjaga dan memelihara dari ianya digodam. Pasti akan rasa menyesal tak sudah kalau kita kehilangan blog ataupun Facebook Fanpage secara tiba-tiba. Ini bukanlah langkah 100% yang menjamin dari media sosial anda terselamat, tetapi sekurang-kurangnya dapat menyusahkan kerja pengodam.

Kenapa Pengodam Ingin Mengodam?

Soalan ni mungkin nampak macam tak logik tetapi tahukah anda kebanyakkan penggodam tidak mempunyai alasan untuk menggodam. Mereka hanya suka-suka bagi mencapai kepuasan dan membuktikan mereka sudah mencapai satu tahap tertentu.

Advertisements

Diantara sebab lain adalah kerana ingin menjatuhkan jenama tertentu bagi tujuan peribadi

fb_01

Tip Mengelak Facebook/Fanpage digodam

  1. Password / Kata Laluan
    Elak menggunakan password dari kata nama yang mudah diteka dan jangan gunakan elemen-elemen mudah seperti nama, nama isteri/suami, tarikh lahir. Jangan juga menggunakan gabungan jujukan nombor yang sama seperti 1234 atau 6789. Password yang baik adalah terdiri dari gabungan huruf besar, huruf kecil dan nombor.
  2. Emel
    Kalau anda perasan, kawan-kawan di Facebook/Fanpage takkan tahu apakah emel login anda kerana ianya adalah rahsia dan tidak di display di mana-mana bahagian. Walaupun terdapat cari “tipu” untuk mendapatkan emel orang di Facebook, tetapi saya sarankan jangan reveal emel address anda kepada sesiapa. Emel address untuk login di Facebook adalah perkara pertama yang penggodam cari untuk memulakan kerja. Bagi Blogger pula jangan gunakan emel address yang sama yang kita letak di bahagian contact di dalam blog.
  3. Mobile Verification 
    Langkah ini sangat penting dan sangat berguna kerana ianya menambah satu langkah pengesahan untuk proses login ke Facebook. Walaupun ianya nampak sangat secure, tapi percayalah ianya masih belum cukup untuk menghalang dari Facebook/Fanpage digodam. Tetapi langkah ini sangat berguna untuk langkah yang seterusnya.
    4-19-2013-1-23-44-PM
  4. Notifikasi Emel
    Masih di dalam kategori emel tetapi kali ini saya menekankan tentang kepentingan notifikasi emel yang masuk. Maksud saya, pastikan kita boleh dan mudah untuk menerima setiap notifikasi yang masuk melalui emel yang digunakan untuk login ke Facebook. Ini adalah kerana, sekiranya Facebook anda sedang digodam anda menerima notifikasi penukaran password atau pembuangan status admin secara langsung. Ketika ini, kalau anda cepat bertindak kemungkinan besar anda masih boleh selamatkan Facebook/Fanpage anda melalui mobile verification.
  5. Elakkan terkena Phishing
    Phishing adalah satu term di mana anda terklik satu link palsu yang membuatkan segala maklumat anda diambil secara diam-diam. Biasanya phishing dilakukan melalui emel ataupun melalui blog palsu yang berniat untuk menjerat orang. Jadi hati-hati ketika melayari internet. Sekiranya anda masih ingin klik link tertentu tetapi ada rasa was-was, cuba klik link tersebut di dalam mode Private/Incognito.
  6. Admin dan Editor
    Ini adalah salah satu tip rahsia dan boleh diamalkan sekiranya anda mengendalikan Facebook Fanpage yang besar dan risau sekiranya digodam. Walaupun anda adalah level Admin, tetapi buat satu lagi akaun untuk level Editor. Gunakan login level Editor ni sebagai login utama dan updatelah Fanpage anda dengan akaun ini. Dengan cara ini, boleh mengurangkan kemungkinan akaun Admin anda dari digodam dan terdedah dengan kemungkinan terkena Phishing.
  7. Elak menggunakan WiFi Percuma
    Walaupun ini bukanlah punca utama, tetapi beberapa perkhidmatan WiFi percuma boleh mengundang padah. Bayangkan sekiranya smartphone kita sedang menggunakan saluran WiFi pada saluran yang sama dengan penggodam. Apa saja boleh dilakukan. Kita juga harus berhati-hati dengan perkhidmatan WiFi yang memerlukan kita mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan servis WiFi. Walaupun pada linknya tertulis “Register” ataupun “Use Internet Now” tetapi kita tak tahu apa sebenarnya skrip yang berjalan di belakang page tersebut.
    fb_02

Apa nak buat selepas kena Godam?

Sebaik saja digodam, terus laporkan pada Facebook melalui link https://www.facebook.com/hacked . Pada kebiasaannya, beberapa maklumat seperti emel , no telefon boleh membantu proses ni. Facebook mempunyai data dan tracking sekiranya kita betul-betul “pernah” menjadi admin pada Fanpage tersebut. Tetapi semuanya bergantung kepada nasib kerana proses ini mungkin makan masa. Sekiranya “Admin” baru tadi berhajat untuk membuang Fanpage anda, mungkin tiada apa lagi dapat diselamatkan.

Tip untuk laman Media Sosial lain

Secara asasnya, gunakanlah apa saja security features yang ada pada setiap perkhidmatan media sosial. Cuba gunakan emel yang berbeza bagi setiap media sosial kita. Memang saya akui terlalu banyak kerja dan leceh, tetapi kita tak tahu ianya akan berguna pada suatu hari nanti.

 5,763 total views,  2 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.