Kepada semua peminat sejati drama korea pasti tahu tentang drama korea yang sedang meletop di Korea sekarang iaitu “Goblin”. Walaupun sekarang ni drama Goblin sedang ditayangkan di Korea tetapi secara eksklusifnya iflix juga turut menayangkan drama ni. Dengar kata beza masa tayangan di Korea dan di iflix hanyalah kurang dari 24 jam dan ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad bermula 3 Disember yang lalu. Sebagai penonton sejati iflix saya juga pasti tak lepaskan peluang menonton drama korea ni. Bagi sesiapa yang tak tahu macam mana nak sambungkan tonton iflix di TV menggunakan Chromecast sila baca langkah-langkah mudah ni.

Goblin on iflix

Goblin on iflix

Drama Korea Goblin ni mengisahkan tentang seorang dewa hensem lakonan Gong Yoo yang telah jatuh cinta dengan seorang wanita biasa lakonan Kim Go-Eun. Percintaan mereka ni begitu complicated apa tah lagi bila melibatkan Lee Dong Wook iaitu dewa kematian. Cerita ni sangat menarik dengan plot cerita yang mencemaskan dan romantik. Setakat ni saya suka dengan cinematography cerita ni permainan emosi yang ditonjolkan dalam setiap watak.

Orang lain mungkin ada yang suka cerita dengan sebab pelakon-pelakon drama ni semuanya hebat-hebat dan terkenal serta pernah berlakon di dalam filem seperti Train To Busan, Scent of a Woman dan banyak lagi. Drama Goblin ni diarahkan oleh pengarah drama Descendants of the Sun.

Advertisements

Goblin on iflix Goblin on iflix

Jadi jangan ketinggalan menonton drama korea Goblin di iflix serta banyak lagi drama-drama Korea yang lain.

 

 

 5,432 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.