Dalam senarai Top 5 kali ini saya nak kongsikan 5 perkara unik yang dilalui oleh seorang gamer dan hanya difahami oleh seorang gamer yang lain. Senarai ini mungkin tak difahami sekiranya anda tidak pernah bermain games samada menggunakan komputer ataupun console.

  1. CD Calar

    Dulu kebanyakkan games adalah di dalam bentuk CD dan yang hairannya ianya mudah bercalar. Samada cara simpanan CD yang kurang cermat ataupun kekerapan bermain permainan yang sama menyebabkan belakang CD cepat bercalar. Kalau dulu siapa yang sayangkan CD gamesnya akan menggunakan ubat gigi ataupun siapa yang mampu akan beli produk yang lebih mahal dan mengelap di belakang CD menggunakan kain dengan harapan ianya akan boleh digunakan semula.
    games09games03Kalau sekarang dah banyak games versi download dan pengalaman menggunakan CD sudahpun berkurangan.

  2. Lupa Save

    Bayangkanlah bila dah main selama beberapa jam dan tiba-tiba lupa nak save progress. Tambah kecewa lagi bila kalah dengan “bos” dan progress selama berjam-jam tu sia-sia dan terpaksa main semua dari awal. Walaupun mungkin dapat mengulang semula level yang sama dengan mudah tapi perasaannya takkan sama.
    games01games04

  3. Demi Masa

    Mana perginya masa kita ketika bermain games? Kalau kita main games 3 hingga 4 jam pasti kita tak sedar dan seolah-olah masa berjalan begitu pantas. Lebih-lebih lagi kalau kita bermain Command & Conquer yang memerlukan masa yang lama untuk membina base. Kalau main games The Sims pula, boleh main sampai 24jam. Kalau baca buku 10 minit dah rasa ngantuk. Misteri betul.games05games06

  4. W,A,S,D Hilang

    Perasaan ini hanya boleh difahami oleh Gamer sejati. Ramai orang tak faham kepada kekunci W, A, S dan D pada keyboard cepat pudar dan hilang. Jawapannya adalah kerana  4 kekunci ini adalah kekunci universal untuk semua permainan komputer. Dari Counter Strike, Quake, FIFA sehinggalah Street Fighter semuanya menggunakan 4 huruf ini. Walaupun kekunci lain seperti arrow key juga kadang-kala hilang, tapi ianya tidak seserius ini.
    8563963_orig

  5. Tak boleh PAUSE

    Kadang-kadang sesetengah game tak boleh dipause lebih-lebih lagi ketika sedang bermain online dengan kawan-kawan. Permainan seperti Destiny ataupun FIFA16 di Playstation 4  membolehkan kita bermain secara online dan markah serta ranking turut diambil kira. Kita tak boleh sesuka hati berhenti tiba-tiba ketika perlawanan bola sepak di FIFA16 dengan alasan kena pergi ke kedai ataupun girlfriend marah sebab dah banyak kali call tak angkat.

    Setiap abandoned games akan memberikan rating buruk dan mengurangkan markah kita. Siapa nak tanggung?
    games07games08

Itulah sebahagian dari Top 5 perkara yang hanya difahami oleh games. Siapa rasa list ni betul ataupun ada penambahan? Sila tinggalkan komen di bawah.

804 total views, 1 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge