Semasa saya menginap di DoubleTree by Hilton Johor Bahru. saya juga turut diperkenalkan dengan restoran Tosca yang terletak di tingkat 13 hotel ini. Meskipun berada di dalam bangunan yang sama, Tosca menyajikan makanan yang berbeza dengan “Makan Kitchen” yang terletak di ground floor. Dengan berkonsepkan masakan Itali, Tosca merupakan restoran yang ideal bagi mereka yang inginkan suasana makan yang eksklusif ataupun private dinner.

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Restoran Tosca

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Suasana di luar Tosca

Restoran Tosca terletak bersebelahan dengan swimming pool. Berkonsepkan live kitchen, kita boleh nampak chef menyediakan pizza dan juga chef akan memasakan pasta mengikut permintaan kita. Terdapat juga sebuah bilik makan khas yang mempunyai pintu kaca bagi memberi peluang pengunjung menonton aksi menarik di dapur ketika sedang makan. 

Bila bercakap mengenai makanan Itali, sebenarnya ada banyak jenis makanan yang saya pun tak tau nama dia. Bermula dari pasta, pizza hinggalah kepada bruschetta semuanya nampak sangat Itali. Dapur Pizza menggunakan konsep terbuka dan kita boleh nampak chef menyediakan bahan-bahan untuk pizza secara live.

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Kaunter Pizza

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Salah satu menu daging

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Kaunter buffet Seafood

Pastanya pun sedap dan terdapat banyak pilihan masakan samada cabornara ataupun tomato. Kita boleh minta nak lebihkan atau nak kurangkan apa-apa bahan dalam tu. Selain dari kaunter masakan, terdapat juga buffet makanan yang telah tersedia seperti masakan salmon, ayam, daging dan macam-macam lagi. Kaunter buffet kat sini tidaklah begitu banyak pilihan seperti di “Makan Kitchen” kerana semua menu kat sini adalah menu eksklusif Itali sahaja.

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Kaunter pasta

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Salmon

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Pizza

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Carbonara

Ini adalah part yang paling saya tunggu iaitu Dessert. Saya tak sangka saya akan cakap benda ni, tapi kaunter dessert kat sini dah memanggil sebaik saja saya masuk ke dalam Tosca. Kebanyakkan menu dessert kat sini saya tak pernah tengok dan makan. Semuanya nampak cantik can comel sampai rasa sayang pula nak makan.

Salah satu dessert yang menarik perhatian saya adalah yang berbentuk seperti telur iaitu Panna Cotta Egg. Walaupun rupanya macam telur, tapi ianya takde rasa telur langsung. Yang kuning tu rupanya adalah rasa manggo. Macam tak percaya je kan?

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Dessert

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Kek dan macam-macam lagi

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Ni pun sedap juga

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Dessert berupa telur

Tosca DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Panna Cotta Egg

Alamat

Tosca
Doubletree by Hilton Hotel Johor Bahru
12 Jalan Ngee Heng
Johor Bahru 80000
+6 07 268 6868
doubletree3.hilton.com
Open 11:30am – 2:30pm
6:30pm – 10:30pm

911 total views, 3 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge