Pada 17 Ogos yang lalu pihak Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports City ataupun Stadium Nasional Bukit Jalil telahpun membuka trek larian secara percuma kepada orang ramai. Menurut respon dari admin pihak Stadium Nasional di laman sosial Instagram @stadiummalaysia_official, trek larian ni dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 7pagi hingga 10pagi, berbeza dengan langkah pihak Stadium sebelum ini yang hanya membuka pada tempoh-tempoh tertentu sahaja. Namun begitu, trek larian ini tidak akan dibuka sekiranya terdapat sebarang acara yang melibatkan penggunaan stadium.

Walaupun saya pernah berlari di trek larian Stadium Nasional Bukit Jalil ini namun bila dah diberi peluang percuma seperti ini, saya rasa excited dan ingin berlari sekali lagi di sini. Seperti yang kita semua tahu, trek larian dan Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan salah satu stadium bertaraf antarabangsa yang kita sebagai rakyat Malaysia patut banggakan. Stadium Nasional Bukit Jalil telah dinaik taraf sempena Sukan Sea ke-29 pada tahun 2017 dan pemandangan di dalam stadium ini sungguh memukau.

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Penggunaan percuma trek larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil

Parking di kawasan luar dan masuk ke larian melalui pintu ini

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Berpeluang berlari di trek larian di Stadium Nasional Bukit Jalil saya rasa diantara wish list yang semua rakyat Malaysia harus tunaikan. Bila menjejakkan kaki saja di dalam stadium perasaan seolah-olah menjadi atlet Negara tiba-tiba terasa. Kalau biasanya kita dapat menonton perlawanan bola ataupun temasya sukan dari pemandangan kerusi penonton, tapi kali ini kita pula yang berdiri di ruangan atlet dan ahli sukan. Perasaannya sungguh tak dapat nak digambarkan lebih-lebih lagi dengan pemandangan sekeliling stadium yang tersergam indah seolah-olah mendengar sorakan. Cukup dramatikkan?

Advertisements

Terdapat 9 lane di trek larian di sini dan sama seperti trek larian yang lain, satu pusingan trek larian adalah sejauh 400m

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Namun begitu terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak stadium bagi sesiapa yang ingin menggunakan trek larian

  1. Kasut sukan tanpa spike sahaja dibenarkan
  2. Tidak dibenarkan memijak padang
  3. Kenderaan bermotor, basikal, papan luncur, scooters, rollers skates dan kasut roda tidak dibenarkan
  4. Merokok, membawa masuk alkohol dan barang terlarang adalah tidak dibenarkan
  5. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman kecuali minuman berbotol
  6. Perlakuan yang tidak baik di dalam kawasan stadium adalah tidak dibenarkan
  7. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium
  8. Pengguna hanya dibenarkan menggunakan 4 lane terakhir sahaja
  9. Bunga api dan bahan mudah terbakar dilarang dibawa masuk

Diharapkan kesemua pengguna trek dapat mematuhi arahan yang telah ditetapkan bagi menjaga keselamatan dan mengelakkan dari kerosakkan trek larian.

Pemandangan yang cantik di dalam Stadium

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Antara runner yang menggunakan trek larian

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Trek larian dibuka dari jam 7am sehingga 10am

Berdasarkan penilaian saya pada hari pertama pembukaan trek larian ini pada minggu lalu, masih tidak begitu ramai yang menggunakan kemudahan trek ini. Sayang sangat sebab ianya begitu selesa dan bukan senang kita dapat peluang seperti ini. Dengan moto Bersukan Untuk Kesihatan, diharapkan dari semasa ke semasa makin ramailah orang yang menggunakan kemudahan ini dengan baik. Demi memelihara kesihatan kita semua haruslah bersukan tak kira apa jenis sekali pun. Bagi yang memang gemar berlari, peluang berlari di dalam trek larian di Stadium Nasional Bukit Jalil ini mungkin boleh dijadikan salah satu running plan mingguan seperti tempo run ataupun fartlek training.

Selain itu, trek larian ini juga selesa digunakan kerana ianya berada di dalam stadium tertutup berbeza dengan trek larian di tempat lain.

Hanya 4 lane terakhir sahaja yang dibenarkan untuk penggunaan pelari

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Berlari dengan tenang di Stadium Nasional Bukit Jalil

Trek Larian Stadium Nasional Bukit Jalil

Bersukan untuk kesihatan

Bagi yang ingin mengetahui info lanjut seperti jadual penggunaan trek larian ataupun sebagainya, bolehlah ikuti laman sosial Stadium Nasional Bukit Jalil

Facebook : https://www.facebook.com/stadium.malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/stadiummalaysia_official/
Laman web : http://stadium.gov.my

Terima kasih Stadium Nasional Bukit Jalil kerana memberi peluang kemudahan seperti ini secara percuma

< VIDEO >

 4,818 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

21 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.