Salam Maulidur Rasul dari perantauan.~
Pada hari ke dua saya di LA, kami dah terus merancang ke Disneyland Park. Walaupun dah masuk hari ke dua, tapi actually kami baru sampai je di hotel pada pukul 11 malam semalam.. so kira macam baru hari pertama juga sebenarnya. Orang kata jetlag tu mungkin ada sikit-sikit sebab perubahan masa yang sangat besar.
Menunggu Breakfast 
 Kitaorang pun tak sabar nak makan
Jadi pada awal-awal pagi kami breakfast dengan makanan yang disediakan di hotel. Kat sini, hotel tak sediakan buffet breakfast macam kita kat Malaysia. Kita kena order makanan kita berdasarkan beberapa pilihan breakfast yang diberi. Macam biasalah, saya akan mengelak makanan ayam atau daging dan pilih sayur atau seafood sahaja. Dekat sini juga rupanya takde sos cili. Dorang makan semua pakai tomato sos dan tabassco sos. Memang susah tekak nak masuk makanan sebab kebanyakkannya agak tasteless. Nasib baik saya bawak sambal goreng Mak Nurul resepi orang Melaka… Hehe..
 Sos tomato dan Tabasco je yang ada
 Atas : Omelette dengan kentang 
Bawah : Pancake dengan kentang 
Ok, bismillah dulu
 

Nama hotel yang kami duduk adalah Holiday Inn. Walaupun dimaklumkan ianya level 3 bintang, tapi saya tengok dan macam 4 1/2 bintang kalau hotel di Malaysia. Suasananya sangat nyaman dan cantik. Viewnya pula berhadapan dengan jalan besar yang tak berasa sibuk. Orang-orang kat hotel semuanya sangat peramah dan selalu bertanya kalau ada apa-apa yang tak ok. Ala, macam kalau kita macam kat TGI Friday atau Chillis. Asyik tanya je sedap ke tak? Semuanya okay ke tak? Hehe…
Pagi-pagi hari ni lagi dah mula rasa kesejukkannya. Saya tak pasti suhu semasa ni berapa darjah celsius tapi saya agak-agak mungkin dalam 10 darjah celsius bercampur dengan angin sejuk. Jadi tak hairanlah ada yang pakai pakaian macam ala-ala musim sejuk dah kat sini.
 
Hotel Holiday Inn 
 Bersedia ke Disneyland
Tepat jam 8.30 pagi, kamipun dibawa oleh pemandu bas hotel ke Disneyland Park. Disneyland ni dekat je dengan hotel iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan. Sampai-sampai je di luar Disneyland ni kami semua dah dapat rasanya suasana Disney tu. Bayangkan semasa berjalan kaki dari parking kereta ke entrance je pun dorang dah pasang lagu-lagu klasik disney melalui speaker di tepi-tepi tiang. Memang melompat-lompat la lagi nak masuk dalam sebab mood excited tu dah sampai.
Harga untuk masuk ke dalam Disneyland ni adalah USD160 iaitu lebih kurang RM460 untuk seorang. Walaupun harganya mahal, tapi ni adalah harga standard untuk semua themepark kat sini dan yang istimewanya tiket ni valid untuk 2 hari. Disneyland ni sangat besar dah orang kata tak puas jalan kalau masuk sehari sahaja. Selain tu, Tiket ni juga valid untuk masuk Disney California Adventures Rides yang themepark berhadapan dengan Disneyland Park. Disney California Adventures Rides ni lebih fokus kepada extreme rides berbanding dengan Disneyland Park yang lebih sesuai untuk keluarga.
Untuk menambahkan lagi keseronokkan, tiket untuk maskot ke dalam Disneyland Park ni direka menggunakan characters yang berbeza-beza. Maksudnya, mungkin ada orang yang beli dapat tiket gambar Mickey, Donald Duck ataupun watak-watak lain.
Nak jadi ceritanya pula, ada sedikit masalah ketika kami semua nak masuk ke dalam thempark. Ainur ditahan oleh penjaga tiket sebab didapati bawak banyak equipment camera DSLR seperti microphone dan sebagainya walaupun Ainur tukang pegang je sebenarnya. Orang tiket tu tak pasti dengan equipment yang kami bawa tu dan terus panggil guard tak lama lepas tu. Badan guard ni pun boleh tahan besar juga dengan bercermin mata hitam pula tu. Guard banyak tanya saya sebab saya yang paling banyak bawak camera. Mula-mula tu takut la jugak, tapi rupanya guard ni sangat friendly. Guard ni boleh tanya soalan dengan senyuman kita ni dari mana, nak buat apa etc. Jadi kitapun rasa selesa nak menjawab. Lebih kurang 10 minit semuanya selesai dan actually takde apa-apa pun masalah.
Ketika ditahan sekejap dientrance
Sesi bahagi tiket
Tiket Disneyland
 
Sebaik saja melangkah kaki ke dalam area themepark, kami terus sahaja terjumpa dengan watak-watak dari cerita Alice In The Wonderland. Dorang ni sangat friendly dan siap berinteraksi dengan pengunjung. Nampak sangat rileks sampai kalau dia ajak kita join interaction dorang pun macam tak kisah. Sekejap je saya kat sini dan terus masuk ke dalam lagi untuk menaiki Disneyland Railroad. Benda ni actually keretapi yang membawa kita pusing satu Disneyland ni dari luar. Jadi kita boleh tengok dulu secara general apa yang ada kat dalam thempark ni.
 
Aero Train  
 Disneyland Railroad
Sempat bergambar dengan orang yang jaga train ni 
Suasan di dalam train
 
Trip dalam train ni lebih kurang 20 minit saja. Perjalanan dalam train ni terasa jauh sebab speed train ni slow je. Walaupun macamtu, ride ni takdelah terasa bosan sangat sebab disepanjang ride ni dah didesign supaya kita hanya pandang 1 side sahaja untuk tengok view yang cantik. Kalau train ni terpaksa melalui kawasan macam terowong pula, pasti akan ada attraction lain yang dorang taruk kat dalam terowong tu. Staff-staff kat sini juga sangat friendly. Dorang akan melambai-lambai kita yang tengah naik train ni walaupun dorang sebenarnya tengah buat kerja lain.
Lepas tu saya pergi ke MainStreet iaitu checkpoint pertama sebelum sampai ke Castle Disneyland. Kat sini je dah boleh jumpa dengan Goofy, Pluto dan Mickey Mouse. Maskot-maskot ni berada dalam incharacters dan takkan bercakap. Dengan suasana yang sangat windy dan nyaman membuatkan orang ramai tak terasa penat untuk beratur bergambar dengan maskot-maskot ni. Ketiga-tiga maskot ni berada di dalam position yang berbeza dan dengan pengawasan yang sangat minimum. Tak perlu ada palang besi untuk indicated kat mana perlu beratur sebab pengunjung kat sini akan automatic beratur. Kat sini juga akan ada 1-2 assistant yang sentiasa mengingatkan masa yang ada untuk bergambar dengan maskot-maskot. Assistant ni pula sangat friendly sampai akan tawarkan diri untuk ambikkan gambar kita dan sometimes dorang sendiri berinteraksi dengan maskot. Maskot-maskot kat sini juga sangat bersih can comel. Ada juga yang akan menari mengikut watak masing-masing. Dorang akan muncul di checkpoint yang telah ditetapkan untuk setiap 30 minit. Saya tak nafikan, memang seronok sangat dapat jumpa dengan Mickey Mouse walaupun kita tahu dalam tu orang je pun. Saya sangat suka dan puji sistem mascot appearance dorang.
 
Mickey Mouse
Castle Disneyland &  Pluto
Selepas tu kami pergi ke Disneyland Gallery untuk lihat muzium dorang. Walaupun simple, tapi sangat cantik. Kat sini juga akan persembahan pasal Abraham Lincoln yang sangat cantik. Selepas tu, kami terus ke centre court dia di mana lokasi penting untuk bergambar di hadapan Castle Disneyland. Kat sini bukan saja sangat cantik malahan kat sinilah di mana beberapa world ataupun segment yang lain dibahagikan. Maksudnya dari centre court nilah kita boleh pergi ke mana-mana world seperti Fantasyland, Tomorrowland, Frontierland, Adventureland, Mickey’s Toontown dan beberapa world lagi. Nanti saya cerita details pasal world-world ni.
 Minnie Mouse yang comel
Bergambar dihadapan Castle
 
Kat sini sekali lagi saya teruja dengan sikap staff mereka. Semasa kami sedang cuba untuk bergambar secara kumpulan, ada seorang memang photographer Disneyland yang bertugas kat situ offer untuk bantu ambik gambar. Bukan setakat bantu ambik gambar, tapi dia juga bantu susun orang dan cari the best angle untuk kitaorang. Dia siap suruh buat macam-macam post bagi mencantikkan gambar lagi. Dia juga ambik gambar kitaorang pakai camera DLSR dia dan kemudiannya kalau kita nak print gambar tu, kita boleh pergi ke photobooth dengan membawa photopass yang kita baru dapat masa tu. Walaupun tu part of bisnes tapi dengan layanan dan moment menarik gambar tu, saya rasa ramai yang tak kisah untuk print gambar tu.
Photographer sedang guide kitaorang  
Yuki pun bergambar 
Guide untuk dalam angle cantik
 
Selain tu, kat sini juga akan ada beberapa papan tanda yang memberi guide kat kita angle terbaik untuk ambik gambar. Terpulang kat kita nak follow atau nak cuba angle sendiri. Hehe.. Ok, lokasi seterusnya adalah main beberapa rides. Rides yang saya sempat main adalah StarTour, Astro Blasters,  Space Mountain, Indiana Jones dan beberapa lagi. Kat sini semua rides adalah percuma sebab kita dah bayar harga tiket. Kita perlu beratur untuk naik setiap rides ni dan kebiasannya kalau rides tu famous kita terpaksa beratur lama sikit. Walaupun masa beratur tu boleh cecah 30 minit, tapi design flow beratur tu unik sebab kita tak tahu berapa panjang lagi line kat depan kita. Flow beraturnya adalah berbentuk ular dan dihalang dengan objek macam dinding ataupun kapal angkasa mengikut kepada theme rides tu.
Kalau kita taknak beratur kita diberi pilihan untuk menggunakan FASTPASS. Sistem fastpass ni sangat menarik. Fastpass ni ditawarkan untuk beberapa rides utama sahaja. Caranya kita kena ambik fastpass ni terlebih dahulu untuk booking timeslot yang ditawarkan. Contohnya masa kita ambik fastpass tu adalah pukul 11am dan dalam fastpass tu mention rides yang kita nak naik tu available untuk fastpass pukul 2petang. Jadi kita pergilah main benda lain dulu dan datang semula jam 2petang dan terus masuk dengan menunjukkan fastpass tu tadi tanpa beratur panjang. Sistem ni juga bijak dengan melimitkan seorang hanya boleh mengambil fastpass untuk setiap 1 jam sahaja. Kalau tak, habislah orang asyik collect fastpass je takde orang nak beratur.
 
View di dalam Tomorrow Land 
 Replika Rocket tajaan Coca Cola
 
Kedai makan atau cafe kat sini juga menggunakan konsep-konsep tertentu seperti rocket dan sebagainya. Yang menariknya juga, tisu yang digunakan diperbuat dan recycle paper dan menggunakan design Disney Park. Memang nampak sangat mahal sampai terasa sayang nak pakai. Selain kita boleh makan di dalam cafe, kita juga boleh beli makanan ringan di kiosk yang tepi jalan yang jual makanan. Kat sini harga secara kasar untuk air Coke adalah USD 3.75 dan roti gulung ala-ala Auntie Anne tu lebih kurang dalam USD 6.95. Untuk lunch saya, saya makan vege pizza yang berharga lebih kurang USD USD 6.95. Walaupun sizenya besar, tapi sekali lagi rasanya tasteless sebab tawar. Saya kena letak banyak pepper nak bagi rasa masakan melayu sikit. hehe…
Tisupun design Disney juga 
Astro Blasters
 
Roti cheese yang didesign ikut muka Mickey
 
Pizza yang sizenya boleh tahan besar 
 Barangan merchandise
Tong Sampah pun cantik 
Mickey’s Toontown
 
View dari jauh Tomorrowland
 
 Merchandise Caslte siap dengan princess-princessnya
 Saya kenal Snow White je
 Unik betul belon ni
 Dorang lepaskan itik kat dalam Themepark
 
Kami semua habiskan seharian kat sini sampai pukul 10malam. Selain jalan-jalan saya sempat beli topi Pluto yang comel ni sebab hampir semua pengunjung akabn berjalan-jalan dengan pakai macam-macam topi watak-watak Disney. Lepas ni saya akan kongsikan pengalaman semasa Parade dan gambar-gambar merchandise dorang yang cantik-cantik.
 
Saya beli topi Pluto 
Orang ramai tunggu Parade 
Faiz makan aiskrim Mickey Mouse
 
p/s : Rindu Malaysia ~

1,332 total views, 4 views today

                  

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge