Assalamualaikum semua. Nampaknya ramai kawan-kawan yang menantikan updates blog saya mengenai trip ke Los Angeles ni. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi membaca dan memberi komen di bawah post ni. Terus terang saya cakapkan sekarang ini saya dah rindu dengan negara Malaysia. Betullah orang kata, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.”

Post kali ini adalah sambungan pada hari ke 3 saya di sini. Walaupun pada hari ke 2 saya dah pun masuk ke dalam Disneyland Park, tapi pada hari ke 3 ini saya masih memilih untuk masuk ke sini. 11 orang yang lain pula memilih untuk masuk ke Disneyland California Adventure Park yang  berada bertentangan di antara satu sama lain. Tapi saya tidak berapa teruja untuk mencuba ride extreme yang lebih difokuskan kat situ dan tambahan pula masih banyak tempat yang belum saya explore di Disneyland Park. Jadi saya, Fikri dan Ainur berpecah pada hari tu untuk ke destinasi yang berbeza. Sedikit info kalau korang dah lupa. Tiket yang kami ada ni adalah pakej 2 hari themepark yang mana 1 hari untuk 1 themepark. Kita tak boleh bergi dua-dua themepark pada 1 hari yang sama.

 Logo Mickey Mouse di lantai

Kitaorang pun berjalan masuk semula ke Disneyland Park. Misi utama pada hari ini adalah untuk mengkaji sedetails mungkin macam mana dorang ni mengawal persembahan maskot, jenis-jenis merchandise, props, rekaan dalaman, susun atur dan macam-macam lagi.

Ok, dalam satu kedai ni mereka ada menjual gambar-gambar Disney dengan custom-able frame. Ada satu mesin ni, kita pilih je gambar apa kita nak dan frame macam mana yang kita minat. Sistem ni sangat mudah tapi menarik. Ada juga gambar-gambar eksklusif yang dahpun diframe dan dijual terus kepada pengunjung. Gambar-gambar macam ni boleh mencecah sehingga USD150. Selain itu, dorang juga sangat creative dalam menghasilkan topi telinga Mickey Mouse. Dengan bentuk asas telinga Mickey je, macam-macam watak boleh dihasilkan.

 Antara gambar-gambar yang dijual

Donald Duck 

Topi watak Dumbo yang berasaskan design telinga Mickey 

 Antara pilihan merchandise Mickey Mouse

City Hall, tempat untuk customer service 

Orang yang jaga tiket di Mickey Cinema

Bila kita tengok merchandise dorang memang sangat banyak pilihan dan cantik-cantik. Kalau setakat bawak USD 200-300 tu memanglah takkan cukup. Selain design yang banyak variety, dorang juga ada merchandise untuk semua peringkat umur. Bukan saja tshirt, tapi ada macam-macam lagi seperti mug, baju baby, figurine kristal, topi, makanan dan juga pin besi yang menjadi kegilaan di sini. Dorang juga pandai di dalam meletak harga barang. Hampir kesemua barang dijual mesti berharga hujungnya dengan 95 sen. Harganya pula dijual dekat-dekat dan tak banyak perbezaan mengikut jenis-jenis barang. Jadi kita memang tak tau nak pilih yang mana sebab semuanya pun cantik~.

 Mug Mickey Mouse Classic

 Sistem Locker

Tshirt Mickey yang lebih sesuai untuk remaja 

 Figurine Mickey Starwars

Figurine Jessica dari Who Framed Roger Rabbit

 Figurine Monster Inc

 

 Paper Clip Darth Vader pun dah berapa tu… 

 Figurine unik, saya dah hampir nak beli dah

 Figurine besar Mickey Santa. Harga boleh tahan jugak

Plush toys untuk Minnie Mouse

Sepanjang saya berjalan-jalan kat sini, sekali lagi saya ingin memuji customer services kat sini. Staff-staff dorang ni sangat peramah dan sangat suka offer bantuan kat kita. Mungkin tu benchmark yang dorang dah diajar. Takde seorang pun staff yang tak friendly dan bermuka masa. Masa tengah key-in kat cashier pun boleh senyum dan tanya macam mana dengan hari kita hari ni. Dan lebih bagus lagi, bukan sahaja staff-staff yang level macam tu je friendly, tukang sapu sampahpun sangat friendly dan nak offer bantuan sebab nampak kitaorang macam lost tengok peta.
Selain tu, kepada pengunjung yang 1st time datang akan diberi button batch “1st Visit !”. Tapi bukan semua akan dapat secara automatik sebab setakat ni baru saya, Fikri, Ainur dan Faiz je yang ada button batch ni. Button batch ni biasanya ada pada cashier ataupun customer service dorang. Jadi kita akan diberi beli kita ada berinteraksi dengan dorang seperti beli barang ataupun sekadar borak-borak kosong.

Button Batch 1st Visit !

 

How many Mickey Mouse do you have in here ?

Itulah persoalan saya pada salah seorang staff kat ini selepas nampak Mickey Mouse macam tak pernahnya takde dan sentiasa muncul di lokasi yang berbeza dan dengan pakaian yang lain. Tambahan pula, kawasan Disneyland ni sangat besar takkan lah ada sorang je yang pakai Mickey. Jawapan yang saya dapat dari staff tu sangat profesional. Dia jawab sambil tersenyum, “There is only 1 Mickey“. Saya tanya lagi, “Come on, There is can’t be only one Mickey. I see him all over the places”. Dia membalas dengan tenang, “Yeah, he walk around”. Fikri pulak menyampuk, “You know what we mean right ? “. Dia menamatkan conversation dengan tersenyum dan bagitau kalau nak jumpa Mickey dia ada kat rumah dia di Toontown… hehe. Memang bestlah jawapan dia ni. Mungkin sebab dia nak educate budak-budak yang Mickey ni betul-betul wujud sama seperti konsep budak-budak percaya yang tiap-tiap tahun akan ada Santa Claus yang bagi hadiah kat dorang.

 

 Photographer Disney yang komited

Sekali lagi jalan di hadapan Disney Castle 

 Signboard indication untuk

 beratur bergambar dengan watak Tangled.

Destinasi seterusnya adalah Mickey Toontown. Actually saya dah pergi kat sini semalam tapi memang tak sempat nak jalan kat dalam town ni. Di sini dorang bangunkan seolah-olah bandar kecik bagi watak-watak kartun Disney. Kita boleh nampak rumah Mickey, Minnie, Goofy dan beberapa bangunan lain dari kartun-kartun disney. Yang strategiknya Toontown ni actually dibina dipenghujung sekali Disneyland dan dengan meletakkan Mickey kat sini sebagai daya penarik bagi memastikan pengunjung melalui semua tempat bagi datang ke sini. Saya pun tak melepaskan peluang untuk masuk ke rumah Mickey dan bergambar dengan dia. Dalaman rumah Mickey ni sangat cantik dan designnya sangat nampak seperti cartoon. Walaupun luarannya nampak kecik, tapi dalamnya sangat luas dan panjang.

Bila kita masuk dalam rumah Mickey ni kita actually tengah beratur untuk jumpa Mickey kat belakang rumah dia. Disepanjang saya beratur ni memang tak bosan sangat sebab macam-macam benda menarik kita boleh tengok. Saya beratur lebih kurang 1 jam semata-mata nak berjumpa dengan Mickey Mouse. Sekali lagi saya kagum dengan staff mereka yang sentiasa melayan pengunjung walaupun tak disuruh. Assistant yang jaga barisan tu akan berborak-borak dengan pengunjung dan kalau ada peluang dengan budak-budak dorang akan cuba interact seperti buat high five atapun fist bump. Jadi budak-budak rasa seronok berada kat sini. Saya juga dimaklumkan Mickey Mouse sentiasa berada di sini dan hanya akan berehat 5 minit sekiranya perlu. 5 minit tu pun untuk kena tukar orang agaknya. Selain Mickey, saya juga beratur di rumah sebelahnya iaitu rumah Minnie untuk bergambar. Rumah Minnie ni lebih simple dan kecik sikit. Kita akan bergambar di ruang tamu rumah Minnie.

 Di Toontown

 Bersama Minnie Mouse

Minnie nak pergi berehat.

Di tengah-tengah Toontown

Kalau budak-budak perempuan yang minat watak-watak Disney pasti suka watak-watak Princessnya. Kat sini princess-princess ni akan buat persembahan ala-ala musikal. Budak-budak perempuan yang nak jadi seperti mana-mana princess ni pun boleh beli pakaian yang ada dijual kat salah satu butik ni dan juga boleh pergi ke bilik servis makeup untuk set rambut dan sebagainya. Untuk makeup ni kalau tak salah saya dikenakan bayaran sekitar USD30 berserta gambar kalau ambik pakej. Memang bisnes betul la sebab ramai budak-budak perempuan yang akan beli baju dan bayar untuk bermakeup ni lebih-lebih lagi bila dapat bergambar dengan princess idaman dorang. Saya pun nak juga bergambar dengan princess idaman saya. Jadi saya, Fikri dan Ainur turut beratur bersama budak-budak perempuan semata-mata untuk bergambar dengan dorang ni. Semasa setiap sesi bergambar, akan ada 3 orang princess bersiap sedia untuk bergambar. Princess-princess ni dipilih secara random dan kitapun tak tahu dengan siapa kita bergambar sehinggalah sampai kat tempat bergambar.  Saya nak cari Rapunzel sebenarnya tapi tak jumpa kat sini. 3 Princess yang saya bergambar bersama adalah Ariel (Little Mermaid), Jasmine (Aladin) dan Tiana (Princess & The Frog). Kalau nak bergambar dengan princess yang lebih famous macam Cindrella atau Snow White biasanya ikut nasib. Macam watak Snow White hanya akan muncul ketika persembahan musikal dan di parade serta kadang kala sahaja ketika sesi bergambar.

Ariel (Little Mermaid) versi masa tak jadi mermaid

 

 Goofy ketika di parade

 Snow White

Itulah gambar Snow White semasa kat parade. Disneyland Parade ni memang best dan tak bosan. Saya sendiri dah menyaksikan parade ni sebanyak 3 kali selama 2 hari sebab nak kaji betul-betul sistem parade yang dorang implement kat sini. Ketika ni saya mengikuti dibelakang parade dari awal hinggalah tamat bagi mencatat masa yang diambil untuk selesai. Nanti saya akan postkan berkaitan parade ini dengan lebih details.

Pada hari kedua ni kitaorang tak berapa rushing sangat dan berjalan-jalan dalam themepark mengikut keperluan kajian. Tapi rupanya kitaorang memang tak makan lunch langsung sebab takde pilihan dan kesuntukan masa. Pilihan yang ada hanyalah minuman coffee ataupun hot chocolate yang dijual dikiosk-kiosk. Kalau nak makanpun saya hanya mampu beli churros yang tak berapa nak sedap dan tak kenyang. Churros ni rasanya macam roti yang ditabur gula tapi banyak rasa kayu manis. Harga churros sebatang ni dalam lingkungan USD4 ataupun duit kita dalam RM12.

Mesti korang tanya kalau takde pilihan makanan kat mana pulak orang lain makan kan? Ha, semua mat salleh ni bole makan di kedai makan ala “dine restaurant” yang ada banyak kat dalam Disney ni yang mana saya pun belum pasti dengan pilihan makanan yang ada dan apa tah lagi harga serta tips yang harus diberi.  Dengan peruntukkan yang minimum, kami bertiga lebih rela makan meggi di hotel lepas balik malam nanti.

 Parking untuk stroller sahaja

Feri yang bawa pengunjung jalan-jalan

 Churros saja yang ada sebagai pilihan makanan

 Makan pun kena bergaya yea

Ainur, Zarin dan Fikri

 Kat sini kalau jam 6.30 petang dah gelap macam 8.30 malam kat Malaysia. Pada waktu ni, sekali lagi saya menonton Disneyland Parade yang penuh dengan warna warni pada waktu malam. Oh, jadi campur ni dah 4 kali la saya tengok parade ni rupanya. Permandangan di sini pada malam hari memang cantik sebab banyak lampu-lampu. Waktu malam juga daya tarikan utamanya adalah fireworks yang dilakukan berlatar belakangkan castle Disney. Tapi kami kurang bernasib baik sebab tak dapat menonton fireworks ni pada kedua-dua malam kerana faktor angin yang kuat. Haih, kecewalah juga sebab ini merupakan malam terakhir kami berada di Disneyland.

Pada malam yang sama, saya sempat dapat berjumpa dengan salah seorang pelukis Disney. Pelukis ni sedang tekun melukis watak Stitch di dalam sebuah kedai jam tangan. Jadi pengunjung boleh tengok macam mana dia lukis dan warna watak stitch ni secara live.

 

Pelukis Disney sedang melukis Stitch 

Lukisan yang cantik 

 Salah satu butik besar di downtown Disney

Mesin press coins

 

Oleh kerana takde apa-apa lagi benda yang nak buat sementera tunggu bas, kitaorang pun berjalan-jalan kat luar Disneyland Park. Suhu ketika ni memang sangat sejuk ditambahkan pula dengan berangin. Tak jauh dari situ ada satu kawasan yang dipanggil Disney Downtown. Ingatkan tade lah benda sangat kat situ, tapi rupanya kat sini lagi banyak produk disney yang dijual. Downtown ni adalah tempat yang mana public boleh masuk tanpa ada tiket ke Disneyland. Ianya seperti satu lorong panjang yang luas dan cantik dan di kiri kanannya penuh dengan kedai-kedai berjenama. Diantaranya adalah seperti GAB, Fossil dan banyak lagi jenama-jenama luar. Saya tak beli apa-apapun walaupun actually banyak yang berkenan.

Kat LA ni juga dorang mendidik kita dengan satu habit mengumpul press coin ataupun syiling penyek. Disetiap kedai-kedai terpilih akan ada disediakan mesin press coin ni. Caranya kita hanya perlu memasukkan coins 2 x Quater dan 1 x 1 Sen ke dalam mesin ni dan mesin ni akan press kan duit 1 sen kita tadi tu jadi gambar watak Disney yang kita dah pilih. Lepas tu dorang juga jual buku untuk simpan press coins ni semua.

 

 Disneyland pada waktu malam

Disneyland Park

p/s : Mungkin seumur hidup sekali je kita dapat datang ke LA ni..

 

2,109 total views, 1 views today

                  

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge