Buat peminat fanatik Ultraman pasti amat gembira bila membaca berita ni. Kebanyakkan orang termasuklah diri saya sendiri membesar dengan cerita-cerita Ultraman. Sebelum teruskan membaca apa kata semuanya save calendar untuk Karnival Upin & Ipin pada 21-23 Nov di PICC, Putrajaya yang juga bakal menampilkan Ultraman sebagai salah satu tarikan yang menarik.

ultraman10

Gambar dan poster memenuhi ruang legar luar Pavilion

ultraman11

Ultraman Tiga, Ultraman Zero dan Ultraman Ginga

ultraman14

Tolonggg.. ada Raksasa

Sempena dengan ulang tahun yang ke 50, syarikat produksi Ultraman iaitu Tsuburaya bakal mengadakan persembahan Ultraman di Genting Highland pada 19 Februari hingga 22 Mac 2015. Dimaklumkan lebih kurang 8 orang Ultraman akan beraksi selama 1 jam di Genting nanti dan tiket-tiket sudahpun mula dijual pada harga RM48 & RM88. Semua Ultraman ni adalah original yang diterbangkan dari Jepun, Manakala, kehadiran Ultraman di Pavilion KL dari 27 Oktober hingga 9 November 2014 ini pula merupakan sebahagian dari roadshow mereka untuk acara mereka pada bulan Feb nanti. Ultraman akan berada di Pavilion KL ditempat-tempat tertentu seperti di Tokyo Street untuk sesi bergambar. Diantara Ultraman yang akan berada di Pavilion KL adalah Ultraman Tiga, Ginga dan Ultraman Zero. Saya dapat tengok macam mana detailsnya pakaian Ultraman yang dihasilkan. Kalau sekali pandang, rupanya dah hampir sempurna dan sama seperti di dalam TV.

ultraman15

Ultraman Zero datang

ultraman16

Pukul dia…

ultraman18

Aksi Ultraman Zero

ultraman17

Sorang lagi datang… pukul dia

Pada majlis pelancaran Ultraman di Pavilion KL, pihak Tsuburaya telah menyediakan persembahan khas Ultraman selama 10 minit istimewa buat rakan media dan blogger serta pengunjung ada yang ketika itu. Persembahan ni walaupun sekejap tapi amat memukau dengan aksi serta stunt yang dilakukan. Saya suka dengan characteristic yang dibawa oleh setiap Ultraman sebab babak aksi dan lakonan. Mungkin kisah penceritaannya amat mudah tetapi rasanya buat peminat setia Ultraman ianya sudah cukup membuatkan mereka teruja.  Ramai yang bersorak ketika aksi lasak dilakukan oleh Ultraman dan Kaiju. Tak kira tua atau muda. masing-masing rupanya peminat sejati Ultraman. Persembahan diakhiri dengan Ultraman meminta sokongan dari penduduk bumi agar terus menyokong mereka. (Oh, sungguh cliche) 

ultraman13

Kemenangan milik kita

ultraman06

Majlis pelancaran

Penampilan Ultraman di Pavilion KL telah dilancarkan oleh wakil dari Tsuburaya dan Genting Highland. Yang menariknya, ketika pelancaran ini dilangsungkan mereka mengadakan sedikit gimik yang saya rasa kelakar tapi menarik. Gimiknya adalah ketika VIP telah berada di pentas utama, semua VIP ni seolah-olah diserang oleh 2 kaiju dan VIP ni semua berlakon seolah-seolah di dalam keadaan panic dan cemas. Tapi tak sampai 1 minit, 3 Ultraman datang menyelamatkan mereka.

ultraman07

Sesi bergambar

ultraman08

Ultraman Zero menyerahkan poster kepada VIP

ultraman01

Bersama Ultraman

ultraman02

Ultraman Zero melambai ketika sesi temuramah

ultraman05

Diantara peminat setia Ultraman

ultraman04

Wakil dari Tsuburaya bersama dengan pengalih bahasanya

ultraman03

Suasana ketika sesi sidang media

ultraman

Jadual di Pavilion

Menurut wakil dari Tsuburaya, watak Ultraman bukanlah melambangkan pergaduhan ataupun perlawanan, tetapi Ultraman lebih menggambarkan kepada semangat kerjasama, setiakawan dan jatidiri. Kebanyakkan kanak-kanak di Jepun meminati Ultraman kerana ianya membina keyakinan diri mereka. Jadi kepada yang ingin bergambar bersama dengan ketiga-tiga Ultraman ni datanglah ke Pavilion pada 27 Oktober hingga 9 November 2014 di Tokyo Street. Kepada yang ingin menonton persembahan eksklusif Ultraman di dalam bahasa melayu secara percuma, jangan lupa datang ke Karnival Upin & Ipin pada 21-23 Nov 2014 di PICC, Putrajaya.

Nantikan satu lagi pengumuman mengenai Upin & Ipin dan Ultraman.

9,997 total views, 5 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge