Semenjak saya menonton preview persembahan Ultraman di Pavilion pada tahun lepas, saya memang dah berniat untuk menonton persembahan adiwira dari Jepun ni. Walaupun saya sendiri dah pernah terlibat dengan persembahan Ultraman di Karnival Upin & Ipin pada tahun lepas tapi saya rasa masih belum puas dan ingin melihat apakah kelainan persembahan mereka di Genting.

Ultraman LIVE di Genting telah memulakan persembahannya di Genting International Showroom pada 19 Feb dan akan berakhir pada 29 Mac ini. Setiap hari terdapat 2 persembahan iaitu pada jam 4 petang dan jam 8 malam.

Ultraman LIVE In Genting

Ultraman LIVE In Genting

Ultraman LIVE In Genting

Kaunter tiket

Sebaik saja saya melangkah masuk ke ruang legar Genting International Showroom, saya nampak dah ramai orang berlegar-legar di situ. Ada yang menantikan waktu persembahan dan ada juga yang sedang beli tiket. Nasib baik saya memang dah lama beli tiket jadi tak perlulah beratur. Saya beli tiket VIP yang berharga RM88 sebab saya nakkan jam tangan eksklusif Ultraman. Jam tangan ni sebenarnya untuk budak-budak je tapi ianya mempunyai fungsi projektor. Takpelah, janji boleh simpan buat koleksi.

Advertisements

Sementara menantikan waktu persembahan, di sini ada menjual beberapa merchandise Ultraman. Walaupun tak berapa banyak pilihan, tapi nampaknya mak bapak yang datang bawak anak mesti wajib beli sekurang-kurangnya satu benda kat sini. Diantara yang dijual adalah topi Ultraman, Beg Ultraman, Poster dan beberapa barangan lagi.

Ultraman LIVE In Genting

Kaunter merchandise Ultraman

Ultraman LIVE In Genting

Topi Ultraman

Ultraman LIVE In Genting

Beg Sekolah Ultraman

Dipintu masuk hall pula, ada dijual set-set makanan seperti popcorn dan aiskrim beserta botol air Ultraman. Untuk set Popcorn dan Botol Air, harganya adalah RM20. Design botol air Ultraman ni saya rasa simple saja sebenarnya. Tapi kalau sesiapa peminat Ultraman mesti akan beli juga sebagai koleksi. Selain tu ada juga aiskrim Ultraman yang berbentuk seperti kepala Ultraman. Ada pelbagai perisa seperti Lemon dan Strawberry. Maknanya, sebelum masuk ke dalam hall mak dan ayah memang kena spend lagi sekali untuk anak-anak.

Semasa saya sedang beratur, ada seorang staff Genting yang bertanya kepada seorang kanak-kanak Ultraman apakah yang dia teringin sangat berjumpa? Kanak-kanak tu menjawab Ultraman Ribut”. Dia tak tau orang “Ultraman Ribut” ada kat belakang dia.

Ultraman LIVE In Genting

Set Popcorn Ultraman

Ultraman LIVE In Genting

Aiskrim dan tumbler Ultraman

Ultraman LIVE In Genting

Jam Projektor Ultraman

Saya diantara orang yang masuk awal ke hall sebab saya taknak kelam kabut nak cari seat. Hallnya tak berapa besar namun mampu memuatkan lebih kurang 1,700 orang pada sesuatu masa. Ada petugas genting yang bersedia membantu mencari tempat duduk berdasarkan pada nombor ditiket. 30 minit sebelum persembahan bermula, mereka akan mengadakan sesi bergambar terlebih dahulu untuk 50 orang yang pertama.

Ini bermakna, kalau sesiapa yang baru 1st time datang menonton, silalah beratur di tepi pentas awal-awal untuk menjadi orang ke 50 yang pertama. Kalau terlepas peluang ini, kita masih boleh beratur untuk bergambar pada akhir sesi persembahan nanti. Tapi masa tu memang lebih ramai orang yang beratur sebab masing-masing dah tahu nak kena beratur.

Ultraman LIVE In Genting

Suasana di dalam dewan

Walaupun persembahan belum bermula, tapi sesi bergambar ni pun sangat mendapat perhatian. Ramai betul orang beratur walaupun sebenarnya bayaran sebanyak RM35 dikenakan untuk sesi bergambar ni. Setiap sesi bergambar ini, kita akan diberikan sekeping gambar bersama frame Ultraman secara percuma. Proses cetak gambar ni tak lama sangat pun dan boleh diambil terus selepas gambar kita diambil.

Ultraman LIVE In Genting

Backdrop untuk sesi bergambar

Ultraman LIVE In Genting

Ketika sesi bergambar

Ultraman LIVE In Genting

Suasana ketika sesi bergambar

Ultraman LIVE In Genting

Contoh gambar

Persembahan Ultraman LIVE di Genting ni bermula dengan penerangan oleh pengacara yang memaklumkan tidak membenarkan sebarang rakaman video boleh dibuat. Boleh ambil gambar tapi flash pula tidak boleh digunakan. Sebaik sahaja pengacara ini selesai bercakap, suasana di dalam dewan seolah-olah diserang oleh raksasa. Pengacara menjerit meminta tolong!

Ultraman LIVE In Genting

Pengacara persembahan

Ultraman LIVE In Genting

Kemunculan Ultraman Zero

Muncullah Ultraman dan berlawan dengan beberapa raksasa yang muncul tadi. Di dalam persembahan ini terdapat 8 orang Ultraman yang muncul secara berselang seli. Diantaranya adalah Ultraman Ginga, Ultraman Zero, Ultraman Taro dan banyak lagi. Persembahan Ultraman ini adalah berbentuk penceritaan dan misi menyelamatkan bumi. Mereka bukan sahaja berlawan dengan raksasa, tetapi ada juga menyampaikan mesej-mesej kepada kanak-kanak tentang kepentingan menyayangi bumi.

Ultraman LIVE In Genting

Raksasa menyerang bumi

Dari semasa ke semasa, raksasa dan Ultraman akan datang ke arah penonton yang duduk di seat VIP. Walaupun sekejap je, tapi dah cukup membuatkan Zarith menjerit bila raksasa datang.

Persembahan Ultraman di Genting, secara keseluruhannya menggunakan teknik yang sama seperti sesebuah persembahan teater. Terdapat beberapa stun yang menggunakan wire, pyrotechnic, efek lampu dan selebihnya adalah menggunakan audio video. Teras utama persembahan ini adalah pada kelincahan Ultraman sendiri. Buat yang pertama kali menonton Ultraman LIVE di depan mata, pasti teruja menyaksikan Ultraman melompat dan berguling-guling.

Ultraman LIVE In Genting

Raksasa yang berlari betul-betul di hadapan saya

Ultraman LIVE In Genting

Perbincangan diantara Ultraman

Ultraman LIVE In Genting

Ini adalah Ultraman Ace dan Ultraman Ginga

Ultraman LIVE In Genting

Diantara aksi perlawanan

Ultraman LIVE In Genting

Orang jahat

Ultraman LIVE In Genting

Ultraman yang berjalan-jalan di dalam hall, tapi sekejap je

Selain dari aksi perlawanan Ultraman dengan Raksasa, persembahan ini juga diselitkan dengan aktiviti bersama penonton sebagai selingan. Diantaranya adalah mengajak penonton mengangkat tangan sambil memberikan bola tenaga kepada Ultraman. Selain itu ada juga aktiviti menari bersama penonton. Saya pun layan je la menari bukan orang nampak pun dalam gelap.

Walaupun aktiviti macam ni dah macam mengurangkan masa bersama Ultraman, tapi pada kebiasaannya persembahan teater seperti ini sememangnya mempunyai aktiviti interaktif bersama penonton.

Ultraman LIVE In Genting

Aktiviti menari lagu Ultraman

Ultraman LIVE In Genting

Aktiviti santai bersama penonton

Ultraman LIVE In Genting

Ketika sesi bergambar di akhir persembahan

Ultraman LIVE In Genting

Bersama pengacara Ultraman (Baju saya adalah dari Republic Of Big (http://rob.com.my))

Beberapa elemen seperti penggunaan teknik stun wire dan cahaya lampu amat memberi impak yang berbeza. Sekiranya ingin bergambar bersama Ultraman, pastikan beratur lebih awal di tepi kanan pentas sebaik sahaja masuk ke dalam dewan. Sediakan RM35 untuk sesi bergambar ini.

Ultraman LIVE In Genting

Kita makan aiskrim Ultraman

Ultraman LIVE In Genting

Zarith pun suka aiskrim Ultraman

Sebelum balik, saya pun beli aiskrim Ultraman sebagai buah tangan. Jadi kepada sesiapa yang ingin menonton persembahan Ultraman ni masih sempat lagi kerana persembahan terakhir mereka adalah pada 29 Mac 2015.copyright

 9,498 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

11 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.