Siapa yang pernah tengok episod Upin & Ipin : Ultraman Ribut tahun lepas? Kalau siapa yang pernah tengok, mesti tahu episod istimewa terbitan Les’ Copaque Production dengan kerjasama Tsuburaya ini adalah salah satu episod yang paling popular tahun lepas. Mana taknya, Ultraman Ribut merupakan satu-satunya Ultraman dari Malaysia sama seperti Ultra Force dari USA ataupun Ultraman Great dari Australia. Kiranya, setiap watak Ultraman ni memang unik dan hanya dihasilkan dengan kebenaran Tsuburaya.

ultraman01 ultraman02

Ultraman Ribut adalah Ultraman Malaysia yang dihasilkan bersama-sama dalam siri Upin & Ipin. Pada musim yang lepas, siri Ultraman Ribut menyaksikan bagaimana Ultraman Ribut menentang 2 raksasa sekali gus. Episod ini telah ditonton lebih 30 juta penonton di YouTube dan tak sangka akan ada Ultraman Ribut II. 

Pada siri ke-II ini, Upin & Ipin sebagai anggota ‘Defense Rescue Force’ akan bersama-sama membantu Ultraman Ribut menentang raksasa yang menggangu Kampung Durian Runtuh.

ultraman03 ultraman04

Kalau nak tengok episod istimewa ini jangan lupa saksikannya di TV9 nanti.

Episod : Upin & Ipin : Ultraman Ribut II
Tarikh :  13, 14 dan 15 November 2015
Masa : 5.30 petang
Saluran TV : TV9 Malaysia

7,022 total views, 7 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply to Sync Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge