Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Saya melaporkan secara terkini dari Makuhari Messe, Jepun sempena dengan acara “Japan Halal Expo 2014”. Pada tanggal 26 Nov 2014, sejarah baru animasi Malaysia tercipta apabila watak Upin & Ipin diangkat menjadi duta bagi acara ini. Hampir tak percaya bila pertama kali dapat berita ni tapi inilah yang berlaku.
Seperti yang kita tahu, negara Jepun kaya dengan dunia animasi mereka sendiri dan agak sukar untuk menyelitkan nama Upin & Ipin di dalam industri mereka. Mungkin melalui skop makanan halal, nama Upin & Ipin perlahan-lahan mula disebut di sini.

MZ_japan02

MZ_japan06 Japan Halal Expo 2014

Pemilihan Upin & Ipin sebagai duta sebenarnya merupakan satu peluang keemasan yang jarang-jarang boleh diperolehi. Secara kebetulan pihak penganjur sememangnya ingin mencari satu ikon kartun yang terkenal dikalangan masyarakat Islam di Asia untuk dijadikan sebagai duta. Tambahan pula, acara “Japan Halal Expo 2014” ini merupakan penganjuran kali pertama dan sememangnya memerlukan daya tarikan yang kuat.

MZ_japan04

Ketika majlis pelancaran

MZ_japan01

Upin & Ipin menyaksikan demo masakan oleh chef

“Japan Halal Expo 2014” ini berlangsung di Makuhari Messe, Tokyo yang terletak di selatan Jepun. Acara 2 hari bermula dari 26 Nov ini mengumpulkan pelbagai syarikat dari seluruh dunia yang menawarkan perkhidmatan makanan Halal di Jepun. Selain dari booth pameran, acara ini juga turut menyediakan beberapa segment seperti seminar bagi mereka yang ingin menceburi di dalam bidang makanan Halal.

Advertisements

Lebih membanggakan lagi, restoran makanan halal juga turut di buka di Jepun dan diberi nama “Ippin Tepppanyaki”. Nama “Ipin” sendiri bermaksud sesuatu yang hebat dan bagus dalam bahasa Jepun. Oleh itu, perkataan “Ippin” digunakan bagi menyesuaikan dengan masyarakat tempatan. Saya akan kongsikan mengenai menu makanan di restoran ini secara terperinci pada post yang berbeza.

MZ_japan05

Saya bersama maskot Upin & Ipin di Japan Halal Expo 2014

Tiada perkataan yang dapat digambarkan apabila seharian di sini dan sentiasa mendengar nama Upin & Ipin dipanggil oleh semua pengunjung. Mereka akan memberikan reaksi “Kawaii” yang bermaksud comel dalam bahasa Jepun. InsyaAllah, usaha ini adalah satu permulaan kecil bagi sesuatu yang lebih besar. Amin.

 5,886 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.