Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Saya melaporkan secara terkini dari Makuhari Messe, Jepun sempena dengan acara “Japan Halal Expo 2014”. Pada tanggal 26 Nov 2014, sejarah baru animasi Malaysia tercipta apabila watak Upin & Ipin diangkat menjadi duta bagi acara ini. Hampir tak percaya bila pertama kali dapat berita ni tapi inilah yang berlaku.
Seperti yang kita tahu, negara Jepun kaya dengan dunia animasi mereka sendiri dan agak sukar untuk menyelitkan nama Upin & Ipin di dalam industri mereka. Mungkin melalui skop makanan halal, nama Upin & Ipin perlahan-lahan mula disebut di sini.
Pemilihan Upin & Ipin sebagai duta sebenarnya merupakan satu peluang keemasan yang jarang-jarang boleh diperolehi. Secara kebetulan pihak penganjur sememangnya ingin mencari satu ikon kartun yang terkenal dikalangan masyarakat Islam di Asia untuk dijadikan sebagai duta. Tambahan pula, acara “Japan Halal Expo 2014” ini merupakan penganjuran kali pertama dan sememangnya memerlukan daya tarikan yang kuat.
“Japan Halal Expo 2014” ini berlangsung di Makuhari Messe, Tokyo yang terletak di selatan Jepun. Acara 2 hari bermula dari 26 Nov ini mengumpulkan pelbagai syarikat dari seluruh dunia yang menawarkan perkhidmatan makanan Halal di Jepun. Selain dari booth pameran, acara ini juga turut menyediakan beberapa segment seperti seminar bagi mereka yang ingin menceburi di dalam bidang makanan Halal.
Lebih membanggakan lagi, restoran makanan halal juga turut di buka di Jepun dan diberi nama “Ippin Tepppanyaki”. Nama “Ipin” sendiri bermaksud sesuatu yang hebat dan bagus dalam bahasa Jepun. Oleh itu, perkataan “Ippin” digunakan bagi menyesuaikan dengan masyarakat tempatan. Saya akan kongsikan mengenai menu makanan di restoran ini secara terperinci pada post yang berbeza.
Tiada perkataan yang dapat digambarkan apabila seharian di sini dan sentiasa mendengar nama Upin & Ipin dipanggil oleh semua pengunjung. Mereka akan memberikan reaksi “Kawaii” yang bermaksud comel dalam bahasa Jepun. InsyaAllah, usaha ini adalah satu permulaan kecil bagi sesuatu yang lebih besar. Amin.
5,886 total views, 1 views today
wah menarik, upin ipin menjadi ikon sampai ke Japan. Berapa lama ada dekat sini?
[…] kita tak perlu makan roti sepanjang hari atau tak perlu berlapar. Selepas berlangsungnya acara Japan Halal Expo tahun lalu, produk makanan halal secara perlahan-lahan memasuki pasaran Jepun. Orang Jepun sendiri […]