Selepas 10 tahun filem animasi 3D “Geng : Pengembaraan Bermula” mencipta sejarah pecah panggung dengan kutipan tiket sebanyak RM6.3juta. Pada tahun 2019 ini Les’ Copaque Production menamatkan penantian peminat setia Upin dan Ipin dengan menerbitkan satu lagi karga unggul yang bukan sahaja dilihat bakal mencipta sejarah perfileman di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa. Filem berjudul “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal” merupakan filem animasi penuh ke 2 terbitan Les’ Copaque dan diumumkan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 Mac 2019. Filem yang amat dinanti-nantikan ini juga bakal ditayangkan di Indonesia meskipun tarikh tayangan di negara jiran itu belum diumumkan lagi. Filem ini menerima expectation yang sangat tinggi lebih-lebih lagi selepas trailer rasmi filem ini dilancarkan pada beberapa minggu yang lalu.

Upin & Ipin Keris Siamang TunggalUpin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Filem paling mahal!

Dengan kos pembikinan sebanyak RM20juta, filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal dilihat bukanlah omong kosong dan sekadar sedap mata memandang. Berdasarkan dari trailer rasminya, filem ini kelihatan sungguh fresh dan berteknologi tinggi meskipun berlatar belakangkan elemen nusantara dan purba. Walaupun belum ditayangkan di layar perak lagi, filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal sudah mencuri tumpuan dengan menjadi filem terbitan produksi Malaysia yang paling mahal di dalam sejarah. Secara visualnya saja ianya sudah kelihatan sangat berbeza dari siri animasi 7 minit Upin & Ipin yang ditayangkan di kaca TV. Mestilah Les’ Copaque ingin ianya kelihatan berbeza, cantik dan memberi pengalaman baru kepada penonton di panggung wayang nanti. Kalau sama seperti kualiti siri, baik tengok di rumah sajakan?

Penambah-baikkan sangat ketara dari warna kulit, texture dan juga material rambut setiap watak semuanya diperinci dan diperhalusi. Nasib baik Ipin tidak mempunyai rambut, jadi kurang sikit kerja menambah rambut realistic pada watak Ipin. Bila sebut pasal realistic, saya sangat terpesona dan kagum melihat dunia Inderaloka yang digambarkan begitu indah dan magical. Perasaan yang sama kita biasa lihat pada animasi antarabangsa seperti Shrek ataupun Frozen.

Advertisements

Upin & Ipin Keris Siamang TunggalUpin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Misteri Keris Siamang Tunggal

Sebagai pembuka cerita filem ini, Keris Siamang Tunggal telah membawa Upin, Ipin dan kawan-kawan ke dunia baru yang bernama Inderaloka di mana di sinilah tinggalnya watak-watak donggeng seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, Pak Belalang  dan banyak lagi. Pertemuan Upin dan Ipin dengan watak-watak baru ini sekali gus membuka perseptif baru dan sudut pandang yang berbeza mengenai jalan cerita filem ini. Tak pernah lagi watak-watak Donggeng ini digabungkan di dalam storyline yang sama.  Ianya pasti unik dan mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak.

Nama Keris Siamang Tunggal pula merupakan adaptasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri. Dimaklumkan keris ini sangat misteri kerana ianya tidak mempunyai bilah.

Upin & Ipin Keris Siamang TunggalUpin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal akan memperkenalkan 2 buah lagu OST yang bakal dimuat naik di saluran YouTube Les’ Copaque Channel tidak lama lagi. Salah satu lagu adalah dinyanyikan oleh penyanyi bersuara lunak yang memenangi pelbagai anugerah iaitu Ernie Zakri. Ernie Zakri akan membawakan lagu yang bertajuk “Buai Laju-Laju” dan juga menjadi pelakon suara bagi watak Bawang Merah dan Bawang Putih di dalam filem ini. Lagu ke dua adalah penyanyi dari Brunei iaitu Fakrul Razi yang membawakan lagu bertajuk “Keris Sakti”.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Jom tengok wayang!

Jadi marilah kita menyokong filem tempatan dengan menonton filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal di pawagam pada 21 Mac 2019. Yang pasti ianya bukanlah sekadar filem tempatan biasa yang harus menerima sokongan dari kita, tetapi ianya adalah sebuah animasi karya jiwa tempatan yang harus diangkat dan dibanggakan.

 15,200 total views,  2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.