Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Khusus buat peminat setia Upin & Ipin ini ada berita gembira buat anda kerana baru-baru ini butik Upin & Ipin Store yang menjual merchandise rasmi Upin & Ipin baru sahaja dibuka di Ampang. Ini merupakan butik ke 2 yang dibuka selepas butik pertama Upin & Ipin Store yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Lokasi terbaru ini akan memudahkan peminat Upin & Ipin dari Lembah Klang bagi mendapatkan koleksi peribadi animasi nombor 1 Malaysia ini. Bertempat berdekatkan dengan Ampang Point dan berdepan dengan lebuh raya MRR2, kedainya agak mudah dicari.

Saya berkesempatan memeriahkan majlis pelancaran Upin & Ipin Store yang telah dirasmikan oleh pengarah urusan Les’ Copaque Production Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi berserta isterinya Hajah Ainon bt Ariff. Majlis ini juga dihadiri oleh rakan-rakan blogger serta pengunjung yang dijemput khusus. Pada hari pembukaan ni, Upin & Ipin Store membuat jualan murah dengan menawarkan diskaun sehingga 50% dari 1 hingga 8 Oktober 2017. Selain tawaran diskaun, 100 pengunjung terawal pada hari pembukaan juga dihadiahkan goodies dari LC Merchandising dan Mamee.

upin ipin store ampang

Ketika majlis perasmian Upin Ipin Store Ampang

upin ipin store ampang

Diantara koleksi pakaian Upin & Ipin

upin ipin store ampang

Baju Pada Zaman Dahulu

Suasana dalaman Upin & Ipin Store sangat meriah dan ceria. Pelbagai merchandise dari beg sekolah, alat tulis, pakaian, permainan, DVD, makanan dan perhiasan dijual di sini. Pendek kata, kalau peminat setia Upin & Ipin yang masuk ke dalam butik ni pasti takkan keluar dengan tangan kosong. Susun atur di dalam butik ini juga nampak kemas dan menarik. Setiap item disusun mengikut kategori dan pilihan. Harganya baranganya pula merangkumi dari harga murah sehinggalah kepada yang mahal. Tapi yang pasti barangan original yang dijual ini berkualiti dan tahan lama. Produk yang sedang dalam tempoh promosi diletak dikawasan yang mudah dilihat dan dicapai oleh pelanggan.

Salah satu produk hot kat sini adalah Plush Toy Upin & Ipin yang comel dan sedap dipeluk yang juga dijual dengan harga promosi.

upin ipin store ampang

Koleksi Bag dan permainan

upin ipin store ampang

Koleksi istimewa cawan dan watak Puteri

upin ipin store ampang

Pensel warna

upin ipin store ampang

DVD Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

upin ipin store ampang

Plush Toy Upin & Ipin

Di sini juga terdapat kawasan tayangan cerita Upin & Ipin khusus buat adik-adik yang ingin menonton siri animasi Upin & Ipin yang terbaru. Jadi sambil shopping bolehlah bersantai sekejap menonton bersama-sama keluarga. Ruang jalan kakinya juga luas jadi tiada masalah bagi sesiapa yang membawa stroller dan sebagainya. Pada hari pembukaan tempoh hari, maskot Upin & Ipin juga membuat penampilan istimewa dan beramah mesra bersama pengunjung. Memang happening sebab kebanyakkan dari mereka yang hadir pada hari tersebut adalah peminat setia Upin & Ipin yang memang sangat menanti-nantikan cawangan butik di Ampang. Selain itu juga, peraduan mewarna turut dianjurkan bagi adik-adik yang minat mewarna.

upin ipin store ampang

Antara adik-adik comel yang datang pada hari pembukaan

upin ipin store ampang

Sesi bergambar bersama maskot Upin & Ipin

upin ipin store ampang

Sesi teka teki bersama pengacara

Jadi kepada peminat setia Upin & Ipin pastikan anda tidak ketinggalan melawat butik Upin & Ipin Store di Ampang yang telahpun dibuka. Dari semasa ke semasa mereka akan mengadakan promosi istimewa dan tawaran menarik kat sini. Ini adalah alamat Upin & Ipin Store Ampang :

Upin & Ipin Store Ampang
No 31-M (GF),  Jalan Mamanda 7
Taman Dato Ahmad Razali
68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi : 10am – 10pm
upin ipin store ampang

Saya bersama maskot Upin & Ipin

2,459 total views, 0 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge