Kalau sebelum ini saya promote produk dan jenama lokal seperti Abstrax Jingga dan Republic Of Big, apa kata kali ni saya nak promote pula produk Upin & Ipin. Kepada semua peminat setia Upin & Ipin mesti ada yang belum tahu kat mana nak dapatkan barangan ORIGINAL Upin & Ipin. Paling mudah dan paling BEST adalah di Butik Upin Ipin Store yang terletak di Shah Alam, Seksyen 13. Kenapa saya kata best, sebab kat sinilah semua barangan baru akan dijual terlebih dahulu selepas dihantar ke outlet lain seperti di Kedai Makan Upin & Ipin. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam butik ni.
Bila pertama kali je melangkah kaki ke dalam butik ni, saya yakin bukan saja kanak-kanak, malahan ibubapa juga akan tersenyum kegembiraan sebab suasananya yang sungguh warna-warni dan ceria. Macam-macam barangan menarik yang dijual kat sini seperti baju, topi, alat menulis, patung permainan, majalah dan yang pastinya DVD Upin & Ipin. Boleh dikatakan semua barangan ataupun merchandise dalam butik ni sangat cantik dan nampak premium.
Pada penghujung tahun 2014, butik Upin & Ipin mula menjual banyak barangan baru seperti baju baby Upin & Ipin serta Hand Puppet Upin & Ipin. Bersempena dengan animasi Puteri yang baru dilancarkan pada penghujung 2014, terdapat beberapa barangan baru yang berasaskan watak-watak Puteri juga turut dijual. Diantara hot item bagi animasti Puteri adalah seperti Figurine Puteri yang sangat comel dan cantik.
Mungkin ramai yang beranggapkan harga di Upin Ipin Store sedikit mahal jika dibandingkan dengan produk di luar. Tetapi apa yang membezakannya adalah bukan sahaja dari segi kualitinya malahan juga dari segi designnya yang sangat istimewa. Kalau barangan cetak rompak tu, kita dah boleh nampak semuanya nampak macam sama je dan takde yang unik. Kalau di Upin Ipin Store ni setiap produk yang di design tu telah melalui pelbagai jenis proses tapisan bagi memastikan kualiti produk yang dijual.
Variasi produk di Upin Ipin Store juga setiap tahun semakin bertambah. Kalau dulu ianya hanya tertumpu pada barangan untuk kanak-kanak sahaja, tetapi sekarang ni orang dewasa pun pasti membeli sesuatu sekiranya masuk ke dalam Upin Ipin Store. Bagi peminat dan pengumpul DVD Upin & Ipin serta Majalah Komik Upin & Ipin pula di sinilah tempatnya untuk mendapatkan semula episod dan keluaran yang lama-lama. Saya pasti kat luar dah takde jual lagi.
Selain barangan berkonsepkan cenderamata, Upin Ipin Store juga ada menjual barangan berasaskan makanan seperti Air Minuman Upin Ipin, Kopi Tok Dalang dan Aiskrim Upin Ipin. Nampak banyak betulkan produk Upin & Ipin ni. Bagi yang bukan tinggal di sekitar Shah Alam, bolehlah mendapatkan barangan Upin Ipin yang comel ni secara online di UpinIpinStore.com
Bagi yang ingin datang ke Butik Upin Ipin Store ni, butik ini dibuka setiap hari mengikut waktu di bawah :
Waktu Perniagaan
Isnin – Jumaat
9.30 pagi – 7 malam
Sabtu & Ahad
10.00 pagi – 6 petang
Alamat
No. 5, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
32,397 total views, 3 views today
Assalamuallaikum ..nk tny klo mo beli trs hntar kt taiwan boleh tak ….
Trims ksihh
Waalaikumsalam. Ye boleh
Mohd Zarin recently posted…Upin Ipin Store
untuk gua xde ke… tapi gua nak ultraman jepun….hehehe
Melastik Bintang recently posted…Buta Arahan Di Parking Kereta
ni kalau anak aku gi store ni, rabak poket bapak dia..
JMR recently posted…NZ Lamb Chop, Dave’s Deli jadi kegemaran Dayyan
Assalamualaikum…..saya ada dua soalan.
1. nak tanya, kedai upin ipin store, boleh buka cawangan lagi tak?
2. boleh tak kedai cenderamata lain jualkan produk upin ipin store di tempat lain? Klau boleh, macam mana procudure mengambil barangan dari company upin ipin store utk dipasarkan kpd kedai cenderamata di tempat lain?
Terima kasih…
Boleh emel terus store@lescopaque.com ataupun call no telefon yang tertera
Assalammualaikum. Nak tanya, kalu nak beli patung upin ipin boleh beli online x?
Assalam..nk tnye produk online upinipinstore tu same ke price dgn butik tuan?terima kasih
Assalammualaikum.
Nak tanya, ada jual payung Upin Ipin ke??
Boleh beli di UpinIpinStore.com
Assalamualaikum .. kat mana sya bleh prgi melawat animasi upin dan ipin ??
Askm I nak beli kopi tok dalang 3 packet . brpa harga dia. Mcm Mn nak bayar. Klu ada account no.
Hi, kalau I nak beli singlet 2 helai sahaja, boleh minta hatar by courier service? Berapa harga sehelai?
kalau mau beli aksesoris nya …gimana caranya ya……makasih…
Ada jual selipar upin ipin tak? Brp harga?
INGIN BELI PATUNG UPIN DAN GAUN UPIN.UMUR ANAK PEREMPUAN SAYA SATU TAHUN BOLEHTAK KIRIMKANNYA MELALUI POS SEMPENA ANAK BIRTHDAY SAYA
assalamualaikum… saya dari kedah. Saya berminat nk bli beg sekolah upin ipin. mcm mn cara saya nk ordee. bleh order online ker
Assalamualaikum..figure ipin upin bisa di kirim ke indonesia?
Assalamu’ alaikum, saya mau bertanya… apakah toko marchandise upin ipin bisa di franchise? Saya berminat untuk membukanya di indonesia.
Gmn mb Dwi Retno?ada jawabankah? 😀
Kalau nak figura upin ipin bisa dihantar ke Indonesia tak
Boleh dikirim ke Indonesia kah?
Cara order nya bagaimana?
Terimakasih
bole beli secara online
Nak tanya…ada figura upin ipin dan kawan kawan serta tak?
mohon info cara pergi ke store shah alam upin ipin dari bandara gitu, lewat mana saja