Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Seperti yang dijanjikan tempoh hari, kali ini saya ingin berkongsi dengan lebih mendalam mengenai cerita disebalik teater Upin & Ipin The Musical. Kalau ada yang belum tengok lagi baik simpankan je hasrat murni tu sebab teater ni dah pun selesai dipentaskan di Istana Budaya. Genap sebanyak 30 persembahan menjadikan teater ini teater yang paling lama dipentaskan dalam tempoh sebulan. Dah pun dapat Malaysia Book of Records mengenai perkara ni. Bestkan?
Saya sendiri walaupun sebenarnya tidaklah terbabit secara langsung dalam teater ni tapi saya dah mewajibkan diri untuk menonton teater ni hampir setiap malam di Istana Budaya. Rasa tak complete kalau tak menonton teater ni walaupun sehari. Ok, seperti yang kita tahu teater ini merupakan hasil kerjasama dengan produksi teater CTRA yang pernah menerbitkan teater Gamat, Mak Dara Nyonya, Tun Mahathir dan banyak lagi. Dari hari pertama perbincangan memang tak sangka penantian hampir setahun ini menjadi kenyataan. Memang tak sangka watak-watak dari animasi ni boleh dan mampu di teaterkan. Kitaorang yang masing-masing background 3D animasi ni memang tak nampak sangat gambarannya pada awal-awal dulu. Tapi apa-apapun, diharapkan hasil akhir nanti masih mengekalkan elemen-elemen asal dari animasi.
Saya bersama Zarith yang sentiasa menemani

Scene main basikal
Kalau anda gembira tepuk tangan
Saya boleh katakan cabaran paling besar adalah dari segi pengolahan cerita. Bukan senang pengarah teater iaitu En Zaifri ni berjaya melepasi quality control dari Haji dan Hajah. Semasa skrip belum betul-betul siap lagi, perkara-perkara lain telah berjalan secara serentak. Lagu latar yang dihasilkan oleh Pak Ngah boleh dikatakan penyeri dan amat penting di dalam teater ini. Lagu pertama ciptaan Pak Ngah yang bertajuk Upin & Ipin (Gembira Bermain) macam magik sekali je dah lulus. Lagu-lagu lain yang turut menjadi daya penarik di dalam teater ini adalah lagu Kerja, Mentadak Mentadu, Basikal, Kereta Lembu dan erm. boleh kata semualah~!
Walaupun ada beberapa kritikan berkaitan dengan pemilihan pelakon, tapi percayalah… bukan senang nak pilih pelakon yang boleh bawakan watak sama seperti watak asal. Ada beberapa watak yang sangat berjaya dan sangat dekat dengan watak kartunnya. Diantaranya adalah Sally, Dr Ravi, Cikgu Jasmin, Mei Mei, Upin, Ipin dan beberapa watak lagi. Contohnya watak Sally yang dapat kita lihat bukan sahaja berperwatakan serupa, tapi pakaiannya juga sama. Cantik betul costume dorang nih!. Nanti kita tengok belakang pentas, siapalah yang buat costume2 yang cantik-cantik ni..
Sally berjaya mencuri tumpuan
Saya bersama sebahagian dari krew yang
 bertugas menjual merchandise teater
Sambutan teater ini bagi saya amat luar biasa. Secara terus terangnya saya memang tak pernah tengok teater. Tapi kalau setiap hujung minggu atleast 80% tiket sold out memang tipulah kalau tak dapat sambutan. Kadang-kadang tu sampai 5-6 bas beratur kat luar Istana Budaya tu untuk menghantar pelajar-pelajar menonton teater ni. Cabaran besar juga sebenarnya apabila tak berjaya ditayangkan pada musim cuti sekolah. Yelah, bukan senang nak dapatkan slot cuti sekolah kat Istana Budaya ni. Samalah juga situasinya kalau nak book slot di panggung wayang. Sekurang-kurangnya setahun awal baru dapat book. Walaupun begitu, dengan sambutan yang meriah macam ni, diharapkan teater ini dapatlah diadakan sekali lagi pada hujung tahun nanti. Mengikut fakta terkini, permohonan dan angin-angin mengenai pementasan semula itu sudah ada, tapi masih belum dalam kelulusan lagi.
Bersama dengan Ehsan, Upin, Ipin, Fizi dan juga Jarjit
Bersama sebahagian dari ibu-ibu pelakon teater
Pada setiap malam persembahan, di ruang legar Istana Budaya ni pasti akan ada ibu atau bapa yang menunggu anak-anak mereka yang sedang buat persembahan di dalam. Dah seperti persatuan ibubapa, mereka ni setiap hari akan berada di sini tanpa mengenal erti penat. Ada juga salah seorang ibu cakap pada saya.
“Kalau kita yang menunggu setiap hari ni pun penat, 
macam manalah adik-adik kita kat dalam tu. Sure lagi penat”
Ye, bercakap pasal penat ni saya tak nafikan memang semua yang terlibat dengan teater ni pasti akan terdetik perasaan penat dan letih. Setiap hari tanpa henti melakukan rutin yang sama memang mengundang rasa penat dan kadang kala boleh demam dibuatnya. Tapi, saya kagum dengan adik-adik teater ni semua sebab dorang bukan sahaja tak penat, tapi seronok dan memberikan sepenuhnya penumpuan semasa teater sedang berlangsung. Kalau kitalah masa belum sampai giliran mesti kita duduk dulu minum air ataupun lelap sekejap kalau ngantuk sangat. Tapi budak-budak kat belakang pentas ni masa rehat mereka adalah masa mereka bermain. Kacau orang ini, kacau orang sana. Tengok gelagat dorang belakang pentas ni pun dah kelakar~
 Bersama Opah dan sebahagian warga kerja CTRA Production
 Bersama dengan Opah
Pujian harus diberikan kepada orang-orang kuat dibelakang tabir diantaranya adalah Kak Sarina iaitu pereka kostum bagi teater ini. Ramai yang tak kenal, tapi dengan Kak Sarina nilah saya saling bertukar info dan design baju setiap watak hinggalah siap. Kak Sarina ni juga tiap-tiap malam akan bertungkus lumus di belakang pentas bersama pembantu-pembantunya untuk menyalinkan pakaian setiap pelakon-pelakon teater ni. Selain dari kena tahu apa nak pakai mengikut set, Kak Sarina juga akan pastikan keadaan baju-baju tersebut di dalam keadaan presentable dan selamat dipakai.
 Bersama Kak Sarina, Pereka Kostum
Bersama Cikgu Jasmin
 Bersama Dr Ravi
Actually, ramai lagi orang-orang penting dibelakang tabir ni. Tapi tak sempatlah saya nak bergambar dengan semua orang. Setiap kali saya kebelakang pentas je sure dorang tengah sibuk. Anyway, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua orang-orang kuat dibelakang tabir yang menjayakan teater ni. Tanpa dorang mungin teater ni tak berjaya dipentaskan.
p/s : Dibahagian ke dua saya akan kongsi lebih banyak gambar-gambar dibelakang tabir.

2,971 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge