Tahniah diucapkan kepada Les’ Copaque Production kerana watak animasi nombor 1 negara iaitu Upin & Ipin dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Pelantikan sebagai duta ni merupakan salah satu penghargaan besar buat Upin & Ipin yang juga merupakan Duta Unicef Malaysia. Saya sendiri berpeluang menyertai dan terlibat di dalam majlis pelantikan yang penuh bersejarah ini yang diadakan di Saloma Bistro. Acara utama pada hari tersebut sebenarnya merupakan Majlis Rumah Terbuka namun pihak MOTAC turut  mengambil kesempatan yang ada bagi mengumumkan berita pelantikan ini.

Maskot Upin & Ipin tampil di dalam dewan Saloma Bistro dengan berbaju melayu sambil diiringi oleh pasukan kompang mendendangkan lagu tema Upin & Ipin. Sambil perlahan-lahan menari mengikuti irama lagu, maskot Upin & Ipin diarak menaiki pentas utama. Majlis pelantikan disempurnakan YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan).

Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Upin dan Ipin ketika masuk ke dalam dewan

Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Gimik Pelancaran

Kompang yang mempunyai lukisan Upin & Ipin digunakan sebagai sebahagian dari gimik pelancaran. Dengan majlis ini, Upin & Ipin secara rasminya menjadi Duta Pelancongan Malaysia untuk 2 tahun bermula hari ini.

Advertisements

Duta Pelancongan Malaysia

Pelantikan Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia sangat bersesuaian kerana animasi Upin & Ipin bukan sahaja terkenal di Malaysia bahkan di negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei bahkan sehingga ke Filipina. Kebanyakkan peminat Upin & Ipin ingin datang ke Malaysia bagi melihat sendiri budaya dan kehidupan kampung seperti yang dicerminkan di dalam Kampung Durian Runtuh. Setiap ceritanya, menampilkan jalan cerita yang sarat dengan mesej murni bagi mengalakkan perpaduan dan hormat menghormati. Siri Upin & Ipin berjaya menggabungkan pelbagai bangsa dan budaya di dalam bentuk penceritaan yang menghiburkan.

Sebagai salah seorang warga kerja Les’ Copaque saya juga berbangga di atas pengiktirafan ini dan berharap selepas ini Upin & Ipin akan lebih dikenali ke serata dunia. Sememangnya bukan mudah untuk mencapai sehingga ke fasa ini kerana semuanya harus dilalui dengan usaha dan kerjasama pasukan. Tahniah kepada semua warga kerja kerana berjaya membawa Upin  & Ipin hingga ke peringkat ini.

Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Saya bersama Upin dan Ipin

Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Bersama team Les’ Copaque

Gimik Kompang

Selain itu, apa yang uniknya tentang majlis pelantikkan ini adalah gimik kompang yang telah dilukis oleh salah seorang pelukis terkenal iaitu Syem Raja Lawak. Syem telah melukis logo Upin & Ipin Duta Pelancongan Malaysia menggunakan pelbagai jenis marker. Syem merupakan salah seorang pelukis karikatur yang sangat berpengalaman dan sudah melukis selama berpuluh-puluh tahun. Kalau biasanya Syem mengambil masa kurang dari 1 jam untuk melukis sebuah karikatur, tapi untuk artwork gimik kompang ni dia mengambil masa 2-3 jam untuk melengkapnya. Ini bermakna, dia betul-betul terperinci dan hati-hati untuk melukis gambar ni.

Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Syem Raja Lawak melukis gambar Upin & Ipin

Facebook : https://www.facebook.com/syemrajalawak

 4,952 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.