Sebuah majlis sidang media sempena pelancaran filem animasi nombor 1 Malaysia iaitu “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” telah berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral hari ini. Filem terbaru siri animasi popular Upin & Ipin yang diterbitkan secara usahasama antara Les’ Copaque Productions dan KRU Studios ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada November 2016 nanti.

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan sebuah filem animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Proses penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan proses pembikinan animasi pula dihasilkan oleh Les’ Copaque Production. Primeworks Distribution adalah pengedar rasmi filem ini selain mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), yang sentiasa menginginkan animasi sebagai penanda aras baru dalam landskap teknologi. Filem yang menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta mendapat pembiayaan FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Suasana ketika Majlis Sidang Media Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Dari kiri [En Izham Omar (Primeworks Studio), Dato’ Norman (CEO KRU Group), Tn Hj Burhanuddin (Les’ Copaque Production), Dato’ Kamil Othman (Ketua Pengarah FINAS) dan En Hasnul Hadi (Pengarah Kandungan Kreatif MDEC)

Filem ini merupakan filem animasi pertama arahan pengarah terkenal Erma Fatima yang bergandingan bersama Hajjah Ainon Ariff, yang merupakan Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque Production. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis, penyanyi rock tersohor Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak sebagai barisan pelakon. Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan dengan menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia. Peminat-peminat Upin & Ipin bakal menyaksikan buat pertama kalinya watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia.

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Majlis sidang media ini telah dihadiri oleh Dato’ Kamil Othman selaku Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Norman Abdul Halim selaku Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Hasnul Hadi Samsudin selaku Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi selaku Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.

Teaser filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” ini boleh ditonton di YouTube Les’ Copaque Production dan telah mencecah lebih 2 juta penonton setakat ini. Tambahan pula, jumlah langganan Youtube Les’ Copaque Production telah melebihi 800 ribu dan mendapat kedudukan tiga teratas sekali gus dinobatkan sebagai “Most Subscribed Youtube Channel in Malaysia”. Oleh itu, sempena ulang tahun Les’ Copaque Production dan siri animasi Upin & Ipin yang ke-10 pada tahun ini, siri animasi Upin & Ipin telah dialih Bahasa ke Bahasa Latin, Arab dan Bahasa Inggeris versi US bagi memenuhi permintaan peminat di peringkat antarabangsa.

21,125 total views, 7 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.