Syarikat animasi negara, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, telah menempa sejarah sekali lagi apabila siri animasi mereka yang terkenal, Upin dan Ipin telah memenangi dua anugerah di Mom & Kids Awards 2015 yang dianjurkan oleh stesyen TV Indonesia, MNC TV. Anugerah yang julung-julung kali diadakan bersempena dengan Hari Ibu itu telah menobatkan siri Animasi Upin Ipin sebagai “Kartun Kesayangan“ dan karakter Upin Ipin sebagai “Tokoh Kartun Kesayangan.” Pengadilan anugerah yang dijalankan secara undi sms dari peminat berjaya menewaskan calon-calon lain yang terdiri dari siri animasi Boboiboy, Pada Zaman Dahulu, Adit & Sopo Jarwo dan Sofia the First sementara tokoh kartun terdiri dari Adit, Boboiboy, Kak Ros dan Sopo Jarwo.

Mom and Kids Awards 2015

Asyiela Putri pelakon suara Upin & Ipin ketika mempersembahkan lagu Boria Suka Suka

Menurut Bapak Noersing, Pengarah Urusan MNCTV, Upin dan Ipin telah meraih undi yang begitu tinggi sekali sehingga meninggalkan pencabar terdekatnya begitu jauh sekali yang membuktikan bahawa siri animasi Upin Ipin masih tetap popular dan masih bertahan sebagai siri kartun nombor 1 di Indonesia. Anugerah tersebut telah di terima oleh Asyiela Putri, pelakon suara Upin dan Ipin di acara yang disiarkan secara lansung oleh stesyen TV tersebut. Kejayaan ini adalah merupakan penghormatan kepada industri animasi negara secara amnya dan kepada syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. secara khasnya, yang telah membuktikan bahawa kandungan yang asli dan bermutu tinggi walaupun bercirikan budaya kita boleh menembusi pasaran global dan berjaya.

Mom and Kids Awards 2015

Ucapan penghargaan di pentas Mom and Kids Awards 2015

Menembusi dan mengungguli pasaran Indonesia adalah sesuatu yang luar biasa kerana produk kreatif negara amat sulit untuk menembusi pasaran Indonesia.

Advertisements

 4,928 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.