Assalamualaikum dan Salam  Sejahtera,

Pada Karnival Karangkraf yang lalu, Ustaz Kazim Elias telahpun melancarkan buku nukilan terbarunya yang diterbitkan oleh Karangkraf bertajuk “Bicara Daie”. Dengan bertemakan “Bingkisan Nurani UKE”, pengisian buku ini kebanyakannya dihasilkan dan dikemaskini sendiri oleh Ustaz Kazim. Jom kita tengok apakah yang menariknya mengenai buku Bicara Daie ini.

Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim Elias sedang menuju ke pentas utama

Ustaz Kazim ataupun nama penuhnya Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias dilahirkan di Kampung Paya, Batu Kurau, Daerah Taiping, Perak pada 28 November 1972. Beliau merupakan anak ke 7 dari 9 orang adik beradik. Ustaz Kazim juga merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang bertempat di Kampung Manjoi, Ipoh Perak.

Ustaz Kazim merupakan penceramah agama dan sering dijemput memberi ceramah di seluruh pelosok tanah air termasuk di negara jiran. Ramai yang menyukai ceramah Ustaz Kazim kerana penyampaiannya yang bersahaja dan santai.

Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim Elias ketika menyampaikan ceramah berkaitan dengan amalan membaca

Bicara Daie merupakan sebuah buku ataupun majalah yang menghimpunkan segala aktiviti berkaitan Ustaz Kazim seperti sesi ceramah, soal jawab, kisah teladan dan banyak lagi. Apa yang istimewa mengenai buku ini adalah gaya penulisan dan penyampaiannya adalah seperti gaya Ustaz Kazim di dalam buku-bukunya sebelum ini. Setiap topik dan perkongsiannya disusun dengan begitu baik dan padat.

Ustaz Kazim Elias

Ketika sesi pelancaran BICARA DAIE

Kadang-kadang kita rasa macam terlalu susah dan berat untuk membaca sesebuah buku agama kerana terlalu tebal dengan pengisian yang panjang. Tapi saya sekurang-kurangnya dengan membaca Bicara Daie setidak-tidaknya dapat menambahkan ilmu kerana pengisiannya yang sangat padat. Selain itu Ustaz Kazim juga ada menyelitkan beberapa kisah Nostalgia Cintanya yang boleh dijadikan teladan. Buku Bicara Daie ini merupakan kerjasama di antara Kumpulan Media Karangkraf dan Pusat Pendidikan Al-Barakah. Buku ini sudah mula dijual dengan harga RM8.50 senaskah. Jom kita beli BICARA DAIE.

Ustaz Kazim Elias

Bicara Daie

Ustaz Kazim Elias

Jom dapatkan Buku Bicara Daie

Buku Bicara Daie ini merupakan kerjasama di antara Kumpulan Media Karangkraf dan Pusat Pendidikan Al-Barakah. Buku ini sudah mula dijual dengan harga RM8.50 senaskah dan berkemungkinan akan diterbitkan setiap 3 bulan. Jom kita beri sokongan dengan membeli BICARA DAIE.

p/s : Ustaz Kazim juga adalah pengemar filem Hindustan. Jadi tak hairanlah, beliau selalu menyanyi ketika memberi ceramah.copyright

1,266 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge