Assalamualaikum kepada pembaca blog saya. Kali ni saya nak berkongsi sedikit gambar-gambar menarik disebalik wedding Aino Nano bersama pasangannya Fairus yang telah diadakan di Taman Melati pada minggu lalu. Majlis ini merupakan majlis kedua iaitu majlis disebelah pihak lelaki. Aino sebelum cuti kahwin sangat tenang merancang hari besarnya dan tak nampak cemas langsung. Alhamdullilah, majlisnya semua nampak tersusun dan meriah. Pasangan pengantin mula berarak memasuki dewan Pusat Komuniti Gombak seawal jam 12.30 tengahari yang turut diiringi oleh Kumpulan Kompang Sri Langkawi 2. Aino dan pasangan memilih pakaian serba putih bagi majlis kali ini. Sebelum masuk ke dewan, pasangan pengantin ni dipersembahkan dengan persembahan silat oleh wakil kumpulan kompang. Memang nampak menarik sebab dah lama wedding di KL yang dah tak menggunakan silat sebagai salah satu acara di dalam majlis mereka.

ainokawin01

Aino dan Fairus berarak masuk ke dalam dewan

ainokawin02

Official Photographer sedang menjalankan tugas

ainokawin03

Bukan Official Photographer sedang menjalankan tugas

ainokawin04

Silat pembuka majlis

ainokawin05

Muka tenang je masuk ke dalam dewan

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan, acara seterusnya adalah bacaan selawat oleh kumpulan wanita yang berpakaian sedondon pink biru. Oleh kerana ini adalah majlis di sebelah pihak lelaki, jadi tiada majlis bersanding dilakukan. Majlis diteruskan dengan majlis makan beradap oleh pengantin dan wakil keluarga pihak perempuan. Tapi sebelum itu, Aino sendiri yang membacakan doa majlis dan memohon agar majlis ini serta perkahwinan mereka mendapat berkat dan diredhaiNya.

Selepas acara makan beradap bermula, ramai pula yang dah tak sabar untuk acara seterusnya iaitu kemunculan maskot Upin & Ipin. Mungkin Aino sendiri dah umumkannya lebih awal, jadi ramai pulak yang dah ready dengan kamera masing-masing. Mungkin menjadi satu habit dan kebiasaannya bagi staff Les’ Copaque untuk menjemput maskot Upin & Ipin di majlis perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan saya dulu juga ada maskot Upin & Ipin. Tapi sebenarnya tujuan nak membawa maskot Upin & Ipin bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ataupun niat lain, tetapi lebih kepada memenuhi impian keluarga dan saudara mara yang ingin sangat berjumpa dengan maskot kembar ni.

ainokawin06

Selawat

ainokawin07

Kumpulan kompang Sri Langkawi 2

ainokawin08

Aino sendiri membacakan doa

ainokawin11

“Kejutan” dari Upin & Ipin

ainokawin12

Suasana orang bergambar bersama pengantik dan Upin Ipin

ainokawin13

Ramai betul orang nak bergambar

Seperti yang dijangka, kemunculan maskot Upin & Ipin di majlis ini dah umpama suasana di Karnival Upin & Ipin. Semua pengunjung yang pada awalnya duduk makan tadi, akhirnya menyerbu meja makan pengantin. Tapi sebelum maskot dibenarkan bergambar bersama pengunjung, tentulah maskot akan melayan pengantin terlebih dahulu. Majlis memotong kek pula dimulakan sambil ditemani oleh maskot Upin & Ipin. Jadi meriah betullah sesi memotong kek sebab ramai orang kerumun untuk melihat.

ainokawin14

Aino suap sendiri pulak

ainokawin15

Haa, Fairus pulak balas dendam

ainokawin16

Bersama Upin & Ipin

ainokawin21

Suasana ketika berjumpa Uncle & Auntie

Seperti yang kita tahu, Aino adalah emcee utama Karnival Upin & Ipin serta pengacara YouTube Channel Les’ Copaque. Jadi tak hairanlah ramai teman-teman rapat serta peminatnya turut hadir ke majlis ni. Selain tu, bos besar Les’ Copaque Production Hj Burhanuddin dan Hjh Ainon pun datang juga walaupun masing-masing sibuk dengan filem dan projek baru. Aino sendiri hampir menangis bila nampak Hjh Ainon datang ke majlisnya. Nampak macam ada angpau putih Aino dapat dapat dari Hj Burhanuddin tu~

ainokawin18

Bergambar bersama family

ainokawin20

Aino bersama Uncle & Auntie

ainokawin19

Hajah Ainon & Hj Burhanuddin bersama keluarga saya

ainokawin24

Bersama Zarith bergambar bersama pasangan pengantin

ainokawin22

Hizral dan keluarga juga nak bergambar bersama Raja Sehari

ainokawin23

Neysa dan Ida Shaheera

ainokawin17

Bergambar bersama semua orang dan Upin Ipin

Fuh, boleh pulak teringat pula moment-moment saya kahwin dulu. Kalau nak baca suasana saya kahwin dulu, boleh klik di sini. Selain tu kepada sesiapa yang jeles betul tengok gambar Upin & Ipin ni, jangan risau sebab anda semua boleh datang ke Karnival Upin & Ipin pada 21-23 Nov ini di PICC Putrajaya nanti. Kat situ lagi ramai maskot-maskot yang akan ada disamping aktiviti-aktiviti best yang lain.

p/s : Selamat Pengantin Baru kepada Ainur & Fairus. Semoga kekal hingga ke Jannah~

8,305 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge