Tahniah kepada pengantin baru Dr Dana & Syahir yang baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa hari yang lepas di Ipoh. Kalau nak tahu, Dana ni adalah sedara kepada Zarith. Kiranya masa kecik-kecik dulu dorang adik-beradiklah yang selalu main tepi longkang sama-sama dan kayuh basikal pergi kedai. Itu cerita mereka masa kecik-kecik dulu.

Wedding ni telah dilangsungkan di Adonis Bridal di Ipoh, Perak dan diatur serta direka begitu unik sekali kerana menggabungkan beberapa konsep moden dan baru. Pasangan pengantin ini menggabungkan beberapa konsep dari perkahwinan ala masyarakat Cina dan ala-ala Garden Wedding. Dari hiasan lampu kuning menerangi kawasan taman hinggalah kepada live band yang menyanyikan lagu cinta dalam bahasa Inggeris, semuanya merupakan beberapa sentuhan moden yang ingin dicapai. Photobooth dipintu masuk utama tetamu juga dihias dengan cantik dan berseri. Dana & Syahir adalah pasangan yang suka melancong dan mengambil gambar. Jadi tak heranlah, gambar-gambar mereka menghiasi taman dan menjadi sebahagian dari elemen dekorasi.

Tak banyak sangat gambar yang sempat saya ambil kerana hujan yang telah turun semenjak petang lagi. Walaupun hujan, namun aturcara majlis tetap diteruskan seperti yang telah dirancang.

Advertisements
dana01

Adonis Bridal

dana04

Kepingan gambar menjadi salah satu dekorasi

dana06

Syahir & Dana ketika memberi ucapan

dana05

Dora salah seorang dari adik Dana

dana07

Ayahcik (Ayah pengantin perempuan) sangat sibuk pada malam tu

Wedding ini juga jadi begitu meriah kerana turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai tetamu VVIP. Bukan senang orang besar nak datang ke sesebuah wedding macam ni. Selain tu, pelakon terkenal Iqram Dinzly juga turut hadir pada majlis wedding ni. Iqram sebenarnya juga adalah sedara kepada Dana dan secara tak langsung juga sedara kepada Zarith dan secara tak langsung juga sedara kepada saya. Ramai juga orang yang serbu bergambar dengan Iqram masa malam tu.

 

dana03

Iqram pun tak terlepas bergambar bersama pengantin baru

dana02

Cameraman buat keje

dana08

Bersama Zarith dan … err (orang-orang kat belakang)

dana09

Bersama pengantin dan sebahagian dari ahli keluarga

Tahniah sekali lagi kepada Dana & Syahir kerana telah bergelar suami dan isteri. Saya doakan semua berbahagia dan sama-sama menjaga masjid yang telah dibina. InsyaAllah.

 5,876 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.