xperia-z3-gallery-05-1240x840-3a9c04a58df869e2c67c32bb072116b2

Sony Xperia Z3

xperia-z3-gallery-03-1240x840-3d991d7f8f2e8f4ea878e47960df222a

4 Pilihan warna

Semalam secara rasminya ahli keluarga Sony Xperia Z3 telahpun mula dijual di Sony Store seluruh Malaysia. Bagi peminat kipas susah mati produk Sony pasti teruja dengan barisan gajet baru ini sekali gus berkira-kira untuk menaik taraf dari xperia yang lama. Rasanya belum sampai 6 bulan, Sony Xperia Z2 berada di pasaran dan tiba-tiba Xperia Z3 muncul dan terus mengenepikan Z2. Mungkin hanya terdapat beberapa perubahan saja yang diberikan pada Xperia Z3 namun saya amat suka dengan perubahan yang diberikan.

xperia-z3-dual-design-collage-b342b1fc8149e1cf2c87dbea4dd4e05a-940 (3)

Rekaan Sony Xperia Z3

xperia-z3-dive-into-new-experiences-5341718fbf126752c18cc00030c56046-940

Boleh mengambil video 4K di dalam air

Xperia Z3 kali ini diperkemaskan rekaan kerangka yang lebih menawan dengan sentuhan curve. Ianya masih mengekalkan lapisan kaca dibelakang telefon dan tempered glass di skrin utama. Xperia Z3 ditawarkan di dalam 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, perak dan hijau. Apa yang menariknya, bingkai hadapan Z3 versi warna putih juga kali ini berwarna putih.

Xperia Z3 boleh dibawa berenang di dalam air kerana ianya adalah kalis air. Z3 juga boleh digunakan untuk mengambil video 4K walaupun di dalam air. Saya harap, pihak Sony sudah memperbaiki kamera mereka yang cepat panas untuk tetapan rakaman video 4K. Bercakap mengenai kamera, Xperia Z3 mempunyai ISO yang menakjubkan iaitu sebanyak 12800. Mempunyai ISO setinggi ini membolehkan Z3 mengambil gambar di dalam keadaan yang sangat gelap. Kalau tak salah saya, tiada telefon pintar yang mempunyai ISO setinggi ini. Z3 juga masih mengekalkan kamera 20.7 megapixel dan menambah beberapa ciri mainan baru seperti “Face In” yang membolehkan kamera hadapan digunakan serentak dengan kamera belakang.

xperia-z3-dual-create-memories-94b02a9dba5d621d2cd1c9be2d5afa1a-940

Boleh mengambil gambar walaupun di dalam keadaan gelap

xperia-z3-dual-play-at-another-level-70e4da1a012971aaf0d1296a9fc7d711-940

Digunakan sebagai skrin gantian untuk Playstation 4

Selain itu, Sony Xperia Z3 juga adalah satu-satunya telefon pintar yang direka dan boleh dimainkan bersama dengan Sony Playstation 4. Dengan peranti tambahan, kita boleh bermain Playstation 4 dengan menggunakan Z3 sebagai monitor gantian selagi berada pada sistem wifi yang sama. Walaupun ciri terbaru ini nampak agak kurang penting, tetapi bagi pemilik Playstation 4 pasti tak sabar untuk mencuba kelebihan ini. Serentak dengan pelancaran Sony Xperia Z3, Sony juga mengumumkan beberapa peranti lain yang juga menarik minat saya. Ianya adalah Sony SmartBand Talk dan Sony Smart Watch 3. Kedua-kedua rupa peranti ini telah diubah keseluruhannya dari versi yang sebelum ini dan ianya nampak begitu moden dan cantik. SmartBand Talk membolehkan pengguna menggunakannya untuk bercakap seperti telefon disamping mengumpul data pergerakan seperti berlari yang kemudiannya dihubungkan kepada lifelog.

Sony Smart Watch 3 pula pertama kali dilengkapi dengan Android Wear. Ianya mempunyai 4GB memori yang membolehkan pengguna menyimpan lagu. Fungsi asas seperti menerima mesej, melihat notifikasi, emel dan sebagainya boleh dilakukan dengan menghubungkan Sony Xperia Z3 melalui NFC ataupun Bluetooth.

SmartBand-Talk-SWR30-gallery-03-1240x840-2554ae275bd121c97a68078a7dd88376

Sony SmartBand Talk

smartband-talk-swr30-smartwear-from-sony-24621c826c9cee55c124897c88f60ba7-620

SmartBand dan Smart Watch 3

z3-family-4d547e568be15ad2f77e09bc061d692b-940

Sony Xperia Z3, Xperia Z3 Compact dan Xperia Z3 Tablet Compact

Sony Xperia Z3 dijual dengan harga RM 2,399 manakala beberapa produk Z3 akan memasuki pasaran Malaysia secara peringkat berperingkat. Untuk info lanjut layari laman web Sony Malaysia.

Sumber : http://www.sonymobile.com/my/

……………….

Facebook Fanpage : http://facebook.com/mohdzarindotcom
Instagram : http://Instagram.com/mohdzarin
Email : z@mohdzarin.com

 

3,280 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge