Kalau dulu bila teringin makan satay kita asyik nak cari satay kajang je. Tapi sekarang dah banyak pilihan restoran satey yang sesedap malahan lebih sedap dari pilihan satay di Kajang. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan Willy Satay yang sudah mempunyai banyak cawangan dan sudah agak terkenal dengan kesedapan sateynya. Saya sendiri sebenarnya memang penggemar satay dan kali ini saya ke cawangan terbaru Willy Satay yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Walaupun dah ada banyak cawangan Willy Satay, namun saya difahamkan setiap cawangan mempunyai perbezaan dari segi pilihan menu-menu sampingan serta promosi yang diadakan. Namun begitu, semua rasa satay di sini adalah sama bagi setiap cawangan kerana resepinya dikawal bagi memastikan kesedapannya.

Willy Restoran Shah Alam

Bubur Nasi diantara menu sampingan di sini

Willy Restoran Shah Alam

Set Bubur Nasi

Sebelum kita makan satay kat sini, saya nak cuba beberapa menu lain yang turut terkenal kat sini seperti bubur nasi ni dan nasi kerabu. Bubur nasi ni sangat istimewa kerana ianya turut dihidangkan bersama set telur puyuh, hirisan ayam serta beberapa bahan lain. Walaupun nampak simple, tapi rasa bubur nasi ni memang lain dari yang lain. Selain itu juga, Nasi Kerabu kat sini memang berbeza kerana nasinya adalah berwarna kuning dan bukannya biru. Sudah pastinya lebih sedap sekiranya dibandingkan dengan Nasi Kerabu biru yang menggunakan banyak pewarna. Selain itu juga, set Nasi Kerabu ini turut dihidangkan dengan beberapa cucuk Satay. Memang sangat sedap dan terangkat.

Willy Restoran Shah Alam

Set Nasi Kerabu Satay

Willy Restoran Shah Alam

Nampak sedap tak Nasi Kerabu ni?

Willy Restoran Shah Alam

Char Kuew Tiao goreng pun ada

Willy Restoran Shah Alam

Ini special punya

Sebelum sampai set satay saya, saya mencuba lagi menu sampingan yang lain iaitu Char Kuew Tiau. Cantik tak dekorasi Char Kuew Tiau ni? Char Kuew Tiau ni sesuai bagi mereka yang tak makan nasi ataupun satay. Rasanya pun boleh tahan.

Willy Restoran Shah Alam

Teh Tarik Madu Hijau

Selain itu, kalau sesiapa yang datang ke Willy Satay Seksyen 7, Shah Alam saya sarankan jangan lupa untuk minum Teh Tarik Madu. Teh Tarik Madu ni bukan saja sangat pekat dan “kau” tetapi juga sangat sedap. Kalau sesiapa yang sukakan kelainan bolehlah cuba Teh Tarik Madu Hijau yang mempunyai elemen rasa greentea.

Willy Restoran Shah Alam

Teh Tarik Madu

Dah puas kita menjamu menu sampingan sekarang tibalah masanya kita mencuba menu utama kat sini iaitu Satay. Di sini ada beberapa pilihan Satay seperti Daging, Ayam, Perut dan Kambing yang semuanya diperap dengan perapan khas. Saiz satay kat sini adalah lebih besar, gemuk-gemuk dan “kaya” dengan rasa perapan yang sedap. Setiap cucuk sataynya memang cukup rasa dan sangat berpuas hati bila dapat menikmati secucuk demi secucuk satay yang dihidangkan. Testur dagingnya tidak terlalu garing malahan masih mempunyai rasa “moist” daging yang sedap.

Willy Restoran Shah Alam

Satay sedang dibakar

Willy Restoran Shah Alam

Rasa satay yang sedap

Willy Satay Shah Alam

Daging tidak terlalu garing malahan masih ada rasa moist daging yang sedap

Willy Satay Shah Alam

Satay Ayam

Saya pasti akan ke Willy Satay Shah Alam sekali lagi bila terasa nak makan satay. Dengan harga yang sangat berpatutan, saya rasa Willy Satay Shah Alam diantara Satay paling sedap saya pernah makan.

Willy Satay Shah Alam

Bersama pemilik Willy Satay Shah Alam

Restoran Willy Satay Shah Alam
No 23 Jalan Kristal L7/L, Seksyen 7
Shah Alam, Selangor

Facebook : Willy Satay Shah Alam

Untuk membuat tempahan, boleh juga hubungi nombor berikut:
0199344322 atau 0193759820

12,442 total views, 1 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge