Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak berkongsi pengalaman peribadi semasa menyertai WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati. Sebenarnya, kelas ni dah lama saya daftar tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya tangguhkan sehinggalah kepada hari ini. Kelas ni terbahagi kepada dua iaitu WordPress Essentials dan WordPress Master Class.
Kelas Essentials adalah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak membuat blog, manakala Master Class pula adalah untuk mereka yang sudahpun menggunakan WordPress.
Kelas Master ni hanya terdiri dari beberapa orang pelajar saja untuk sesi tersebut iaitu dari CahayaDiana.com, Hafiz.my dan saya sendiri MohdZarin.com. Saya beruntung kerana berpeluang belajar bersama cikgu blogger hebat iaitu saudara Hadihaizil yang juga membuat blog iaitu Eizil.com.
Sepanjang lebih kurang 7 jam di dalam Master Class ni banyak perkara baru yang telah diajar yang mana selama ini sebagai blogger biasa mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai isu-isu keselamatan mahupun ciri-ciri kemaskini untuk blog.
Selain itu juga, secara eksklusifnya pengasas DenaiHati iaitu Tuan Haji Amir Hassan juga turut hadir memberikan sedikit kata-kata semangat dan tip-tip untuk perancangan masa depan DenaiHati. Sungguh bertuah rasanya sebab dikatakan, Tuan Haji Amir jarang-jarang bersama-sama pelajar di dalam sebarang kelas-kelas sebelum ini.
Dimaklumkan juga, pada bulan 12 nanti bakal ada satu lagi kelas mengenai “Cara Buat Duit Melalui Blog dan Affiliate” yang akan diadakan di Karangkraf. Rasa tak sabar nak join kelas ni.Kepada rakan-rakan blogger ataupun mereka yang baru nak jadi blogger bolehlah juga join kelas anjuran DenaiHati pada masa akan datang. Lepas ni kita tunggulah hasilnya pada blog MohdZarin.com ni.
Terima kasih.
5,078 total views, 1 views today
dari haritu teringin nak pi kelas ni
terbaik lah bro!!! boleh dah aplikasikan apa yang dipelajari di blog-blog selian bro… hehehehe
Tengah nak tukar commentluv ni.. tak berjaya-jaya lagi…
kena check balik ni.. kasi sifu setting kalau tak setel lama2
fulamak gambar² nya..goodluck bro
[…] mengenai keperluan blog dan cara-cara menjaga blog dengan betul. Saya sendiri pernah menyertai WordPress Masterclass anjuran DenaiHati yang diajar oleh […]
[…] juga berkesempatan untuk join Master Class WordPress dan Seminar Buat Duit dengan Affiliate bersama DenaiHati pada tahun 2014. Walaupun pada awalnya […]
Rasa nak join jugak kelas encik Eizil lepas baca entry ni..
Nor Hazmira Mihamzah recently posted…6 SEBAB PENTING BLOG BAGUS UNTUK BISNES