Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak berkongsi pengalaman peribadi semasa menyertai WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati. Sebenarnya, kelas ni dah lama saya daftar tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya tangguhkan sehinggalah kepada hari ini. Kelas ni terbahagi kepada dua iaitu WordPress Essentials dan WordPress Master Class.

Kelas Essentials adalah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak membuat blog, manakala Master Class pula adalah untuk mereka yang sudahpun menggunakan WordPress.

masterclass_denaihati02

Penerangan terperinci oleh saudara Eizil

masterclass_denaihati03

Belajar mengenai kemas kini blog

Kelas Master ni hanya terdiri dari beberapa orang pelajar saja untuk sesi tersebut iaitu dari CahayaDiana.com, Hafiz.my dan saya sendiri MohdZarin.com. Saya beruntung kerana berpeluang belajar bersama cikgu blogger hebat iaitu saudara Hadihaizil yang juga membuat blog iaitu Eizil.com.

Advertisements

Sepanjang lebih kurang 7 jam di dalam Master Class ni banyak perkara baru yang telah diajar yang mana selama ini sebagai blogger biasa mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai isu-isu keselamatan mahupun ciri-ciri kemaskini untuk blog.

Selain itu juga, secara eksklusifnya pengasas DenaiHati iaitu Tuan Haji Amir Hassan juga turut hadir memberikan sedikit kata-kata semangat dan tip-tip untuk perancangan masa depan DenaiHati. Sungguh bertuah rasanya sebab dikatakan, Tuan Haji Amir jarang-jarang bersama-sama pelajar di dalam sebarang kelas-kelas sebelum ini.

masterclass_denaihati04

Bersama pengasas DenaiHati, Tuan Haji Amir Hassan

masterclass_denaihati05

Bersama rakan-rakan blogger CahayaDiana.com dan Hafiz.my serta pengasas DenaiHati.com dan Eizil.com

Dimaklumkan juga, pada bulan 12 nanti bakal ada satu lagi kelas mengenai “Cara Buat Duit Melalui Blog dan Affiliate” yang akan diadakan di Karangkraf. Rasa tak sabar nak join kelas ni.Kepada rakan-rakan blogger ataupun mereka yang baru nak jadi blogger bolehlah juga join kelas anjuran DenaiHati pada masa akan datang. Lepas ni kita tunggulah hasilnya pada blog MohdZarin.com ni.

Terima kasih.

 5,078 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.