Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setiap tahun saya memang menantikan acara World Bloggers and Social Media Summit yang diadakan sempena dengan Malaysia Social Media Week. Saya pernah menyertai acara ini pada 2 tahun yang lepas, namun tak berkesempatan untuk menyertai acara ini pada tahun lepas. Pada tahun ini, saya telah menyimpan tarikh acara ini awal-awal lagi di dalam kalendar bagi memastikan saya tidak terlepas lagi.

Malaysia Social Media Week

Ucapan pembukaan oleh pengasas Malaysia Social Media Week

Malaysia Social Media Week

Mr Emcee, Terrence Dass

World Bloggers and Social Media Summit ni secara asasnya adalah seminar 2 hari khusus untuk para blogger dan pengguna media sosial. Seminar ini bukanlah bertujuan mengajar menulis blog ataupun menghasilkan akaun instagram, tetapi seminar ini lebih kepada perkongsian permasalahan di dalam level pengurusan blog dan media sosial. Semua topik yang diperbincangkan dan dikongsi merupakan masalah serta isu global yang hanya dialami oleh penggiat media sosial. Isu yang diperbincangkan mungkin tidak ada atau tidak pernah diperbincangkan diseminar lain kerana seminar ini memang diadakan khusus bagi orang belakang tabir media sosial.

Advertisements
Malaysia Social Media Week

Komen live di twitter feed

Seminar ini membariskan ramai panel-panel dari dalam dan luar negara yang pakar dalam bidang masing-masing. Ada yang datang dari India, Australia dan ada yang juga yang datang dari Amerika Syarikat. Kebanyakkan dari panel luar negara membincangkan mengenai cloud funding, damage control pada media sosial dan banyak lagi. Perkongsian tip dan pengalaman mereka sangat bermakna dan berguna. Namun begitu bukan semua yang diajar boleh diaplikasikan kepada mana-mana syarikat di Malaysia kerana terdapat beberapa perbezaan seperti perbezaan budaya dan mata wang.

Malaysia Social Media Week

Panel untuk Damage Control

Malaysia Social Media Week

Salah seorang panel sedang berkongsi pengalaman

Meskipun, terdapat panel-panel dari luar negara dan syarikat bertaraf antarabangsa namun saya rasa segment panel yang paling mendapat perhatian adalah panel dari Malaysia sendiri. Ini mungkin kerana perkongsian dan cerita mereka lebih dekat dengan kita dan ada kaitan. Contohnya seperti bro @klubbkidd yang merupakan seorang aktivis di Twitter. Beliau merupakan salah seorang pengguna tegar BlackBerry dan mempunyai 168 ribu pengikut di twitter.

@klubbkidd telah mengikuti perkembangan media sosial sejak media sosial belum popular lagi di Malaysia. Mengikut @klubbkidd, tiada “Media Social Expert” kerana perkembangan media sosial terlalu laju dan cepat. Kita kena hari-hari belajar sesuatu yang baru.

Malaysia Social Media Week

@klubbkidd seorang pengguna twitter yang setia

Malaysia Social Media Week

Sock Peng dari blog mylovelybluesky.com

Malaysia Social Media Week

Grace dari https://workingwithgrace.wordpress.com/

Panel yang kedua menarik minat saya adalah Grace (https://workingwithgrace.wordpress.com/). Beliau berasal dari Singapura dan telah memenangi pelbagai anugerah blog. Saya suka cara Grace menyampaikan idea menulis blog, merancang pengisian blog dan menentukan objektif blog. Beliau juga berpendapat kalau pada awal lagi kita mempunyai niat untuk kaya melalui menulis blog, mungkin blog kita takkan bertahan lama. Selain itu juga, Grace menekankan kepada kualiti contents pada blog. Sesebuah blog mungkin tak berjaya kalau hanya memfokus kepada jumlah kuantiti blog saja. Kualiti dan kuantiti haruslah seimbang.

Malaysia Social Media Week

Melakaboy

Malaysia Social Media Week

Malaysia Social Media Week

Malaysia Social Media Week

Excited di Malaysia Social Media Week

Selain itu, terdapat seorang lagi blogger yang mendapat sambutan iaitu Sock Peng (http://mylovelybluesky.com). Beliau adalah seorang travel blogger dari Pulau Pinang. Apa yang menariknya, ini adalah kali pertama Sock Peng berdiri di atas pentas berkongsikan pengalaman mengenai blognya di dalam bahasa Inggeris. Pada kebiasaannya, Sock Peng menggunakan bahasa Mandarin di blognya sebagai medium bahasa utama.

Menurut Sock Peng, dia mengalami masalah ketika awal-awal menulis blog kerana sukar untuk mendapat kepercayaan dari syarikat pelancongan. Tetapi setelah beberapa tahun, kini blog http://mylovelybluesky.com pernah dijemput oleh beberapa badan pelancongan seperti Tourism Macau, Hong Kong dan banyak lagi. Dia sendiri dengan nada berani, telah menegur pihak Tourism Malaysia yang tidak pernah memberi kepercayaan kepada blogger tempatan untuk sebarang promosi pelancongan.

Malaysia Social Media Week

bersama Mr. Terrence Dass

Malaysia Social Media Week

Bersama Grace

Malaysia Social Media Week

Bersama Sock Peng

Tun Mahathir

Pada hari kedua seminar, saya dan peserta semua sangat teruja dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu Tun Dr. Mahathir yang juga akan berkongsikan pendapat mengenai media sosial. Tajuk yang diberikan kepada beliau adalah “Social Media & The Future”. Tun bermula dengan mengambarkan media sosial adalah umpama pisau. Ianya boleh membunuh ataupun sebaliknya.

Sesiapa yang mengawal media sosial haruslah bertanggung jawab dan berfikiran lebih dewasa. Tun juga sempat menyindir segelintir pihak yang ingin mem”block” blognya. Dia mempunyai jutaan pembaca di blognya, namun tidak pernah mendapat satu sen pun dari blog beliau.

Malaysia Social Media Week

Tun Mahathir sebagai VVIP

Malaysia Social Media Week

Tun Mahathir berkongsi mengenai media sosial

Malaysia Social Media Week

Terima kasih Tun

Tun juga menyentuh mengenai Wawasan 2020 yang pernah disasarkan ketika Tun menjadi perdana menteri. Ucapan Tun hampir selama 30 minit ini sangat-sangat bermakna dan menjadi salah satu dari klimaks Malaysia Social Media Week pada tahun ini.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjur acara ini dan mengumpulkan pakar-pakar media social di dalam satu acara. Pada pendapat saya, mungkin selepas ini boleh menjemput lebih ramai pakar media sosial tempatan yang juga hebat di dalam bidang masing-masing dan tidak terlalu mempunyai kerjasama penajaan. Nama-nama panel media sosial yang saya ingin lihat berkongsi di pentas adalah seperti pengasas DenaiHati, PenMerah, Amanz dan Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM).

Selain tu juga, saya rasa alangkah baiknya kalau dapat menjemput pengurus media sosial dari AirAsia dan Malaysia Airlines dan mendengar bagaimana mereka menguruskan media sosial mereka ketika krisis kemalangan MH370 dan QZ8501. Tak salah juga kalau wakil dari Upin & Ipin berkongsikan pengalaman dan tip mengenai Facebook yang sudah mencecah sebanyak 11 juta like.

P/S : Ingin belajar cara buat blog? Daftar di Akademi DenaiHati sekarang.

 

 2,410 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.