Pada hari ini, pihak AirAsia baru saja mengemaskini laman web mereka dengan promosi terkini iaitu AirAsia Asean Pass. Semestinya ini adalah berita baik kepada mereka yang gemarkan melancong dan kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia. Asean Pass ini adalah umpama token yang boleh dibeli dengan harga pakej iaitu 10 kredit berharga RM499 ataupun 20 kredit dengan harga RM888. Kredit ini kemudiannya boleh digunakan oleh untuk memilih destinasi pilihan seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Laos, Singapore, Cambodia, Vietnam ataupun Brunei.
Untuk memilih destinasi-destinasi ini, pengguna Asean Pass haruslah merancang perjalanan dan kredit terlebih dahulu berdasarkan jadual yang disediakan di laman web AirAsia.
Sebagai contoh;
Kuala Lumpur -> Bandung (3 Kredit)
Bandung – > Singapore (1 Kredit)
Singapore -> Bangkok (3 Kredit)
Bangkok -> Kuala Lumpur (3 Kredit)
Untuk setiap destinasi, AirAsia hanya membenarkan pengguna Asean Pass mengulangi destinasi yang sama sekali sahaja. Ini merupakan contoh yang tidak dibenarkan.
Kuala Lumpur -> Singapore (1 Kredit)
Singapore -> Kuala Lumpur (1 Kredit)
Kuala Lumpur -> Singapore (1 Kredit)
Singapore -> Kuala Lumpur (1 Kredit)
AirAsia juga memaklumkan, harga Asean Pass ini tidak termasuk Airport Tax dan kos lain seperti makanan dan bagasi. Jadi adakah ianya berbaloi? Bergantung kepada tujuan percutian dan tempoh masa yang seseorang ada. Sekiranya dikira dengan harga kasar, RM499 saya boleh melancong 3 buah negara Asean. Kenapa TIDAK?
Jadi jom kita BOOK sekarang dan melancong bersama-sama.
3,317 total views, 1 views today
habis laaa duit kalau asyik travel neh…hikhik..tapi macam best!
Sally recently posted…RESEPI | Ayam Goreng Korea Versi Tekak Melayu
Ni kena study betul-betul. Kalau berbaloi memang kena beli la.
Semakin bijak AirAsia buat duit ye..
Amran recently posted…Melawat Bukit Bendera Di Tahun Baru Cina
kalau selalu travel, memang best la ada asean pass ni.
ohcikgu recently posted…Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia
oo gitu pulak. kira beli tiket beli je. balik kena beli seperti biasa kan?
akak vitamin recently posted…Penapis Air untuk Keluarga Bajet