Tag - Singapore

Smiggle Singapore

Smiggle sebenarnya adalah sebuah jenama yang berasal dari Australia dan menjual pelbagai jenis barangan cenderamata yang berwarna-warni. Setahu saya Smiggle tidak mempunyai cawangan di Malaysia tetapi yang paling hampir dengan Malaysia adalah di Singapore. Bagi yang pernah bercuti ke Australia seperti di Melbourne, Sydney ataupun Perth, pasti dah selalu tengok butik Smiggle sebab di sana memang banyak cawangan Smiggle.

Apa yang saya suka mengenai Smiggle adalah kepelbagaian cenderamatanya yang dalam pilihan warna yang sungguh ceria. Kali ni saya nak bawa anda semua ke outlet Smiggle terbesar di Singapore iaitu di Vivo City Mall.

Smiggle Singapore

Beberapa barangan di Smiggle Singapore

Smiggle Singapore

Tempat letak barang

Read More

 22,443 total views

Murtabak Singapore Zam Zam

Di antara tempat yang saya suka datang adalah Singapore kerana kat sini banyak betul pilihan makanan yang sedap-sedap. Kalau dulu saya pernah kongsikan mengenai Sup Tulang Merah Singapore, kali ni saya nak kongsi pula mengenai Murtabak Singapore Zam Zam. Sebenarnya Murtabak Singapore ni boleh je didapatkan di mana-mana kedai di Singapore ataupun Johor, tetapi saya dimaklumkan Murtabak Singapore di Restoran Zam Zam adalah yang TERBAIK!

Restoran Zam Zam

Restoran Zam Zam terletak berdekatan dengan Masjid Sultan

Read More

 18,933 total views,  2 views today

Sup Tulang Merah Singapore

Dah lama tak belanja pembaca MohdZarin.com dengan gambar makanan yang sedap-sedap. Entry kali ni special sikit kerana saya sanggup ke Singapore untuk merasai keenakkan makanan unik ni yang dah lama saya idamkan. Sup Tulang Merah adalah salah satu menu terkenal di Singapore. Lokasi yang paling terkenal untuk menikmati Sup Tulang Merah ini adalah di Golden Mile Food Centre yang terletak di Beach Road. Kat sini ada beberapa kedai yang menjual Sup Tulang Merah, tapi diantara yang tersedap saya diberitahu adalah kedai Deen Tiga Rasa.

Di sini adalah kawasan Food Court yang menjual semua jenis makanan termasuklah makanan Cina dan India.

Sup Tulang Merah Singapore

Deen Tiga Rasa terletak di Golden Mile Food Centre, Beach Road

Read More

 29,113 total views,  1 views today

Mee Rebus Terbaik Singapore

Saya adalah pengemar Mee Rebus dan telah mencuba pelbagai jenis Mee Rebus tak kira di Kuala Lumpur ataupun di luar Kuala Lumpur. Bagi saya Mee Rebus yang sedap haruslah mempunyai rasa rempah ratus yang cukup dan sempurna. Kuahnya pula tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Ianya harus cukup untuk sebati dengan bilangan Mee serta disajikan dengan taugeh yang segar. Saya suka kalau kuahnya ada rasa sedikit manis dan pedasnya datang pada cili hijau yang digigit rangup.

mi04

Masjid Sultan di Arab Street

mi03

Proses mengorder makanan

Macam mana? Terliur tak? Saya dah jumpa Mee Rebus paling sedap saya pernah makan iaitu di Arab Street, Singapura. Nama restoran yang menjual Mee Rebus terbaik ini adalah Kampung Glam Cafe. Rasanya Restoran ni dah cukup terkenal bagi sesiapa yang pernah datang ke Singapura. Kampung Glam Cafe sini berhampiran dengan Masjid Sultan dan Arab Street yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong.Selain dari Mee Rebus, restoran ini juga amat terkenal dengan makanan nasi padang dan nasi lemak.

mi02

Mee Rebus

mi01

Mee Rebus

Read More

 12,605 total views