Tag - Brunei

Kaizen Sushi di Brunei

Assalamualaikum. Siapa suka makan Sushi? Saya dengar kat Brunei ada tempat makan Sushi yang sedap. Saya pun first time dengar dan dah alang-alang berada di Labuan tu saya pun ambil kesempatan untuk pergi ke Brunei. Kalau nak ke Brunei dari Labuan ni kita boleh menaiki perkhidmatan Feri yang sememangnya mudah. Di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, Feri disediakan setiap hari mengikut jadual tertentu. Harga untuk tiket Feri untuk seorang adalah lebih kurang RM35 untuk satu hala perjalanan. Tapi jangan lupa bawa passport pulak ye~

Perjalanan Feri mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dan kalau sesiapa yang senang untuk mabuk laut jangan lupa untuk sediakan minyak cap kapak. Dalam Feri pula perkhidmatan asas seperti TV turut disediakan. Jadi boleh la layan movie disepanjang perjalanan. Secara keseluruhannya perkhidmatan Feri ni memang memuaskan dan selesa.

Kaizen Sushi Brunei

Terminal Feri Antarabangsa Labuan

Kaizen Sushi Brunei

Feri ke Brunei

Read More

 9,804 total views