Di kala musim PKP ni dan kita banyak luangkan masa duduk di rumah sampai kadang-kadang risau juga berat badan naikkan? Salah satu cara mudah untuk track berat badan adalah dengan menimbang berat badan kita. Penimbang berat badan biasa hanya mampu memberi tahu nilai berat badan kita sahaja dan sebenarnya ianya masih tidak mencukupi. Berat badan kita dipengaruhi oleh jumlah air dalam badan, peratusan lemak badan, otot dan macam-macam lagi. Sebab itulah kali ini saya mencuba sendiri penimbang berat digital Mi Body Composition Scale 2 dari Xiaomi.
Sebelum saya teruskan, saya ingin maklumkan bahawa Xiaomi sebenarnya mengeluarkan 2 jenis penimbang berat iaitu Mi Smart Scale dan juga Mi Body Composition Scale. Perbezaan antara 2 jenis model ini adalah :
- Mi Smart Scale = Timbang berat badan sahaja
- Mi Body Composition Scale = Timbang berat badan, BMI, muscle mass dan banyak lagi

Mi Smart Scale walaupun nampak sama dengan Mi Body Composition, tetapi ianya tiada sensor pada tempat bahagian badan penimbangnya
Untuk review kali ini, saya menggunakan Mi Body Composition Scale 2 yang saya beli melalui Shopee dengan harga sekitar RM60+. Manakala harga untuk Mi Smart Scale 2 pula di Shopee adalah berharga sekitar RM30+. Perbezaan ketara pada Mi Smart Scale ini adalah ianya tidak mempunyai sensor pada bahagian penimbangnya. Jadi kepada sesiapa yang ingin mendapatkan salah satu dari penimbang berat ini harus betul-betul memeriksa model dan juga harga yang ditawarkan.
Rekaan Mi Body Composition Scale 2
Secara asasnya rekaan Mi Body Composition Scale 2 walaupun nampak seperti penimbang berat biasa, tetapi ianya ada unsur-unsur moden dan nampak futuristic. Ini adalah kerana terdapat 4 sensor dipenjurunya yang berfungsi untuk membaca data dari badan kita. Selain itu, display panel di bahagian atas juga akan kelihatan tersembunyi apabila tidak diaktifkan. Nampak sangat cool. Bila kita pijak untuk menimbang berat badan, barulah ianya menyala.
Logo Mi yang diletak di tengah-tengah penimbang ini saya rasa adalah keputusan yang sangat bijak kerana secara psikologinya, kita tidak akan memijak logo Mi tersebut kerana ianya berada betul-betul ditengah penimbang ini. Power betul mereka jaga branding.
Pada bahagian bawah Mi Body Composition Scale 2 pula terdapat lokasi bateri iaitu 4 biji bateri AAA. Bateri ini tidak disediakan di dalam set penimbang ini. Walau bagaimanapun, ada juga set yang dijual di Shopee yang turut memberi bateri secara percuma. Jadi sebelum beli kena baca betul-betul.
Hanya buka saja panelnya dan slotkan bateri di sini. Tiada proses pemasangan yang terlalu rumit harus dilakukan. Ketika pertama kali menggunakan penimbang ini, kita perlu synckan dengan handphone kita menggunakan aplikasi Mi Fit bagi mengaktifkannya. Percayalah, ianya begitu mudah sampai saya tak perasan bila proses ini sedang berlaku. Nilai paling berat yang boleh dibaca oleh Mi Body Composition Scale 2 ini adalah 150KG.
Ketika kita sedang menimbang berat badan, nilai berat badan semasa kita akan dipaparkan dan pada masa yang sama data yang terperinci akan dimasukkan ke dalam telefon kita. Berikut adalah data yang dikeluarkan oleh Mi Body Composition Scale 2.
Data dari Mi Body Composition Scale 2
Ha, amik! Berat saya 81.15KG dah. Ni semua angkara PKP duduk rumah tak banyak bergerak. Markah Body Score saya pula adalah 42. Tapi apakah bacaan yang lebih details untuk badan saya? Mari kita selongkar.
*Nota : Saya timbang berat ni sewaktu lepas sarapan pagi. Waktu yang digalakkan timbang berat adalah waktu pagi selepas bangun tidur.
BMI
BMI ataupun Body Mass Index adalah satu nilai markah untuk badan kita yang diambil kira dari faktor berat badan, ketinggian, umur, lemak, otot secara keseluruhan. BMI selalunya digunakan sebagai salah satu bacaan untuk tahap fizikal seseorang.
Body Fat
Body fat adalah peratusan lemak dalam badan.
Water
Peratusan kandungan air dalam badan.
Basal Metabolism
Basal Metabolism adalah kadar pembakaran kalori dalam badan ketika waktu rehat. Ianya bergantung kepada aktiviti harian, faktor umur dan pemakanan. Kadar metabolism boleh ditingkatkan melalui pemakanan yang betul dan aktiviti kecergasan.
Visceral Fat
Adalah lemak tepu yang melekat pada organ dalaman badan. Kandungan visceral fat yang tinggi dalam badan akan menyebabkan masalah pada organ dalaman badan. Amalan sihat sihat secara keseluruhan dapat mengurangkan visceral fat dalam jangka panjang.
Muscle
Jumlah otot dalam badan yang dapat dikesan. Kekurangan muscle dalam badan akan menyebabkan penurunan metabolisme rate dan mengurangkan penggunaan tenaga dalam badan dan seterusnya akan menyebabkan kita mudah untuk naik berat badan.
Protein
Laporan mengenai peratusan protein dalam badan kita. Kandungan protein yang rendah dalam badan akan menyebabkan kurang sistem imunisasi dan pemulihan otot badan.
Bone Mass
Bone mass adalah jumlah kalsium, phosphorus dan elemen lain yang terkandung dalam tulang. Kita kena tingkatkan pengambilan kalsium dan tingkatkan kadar senaman.
Body Age
Body Age adalah laporan yang diberikan mengenai umur badan kita. Mungkin umur kita baru 35 tahun, tapi badan kita dah tua macam orang 40 tahun ataupun masih muda macam orang 25 tahun.
Ideal Weight
Berat cadangan yang dicadangkan kepada kita.
Body Score
Markah yang diberikan setelah mengambil kira semua faktor di atas.
Bagaimana Mi Body Composition Scale 2 Mendapatkan Data?
Sistem penimbang berat badan digital Mi Body Composition Scale 2 mendapatkan data terperinci badan kita melalui smart sensor pada penimbang ini. Ianya berfungsi sebagai penghantar cas elektrik ke dalam badan kita ketika kita meletakkan kaki kita di sensor. Cas elektrik tersebut akan menyukat durasi pantulan cas elektik yang dihantar dari tapak kaki sehingga ianya berpatah balik semula ke penimbang. Cas tersebut akan bergerak ke dalam badan kita melalui kandungan air dalam badan seterusnya mendapatkan data yang diperlukan.
Adakah data Mi Body Composition Scale 2 Tepat dan Penting?
Ya, buat masa ini saya rasa datanya sangat tepat dan prosesnya agak cepat. Semua data yang diperolehi sangat mudah dilihat dan kaji semula. Data yang dipaparkan di dalam smartphone dipaparkan dalam bentuk graf dan ianya sangat membantu kita track progress dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Namun bagi pendapat peribadi saya, bukan semua data yang dipaparkan itu penting dalam proses penurunan berat badan. Data BMI contohnya, tidaklah menggambarkan kesesuaian dan rupa bentuk fizikal seseorang. BMI normal kadang kala akan menjadikan seseorang itu kelihatan terlalu kurus dan sebenarnya tidak normal. Manakala bagi orang yang fokus kepada pembinaan otot badan pula mungkin akan mendapat markah BMI Overweight tetapi secara visualnya dia kelihatan tegap.
Kesimpulan
Dengan harga RM60+ sahaja, Mi Body Composition Scale 2 ini boleh dikatakan berbaloi dengan harga mampu milik. Saya sangat suka dan teruja dengan semua data yang mampu diperolehi dari sensornya. Rekaannya simple sahaja tapi nampak menarik.
Namun bagi saya, ianya akan lebih menarik lagi kalau dapat di cas menggunakan USB kabel dan bukannya menggunakan bateri. Penggunaan tenaga untuk penimbang berat badan bukanlah banyak sangat, sebab kita bukan timbang berat setiap hari. Jadi kalau perlu cas sekali sekala pun apa salahnya.
Kebaikan :
Harga mampu milik
Data terperinci
Rekaan cantik
Kekurangan :
Tidak boleh cas menggunakan USB
Tak kira berapa pun berat badan kita, yang penting adalah bagaimana kita melihat diri kita dan perubahan pada badan kita. Kejayaan memang makan masa supaya kita akan menghargai apabila kita berjaya nanti. Kalau sesiapa yang sedang rancang turunkan berat badan, saya ucapkan semoga berjaya dan istiqamah dalam apa yang kita lakukan.
283 total views, 6 views today
Yes I am using this as well. 🙂
I like how it can link and connect to the app seamlessly, providing a lot of use data.
Tekkaus recently posted…ESTUDIO Playa Mujeres presents Doodle Land For The Resort’s Little Guests
ada jugak beli body composition scale macam ni tapi bukan Mi brand rasanya. Best jugak dapat track body weight dengan body mass atupun fat dan lain-lain.
Macam tertarik plak scale nie. Rawlins pun nak ada kesedaran bila tengok bacaan yang diberikan dan pastinya – berat naik bukan main sebab MCO 2.0 nie.
Harganya berbaloi sangat tu
canggiih juga penimbang ni. baru je beli penimbang aritu, kalau tahu ada yg canggih macam ni dah lama borong..hehe
serius cantik design penimbang tu. dah lama tak timbang berat ni. nak naik pening pun seram sekarang lol
PKP duduk rumah, work from home memang kena tiap-tiap minggu timbang berat 😆 Bagus juga scale ni boleh kira BMI, muscle..harga pun boleh dikatakan mampu milik ☺️
Seram pulak nak tahu berat badan semasa PKP ni. Tapi demi kesihatan, kita kena la ambil tahu jugak kan.
Ummi Nadrah recently posted…Exploring London in Baju Kurung (Malaysian Traditional Dress)
Ramai juga update dah beli penimbang ni.. rasa tergoda pulak nak belinya..
Dan yang bestnya, PKP kali ni berat Sis turun 6kg sejak awal tahun haritu Sis cut sugar minuman dan manisan.. hope istoqomah laaa Sis..
Now berat 75kg tinggi 164.. okay ke x ek?..
Sis Lin recently posted…MENU SARAPAN SIHAT WANPAKU SANDWICH WRAP
Okay SisLin.. janji sihat hehe
alaaa i wished i saw your article earlier. i just bought another digital scale from yg tu mcm x accurate je. this brand looks much better!
Thank you for doing this review! Nowadays mi products been so good! Even myself also using few of mi products! I dare not beli body composition scale i know i am overweight! hahaha!
Wow price wise it’s really affordable, mine its those yang biasa saje already cost me RM100+ will consider Mi products
Kalau xde xiaomi hp pun boleh detect ek..i nk kena beli scale baru.. atleast ada mcm ni tinggi skit kesedaran tu.. makin menjadi2 plak naik berat sbb stress
Zaza recently posted…HOW TO JUGGLE CHILDCARE AND DOMESTIC DUTIES AS A STAY-AT-HOME MOM