Kali ni saya nak review di antara salah satu face mask yang paling cepat laku dan sold out di Malaysia iaitu keluaran dari Uniqlo. Kalau tak percaya, saya sendiri susah nak dapatkan mask ni walaupun sudah mula berada di pasaran Malaysia semenjak 14 Sept yang lalu. Ini pun saya sempat beli ketika stok baru sampai di Uniqlo AEON Mall Shah Alam. Jadi inilah dia Uniqlo AIRism Face Mask iaitu mask yang diperbuat dari fabrik berkualiti AIRism yang dikatakan sungguh sejuk dan ringan. Ada yang cakap dengan saya, Uniqlo AIRism face mask ni sungguh ringan sampai tak perasan bila kita sedang pakainya dimuka. Betul ke apa yang orang review tu? Kalau nak tau apa pula pendapat saya teruskan membaca.

Uniqlo AIRism Face Mask

Untuk AIRism mask ni, Uniqlo telah mengeluarkan 2 jenis iaitu warna hitam dan putih. Setiap peknya dijual dengan harga RM39.90 dan mengandungi 3 unit di dalamnya. Rekaan pek untuk mask hitam dan putih adalah sama tetapi dibezakan dengan label hitam di bahagian atas peknya. Terdapat 3 saiz untuk mask ini iaitu S, M dan L. Untuk review saya ini, saya membeli saiz L yang dikatakan lebih sesuai untuk lelaki.

Uniqlo AIRism Face Mask adalah washable

Terdapat pilihan warna hitam dan putih

Uniqlo AIRism Face Mask

Berharga RM39.90/pek dan mengandungi 3 unit di dalamnya

Uniqlo AIRism Face Mask ini mempunyai 3 lapisan. Lapisan pertama adalah untuk memudahkan pernafasan, lapisan kedua pula bertindak sebagai filter yang menapis 99% bateria dan lapisan ke tiga pula adalah untuk melindungi dari sinaran UV dengan UPF50+. Mask ini juga boleh dibasuh dan diguna semula sehingga 20 kali. Seperti yang saya bagitahu pada awal tadi, terdapat 3 unit mask di dalam setiap pek Uniqlo AIRism Face Mask. Jadi dengan harga RM39.90/pek, setiap satu mask ini bernilai RM13.30.

Advertisements

Wow, jimat dan bagus betul kalau macam ni.

3 unit di dalam setiap pek

Design AIRism Face Mask

Face Mask ini nampak simple dan straight to the point. Terdapat logo AIRism serta info tentang saiz pada bahagian dalam mask. Mask ini menggunakan design earloop dan tiada pilihan bagi mereka yang inginkan ikatan di belakang kepala. Materialnya memang nipis dan selesa dipegang. Bila saya tarik lapisan sebelah dalam dan luar, saya dapat rasakan ada 1 lagi lapisan di bahagian dalam yang berfungsi sebagai filter.

Logo AIRism serta saiz adalah dipakai di bahagian dalam

Berbeza dengan face mask washable yang saya pernah cuba sebelum ini, Uniqlo AIRism Face Mask ini tidak mempunyai ruang untuk meletakkan filter. Ini adalah kerana lapisan tengahnya adalah lapisan filter yang telah tersedia.

3 lapisan

Material AIRism yang selesa

Tahap Keselesaan

Bila pertama kali saya pakai Uniqlo AIRism Face Mask ini, saya dapat rasanya ianya selesa dipakai. Ianya tidak terlalu ketat di bahagian telinga dan mempunyai ruang kosong yang luas di bahagian depan. Ini membolehkan saya rasa mudah bernafas dan menggerakan mulut ketika bercakap. Saiz mask nya sungguh besar dan menyeluruh serta mampu menutup penuh kawasan mulut saya sehingga ke bahagian telinga dan dagu.

Ianya memang selesa dipakai malahan saya boleh katakan ini adalah diantara mask yang paling selesa saya pernah pakai.

Ianya mempunyai ruang yang luas di bahagian depan

Selesa dan sejuk

Pendapat saya

Uniqlo AIRism Face Mask ni memang selesa walaupun mempunyai 3 lapisan dan menjadikannya agak tebal. Pemilihan material AIRism sebagai face mask memang sangat sesuai. Cuma saya hairan kerana material AIRism di bahagian dalam dan luar rasa sama saja. Ianya memang selesa, cuma saya rasa materialnya seakan-akan sama.  Jadi saya hairan adakah fungsi khusus lapisan luar dan dalam berbeza.

Selain itu juga oleh kerana face mask ini mempunyai ruang yang luas di bahagian depan, jadi ianya kadang-kadang terlalu mudah untuk longgar dan jatuh. Jadi bila pakai lama-lama tu, tengok-tengok hidung kita dah terkeluar dari face mask. Saya tak pasti adakah ini masalah saya saja atau ada orang lain yang mempunyai masalah yang sama.

Dari segi designnya pula saya betul-betul berharap, logo AIRismnya sepatutnya direka untuk berada di luar dan biarlah info saiznya saja yang berada di dalam. Yelah, kebanyakkan design mask sekarang ni memang nak bagi nampak jenama di luar untuk membezakan dengan jenama mask lain.

Mask menutupi sampai ke bawah dagu

Uniqlo AIRism Face Mask warna hitam

Namun begitu secara keseluruhannya saya memang sukakan face mask ni. Ianya terus menjadi salah satu face mask kegemaran dan harian saya. Dengan pilihan warna “selamat” hitam dan putih, mask ini sesuai dipakai tak kira apa juga tujuan dan pemakaian. Dengan harga RM39.90 ianya juga berbaloi dibeli dan jimat kerana boleh dipakai berulang kali.

Jadi bagi sesiapa yang nak dapatkan Uniqlo AIRism Face Mask ni segeralah ke cawangan Uniqlo berdekatan sebelum terlambat.

231 total views, 2 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

19 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.