Sebaik saja topeng muka KN95 Edisi Khas Abstrax Jingga diumumkan untuk pre-order, saya terus membuat tempahan online kerana takut kehabisan stok. Memang betul jangkaan saya kerana ianya laku seperti goreng pisang panas sehingga dicetak kali ke-2 dan masih juga kehabisan stok. Di saat artikel ini ditulis, Abstrax tidak lagi mengeluarkan dan menjual topeng muka KN95 ini di atas faktor-faktor tertentu. Ini bermakna, topeng muka KN95 Abstrax yang terdapat pada tangan saya ini adalah versi limited edition dan mungkin tak ramai yang memilikinya.

Sebenarnya semasa saya membuat tempahan online topeng muka KN95 ini, terdapat beberapa perbalahan di media sosial mengenai fungsi dan objektif pengeluaran topeng muka ini. Dari sudut peminat “kipas susah mati” Abstrax, pengeluaran topeng muka KN95 edisi khas ini merupakan berita gembira kerana ianya begitu unik dan cantik. Alang-alang dapatlah kelihatan bergaya sikit walaupun memakai topeng KN95 untuk melindungi diri dari virus COVID-19. Itulah yang didebatkan kerana dari sudut kesihatan, topeng muka KN95 yang tidak boleh dibasuh semula haruslah dibuang dan tidak boleh digunakan semula. Terdapat juga segelintir dari netizen yang berpendapat harga yang dijual adalah harga “yahudi” dan ingin mengaut keuntungan semata-mata di kala musim COVID-19.

Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Packaging Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Review Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Bagi pendapat saya harga jualan Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga memang sedikit mahal tetapi ianya tidak semahal harga topeng KN95 dari China yang ada dijual di pasaran online. Topeng muka KN95 Abstrax ini bukan saja dihiasi dengan logo Asbtrax tetapi ianya juga didatangkan dalam packaging yang kemas dan terasa eksklusif. Bagi saya ianya sesuai dengan harga dan kualiti yang dibawa oleh Abstrax selama ini.

Advertisements
Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Setelah dibuka packaging

Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Topeng muka berwarna putih

Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Topeng muka KN95 berwarna hitam

Setiap satu pek topeng muka ini ditutup cantik dan sungguh kemas. Ianya tidak boleh dibuka semula dan digantikan dengan produk tiruan. Ini bermakna dari segi packagingnya juga, Asbtrax amat mementingkan dari segi keselamatan produknya. Walau bagaimanapun material topeng muka KN95 ini sama seperti material pada topeng muka KN95 yang lain. Ianya bukanlah diperbuat dari material kain, tetapi menggunakan material non-woven fabrics yang selesa dan lembut.

Terdapat 2 cetakan logo di atas permukaan topeng iaitu logo perkataan Abstrax dan juga logo emblem kecil Abstrax. Dibahagian dalam pula terdapat lapisan span yang memberi keselesan ketika memakainya. Topeng muka KN95 Asbtrax ini didatangkan dalam dua variasi warna iaitu putih dan hitam. Kedua-dua variasi ini bukan saja berbeza dari segi warna namun berbeza juga dari segi jenis getah disisi topeng.

Topeng Muka KN95 Abstrax Jingga

Gaya memakai topeng berwarna hitam

Bagi topeng muka KN95 Abstrax berwarna putih, getah sisinya adalah untuk dipakaikan di telinga namun begitu bagi topeng muka KN95 Abstrax berwarna hitam getahnya pula adalah untuk dipakai di bahagian belakang kepala.

Topeng Muka KN95

Ini pula berwarna putih

Seperti yang dimaklumkan pada awal artikel ini, topeng KN95 Asbtrax ini tidak boleh dibasuh. Untuk memakainya lebih lama dan dipakai berulang kali, penggunaan filter pad digalakkan bagi memastikan tahap kebersihan topeng muka ini sentiasa di dalam keadaan yang bersih. Filter pad ini boleh dibeli secara berasingan di shoppe dan tidak didatangkan bersama topeng muka ini.

Kesimpulannya, topeng muka KN95 ini merupakan salah satu produk eksklusif yang harus dimiliki oleh setiap peminat Abstrax Jingga. Ianya bukanlah sebagai topeng muka utama dan dipakai secara harian, tetapi lebih kepada simpanan peribadi. Apa-apa pun yang paling penting adalah kebersihan diri dan kesihatan yang harus diutamakan.

Saya doakan agar virus COVID-19 ini cepat-cepat hilang agar kita tidak perlu memakai topeng muka lagi untuk keluar ke rumah.

 

 3,163 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

15 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.