Sebagai peminat dan “Hantu Durian” saya sememangnya sentiasa ingin mencuba apa saja menu yang berasaskan durian. Tak kisahlah, kek durian ke, aiskrim durian ke apa tah lagi durian sebenar. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni memang susah nak cari durian. Tapi bila saya dengar Domino Pizza mengeluarkan Lava Cake terbaharu iaitu berperisa Durian, saya terus teringin nak mencuba.

Saya pernah makan Domino Pizza Lava Cake sebelum ini yang berperisa chocolate, tetapi Domino Pizza Durian Lava Cake ni sememangnya sangat nampak menggiurkan. Berdasarkan dari promosi oleh pihak Domino, isi lava cake ini dibuat menggunakan isi durian sebenar D24. Saya macam tak percaya sebab Durian D24 memang sedap! Jadi mari kita cuba sendiri.

Domino Pizza Durian Lava Cake

Durian Lava Cake, baharu di Domino

Domino Pizza Durian Lava Cake didatangkan di dalam kotak bersaiz kecil iaitu kotak yang sama digunakan untuk Domino Pizza Chocolate Lava Cake. Mungkin kerana musim PKP, pihak Domino tak sempat nak design kotak ini khusus untuk Durian Lava Cake. Berkemungkinan juga kerana ianya adalah promosi sementara saja untuk waktu yang terhad, jadi mereka hanya gunakan kotak sedia ada.

Advertisements
Domino Pizza Durian Lava Cake

Yay! dah dapat Durian Lava Cake

Rupa bentuk Durian Lava Cake adalah berbentuk bulat dan berwarna kuning keemasan. Tekstur luarannya sedikit keras kerana dibakar tetapi di bahagian dalamnya pula lembut. Bahagian luarnya mempunyai rasa seakan-akan kek berperisa durian. Ianya mempunyai rasa manis tetapi tidaklah terlalu manis.

Yang menariknya adalah isi di dalam Durian Lava Cake ini. Ianya berkrim dan lembut. Krim ataupun “Lava”nya ini sungguh pekat dan mempunyai bau wangi durian. Rasanya pula sememangnya mewah dengan rasa durian seperti yang diiklankan iaitu durian D24. Isinya cair dan meleleh serta melembutkan bahagian kek setiap kali ianya dimasukkan ke dalam mulut. Tambah menarik lagi pada isinya ini masih terdapat serat-serat isi durian yang menimbulkan lagi kenikmatan Durian Lava Cake ini.

Durian Lava Cake

Warnanya yang kuning keemasan

Domino Pizza Durian Lava Cake ini sememangnya mempunyai rasa yang sungguh unik dan sedap. Ianya tidak terlalu manis dan masih mengekalkan rasa sebenar durian. Kenikmatannya seakan-akan sedang menikmati Durian D24 di dalam bentuk kek. Bagi peminat durian, saya sarankan anda semua mencuba Durian Lava Cake lebih-lebih lagi ianya adalah promosi masa terhad.

Pada harga pengenalan iaitu RM12.90, Durian Lava Cake sangat berbaloi untuk dicuba lebih-lebih lagi untuk menghilangkan rasa teringin menikmati isi sebenar Durian. Jadi apa tunggu lagi, jom order sekarang di https://www.dominos.com.my/

361 total views, 1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.