Author - Mohd Zarin

Cara Skipping Yang Betul

Skipping ataupun jump rope merupakan salah satu senaman kardio yang mampu membakar kalori dengan lebih cepat dan menjadi senaman kegemaran ramai kerana banyak kisah-kisah kejayaan penurunan berat badan melalui senaman skipping. Tambahan pula skipping ini boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Senaman skipping ini sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berazam untuk kurus dan membakar kalori. Kali ini saya ingin kongsikan cara skipping yang betul supaya skipping yang kita buat itu memberi kesan kepada perubahan bentuk badan kita.

Cara Skipping Yang Betul

Sebelum saya kongsikan cara skipping yang betul, saya nak nasihatkan supaya dapatkan tali skipping yang sesuai dan mudah digunakan. Kalau boleh elak dari menggunakan tali skipping permainan yang menggunakan material kain yang terlalu ringan dan sukar untuk dikawal. Anda semua boleh dapatkan tali skipping secara online di Shoppe ataupun di Decathlon.

1. Ukur kepanjangan tali dengan betul

Sebelum belajar melompat, kita kena belajar ukur tali skipping dengan betul mengikut ketinggian kita. Caranya adalah dengan memegang tali skipping dengan kedua tangan dan memijakkan lebihan tali dengan kaki. Letakkan pemegang di bahagian bawah tangan bagi mengukur kesesuaian. Pada asasnya, pemegang tali skipping haruslah berada di aras bawah bahu. Lebihan tali skipping boleh dipendekkan dengan mengikat tali tersebut seperti “knot” ataupun mengubah kepanjangannya pada “stopper” yang terdapat di bahagian pemegang tali skipping. Read More

 3 total views,  3 views today

Adakah RSMY Cheese Naan Terbaik?

Bila sebut tentang Cheese Naan terbaik di Kuala Lumpur pasti nama restoran RSMY dikenali dan disebut-sebut sebagai Cheese Naan Terbaik. Saya sendiri pernah makan dan berkongsi review di blog saya tentang RSMY Cheese Naan Terbaik pada tahun 2015. Setelah hampir 5 tahun lamanya, tahun 2020 ini saya menjejakkan kaki sekali lagi di sini bagi mengimbau kenangan saya bersama RSMY Cheese Naan. Adakah sekarang ini RSMY masih menghidangkan Cheese Naan terbaik? Mari kita masuk dan order.

Bagi yang tidak tahu, RSMY Cheese Naan ini terdapat beberapa cawangan dan cawangan yang saya pergi kali ini adalah di cawangan Medan Tuanku. Papan tandanya yang besar dan berwarna oren pasti mudah untuk mencari lokasi ini. Oleh kerana saya datang ke sini ketika PKPB, jadi suasana di sini tidaklah begitu meriah dan ramai orang jika dibandingkan pada 5 tahun lepas.

Rupa roti Cheese Naan RSMY

Harga Dah Naik

Satu perkara yang saya perasan adalah harga Cheese Naan di sini dah naik harga. Yelah, harga 5 tahun lepas dengan harga tahun 2020 mana nak sama. Semua kos dan semakin naik dan mahal. Cheese Naan yang saya pesan ini adalah berharga RM12, berbeza dengan 5 tahun yang lepas iaitu RM8 sahaja. Ianya tidak termasuk kuah ataupun set sampingan.

Bagi saya, walaupun harganya agak sedikit mahal tapi seingat saya cheese mozarella yang digunakannya memang banyak dan melimpah ruah. Jadi sekali sekala takpelah, saya rasa takpelah.

Read More

 364 total views,  4 views today

Kempen Beli Barangan & Home Essentials Malaysia di PG Mall

Kalau sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai tip shopping raya di PG Mall, kali ini saya ingin kongsikan pula tip beli barangan Malaysia khususnya barangan keperluan di laman web PG Mall. Memang berbaloi dan mudah saja untuk dapatkan barangan keperluan secara online lebih-lebih lagi ketika musim PKPB sekarang ini. Kalau nak tahu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh iPrincesight, PG Mall ini merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace yang paling banyak dikunjungi di Malaysia. PG Mall juga menerima pembayaran melalui e-Wallets dan payment gateway yang lain.    Promosi Kempen Beli Barangan Malaysia di PG Mall ini bermula dari Julai sehingga Disember 2020. Macam-macam sebenarnya barangan keperluan yang kita boleh beli di PG Mall seperti barangan rumah, makanan, barangan kanak-kanak, barangan elektrik, pakaian dan banyak lagi. Sudah semestinya semua ini adalah produk tempatan. Siapa lagi yang nak beli dan pakai barangan Malaysia kalau bukan kita sendiri. #BarangBaikBarangKita Read More

 234 total views,  3 views today

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Skipping ataupun jump rope merupakan salah satu senaman kardio yang terbukti mampu membakar kalori dengan banyak dalam tempoh masa yang pendek. Ianya terbukti apabila saya sendiri dulu pernah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30KG bermula dengan senaman skipping. Saya bermula dengan berat badan 105KG dan selama 2 tahun akhirnya saya mendapat berat ideal iaitu 75KG. Tetapi selepas berakhirnya PKP baru-baru ini berat badan saya mula naik semula kerana tidak sempat bersenam dan tidak menjaga pemakanan kerana banyak menghabiskan masa di rumah dengan makan dan tidur. Berat badan saya naik sehingga 7-8KG dalam tempoh 3-4 bulan. Oleh kerana itu, bermula Ogos 2020 saya berhasrat dan berazam untuk memulakan cabaran menurunkan berat badan semula dengan cabaran skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari.

Cabaran skipping 2,000 setiap hari

Sebelum saya teruskan berkongsi pengalaman saya membuat 2,000 skipping setiap hari selama 30 hari, saya ingin beritahu kepada pembaca semua yang mana saya memang sudah kerap melakukan skipping. Saya sudah biasa melakukan 1,000-2,000 skipping sehari tetapi tidak pernah melakukannya secara konsisten selama sebulan. Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya atapun terfikir mungkinkah seseorang melakukan skipping sebanyak itu. Ada orang yang nak buat 100 skipping pun sudah minta nyawakan? Inikan pula 2,000 skipping.

Ya, ianya possible dilakukan sekiranya sudah biasa dan tahu teknik asas skipping.

Secara puratanya untuk melakukan 2,000 skipping menggunakan speed rope saya mengambil masa sekitar 30-40 minit. Ianya bukanlah 2,000 skipping secara berterusan tetapi saya pecahkan kepada beberapa set. Contohnya saya buat 100 skipping dan rehat sekitar 30-60 saat sebelum menyambung set yang seterusnya. Untuk 2,000 skipping ini pula biasanya membakar sekitar 300-360 kalori. Banyak tak tu? Read More

 1,200 total views,  10 views today

Uniqlo AIRism Face Mask Review

Kali ni saya nak review di antara salah satu face mask yang paling cepat laku dan sold out di Malaysia iaitu keluaran dari Uniqlo. Kalau tak percaya, saya sendiri susah nak dapatkan mask ni walaupun sudah mula berada di pasaran Malaysia semenjak 14 Sept yang lalu. Ini pun saya sempat beli ketika stok baru sampai di Uniqlo AEON Mall Shah Alam. Jadi inilah dia Uniqlo AIRism Face Mask iaitu mask yang diperbuat dari fabrik berkualiti AIRism yang dikatakan sungguh sejuk dan ringan. Ada yang cakap dengan saya, Uniqlo AIRism face mask ni sungguh ringan sampai tak perasan bila kita sedang pakainya dimuka. Betul ke apa yang orang review tu? Kalau nak tau apa pula pendapat saya teruskan membaca.

Uniqlo AIRism Face Mask

Untuk AIRism mask ni, Uniqlo telah mengeluarkan 2 jenis iaitu warna hitam dan putih. Setiap peknya dijual dengan harga RM39.90 dan mengandungi 3 unit di dalamnya. Rekaan pek untuk mask hitam dan putih adalah sama tetapi dibezakan dengan label hitam di bahagian atas peknya. Terdapat 3 saiz untuk mask ini iaitu S, M dan L. Untuk review saya ini, saya membeli saiz L yang dikatakan lebih sesuai untuk lelaki.

Uniqlo AIRism Face Mask adalah washable

Terdapat pilihan warna hitam dan putih

Read More

 768 total views,  3 views today

Roti Aki, roti lembut tanpa telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Kali ini saya ingin kongsikan tentang sejenis roti yang saya rasa sangat unik dan menarik. Roti ini dikenali sebagai ‘Roti Aki’. Apabila pertama kali saya mendengar jenama nama Roti Aki ini saya rasa masih belum tergerak hati untuk mencuba roti ini. Rupa rotinya pula saya rasa biasa saja. Mungkin nampak gebu dan lembut, tetapi sama saja seperti roti-roti yang lain. Tetapi apabila pemilik Roti Aki ini memaklumkan roti ini diperbuat tanpa menggunakan telur, ianya membuatkan saya tertanya-tanya dan terasa ingin mencuba. Ya, betul! Roti Aki, roti lembut tanpa telur. Tapi apa keistimewaan roti tanpa telur? Teruskan membaca.

‘Roti Aki’ merupakan perusahaan anak-beranak yang sudah mula diusahakan semenjak tahun 2015 lagi. Saya dimaklumkan, mereka memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya mampu membuat 10 biji roti sahaja sehari. Namun begitu, setelah perniagaan mereka semakin maju, akhirnya mereka sudah berjaya mempunyai kedai sendiri yang terletak di Kajang, Selangor.

Roti tanpa telur

Roti Aki diperbuat tanpa menggunakan telur. Apabila saya tanya kepada pemilik kenapa tidak menggunakan telur? Apakah yang istimewanya roti tanpa telur? Pemilik Roti Aki menjelaskan Roti Aki ini tidak diperbuat menggunakan telur kerana pada peringkat awal dulu terdapat permintaan dari ibu-ibu yang sedang berpantang yang tidak boleh makan telur. Jadi roti ini amat sesuai untuk mereka. Selain itu juga, Roti Aki ini sesuai dimakan oleh pengamal diet vegan yang tidak boleh makan makanan berunsurkan telur dan daging. Read More

 465 total views,  3 views today

Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision

Assalamualaikum semua. Bagi sesiapa yang memakai cermin mata pasti tahu betapa susah dan mahalnya nak buat cermin mata. Saya sendiri dah mula memakai cermin mata semenjak zaman sekolah menengah lagi dan menjadi perkara biasa untuk menukar cermin mata beberapa tahun sekali. Biasanya kita kena tukar cermin mata sebab faktor power mata kita dah makin tinggi ataupun cermin tu dah rosak. Inilah yang menakutkan saya sebab kos nak tukar cermin mata tu bukannya murah. Saya biasanya menghabiskan ribuan ringgit untuk menukar cermin mata. Tapi kali ni saya nak cuba sendiri betul ke murah sangat cermin mata di Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision di Sungai Wang.

Jom kita mulakan!

Cermin Mata Viral Pilihan Selebriti

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke dalam Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision ini saya dah boleh nampak banyak gambar-gambar artis yang pernah datang kat sini. Famous juga kedai ni rupanya. Pilihan bingkai cermin matanya memang sangat banyak dalam pelbagai bentuk dan warna. Ianya sesuai digayakan samada nak nampak sporty, nampak formal ataupun kasual. Tetapi sebelum tu saya boleh pilih bingkai cermin mata yang saya inginkan, saya diminta untuk membuat eye test terlebih dahulu.

Cermin mata yang sebelum ini sebenarnya saya dah pakai hampir 6 hingga 7 tahun tau. Bukannya saya tak berniat nak tukar, tetapi setiap kali nak tukar budget pula tidak mengizinkan. Dengan power mata saya hampir 400 dan silau 200 memang sudah pasti harga cermin mata saya takkan begitu murah. Pada awalnya saya amat sangsi yang Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision boleh menawarkan harga yang murah seperti di dalam promo mereka. Sebab saya yakin, sekurang-kurangnya harga cermin mata saya ni mesti seribu ringgit. Read More

 665 total views,  3 views today

Skipping 63 minit bersama ZAYAN

Walaupun tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan kurang meriah dan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana pendemik wabak COVID-19, namun begitu tidak bermakna kita tidak menyambutnya. Apa yang penting adalah semangat cintakan negara sentiasa tersemat dijiwa. Tahun ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan, saya telah menyertai kempen ZAYANSkip4Frontliner iaitu salah satu aktiviti skipping beramai-ramai selama 63 minit yang dianjurkan oleh radio Zayan. Acara skipping 63 minit bersama Zayan ini adalah diantara lain sebagai simbolik kepada pengorbanan frontliners negara yang telah banyak berbakti kepada masyarakat. Skipping selama 63minit memang sangat memenatkan tetapi ianya masih tidak setanding dengan penat lelah wira negara kita.

Bertempat di FINAS Ampang, acara pertama kali dalam sejarah ini berlangsung dengan meriahnya. Ianya bermula seawal jam 8pagi dengan perasmian perbukaan ZAYANSkip4Frontliners oleh Ketua Pegawai Eksekutif  FINAS, En Ahmad Idham. Seterusnya saya dijemput untuk mengetuai sesi memanaskan badan ataupun warming up sebelum acara skipping selama 63 minit bermula. Acara ini juga turut dimeriahkan oleh penyampai-penyampai radio Zayan seperti Anas Tahir, Mawi, Lin Ariffin dan juga Azhar Hilmi serta beberapa artis dan personaliti sukan tempatan.

Zayan skip for frontliner

Lin Ariffin, penyampai radio Zayan mengibarkan jalur gemilang

Zayan skip for frontliner

Saya mengetuai sesi memanaskan badan

Zayan skip for frontliner

Warm-up amat penting sebelum memulakan senaman

Read More

 322 total views,  4 views today

Syiling Emas Upin & Ipin x Habib dilancarkan sempena Merdeka

Siapa sangka watak animasi kegemaran Malaysia ini iaitu Upin & Ipin kini mengeluarkan syiling emas eksklusif sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2020. Pada mulanya saya juga hairan kenapa menjual syiling emas, sebab biasanya peminat-peminat animasi akan memilih untuk mengumpul cenderamata seperti baju, alat mainan dan tabung serta macam-macam lagi. Selain ianya lebih mampu milik, cenderamata seperti itu juga lebih disasarkan kepada golongan kanak-kanak yang menjadi sasaran utama animasi Upin & Ipin. Tujuan utama mengeluarkan syiling emas Upin & Ipin bersama Habib adalah untuk menggalakkan kanak-kanak menyimpan dan membuat perlaburan emas pada usia yang muda. Usaha ini sangat bagus dan patut diterapkan lebih-lebih lagi dengan nilai dan pasaran emas yang semakin baik dan menguntungkan. Mari kita lihat suasana pelancaran syiling emas Upin & Ipin x Habib yang dilancarkan baru-baru ini di IOI City Mall.

Saya bersama rakan-rakan dari Les’ Copaque Production telah berada di IOI City Mall pada awal-awal pagi lagi untuk membuat persiapan majlis pelancaran bersama pegawai dan kakitangan HABIB. Semua perancangan disusun dengan baik dan teliti serta mematuhi SOP seperti yang disarankan oleh MKN. Ini adalah kali pertama team Les’ Copaque bekerjasama dengan HABIB di dalam sesebuah acara.

Syiling Emas Upin & Ipin x HABIB

Ketika sesi briefing diadakan sebelum majlis pelancaran

Read More

 440 total views

Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals Marrybrown

Dah lama rasanya saya tak update tentang menu terbaharu dari Marrybrown yang sememangnya Ohsem dan kali ni menunya memang bertambah Ohsem lagi iaitu Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals. Apa yang unik dan menariknya tentang menu ini adalah sosnya yang sedap sangat. Ianya mempunyai gabungan rasa-rasa manis serta bauan arang yang mengasyikkan. Walaupun ada bau-bau arang, tapi tak sangka ianya sangat menyelerakan dan membangkitkan aroma walaupun pada gigitan pertama.

Saya sendiri dah merasai kesedapan Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals Marrybrown pada hari pertama pelancaran menu ini di Marrybrown pada tempoh hari. Sejujurnya semua menunya memang sedap dan tak cukup makan satu set je. Jom saya kongsikan pilihan set yang ada.

Terdapat 3 pilihan set Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals Marrybrown

  1. SOS BBQ Box
    SOS BBQ Burger – Charcoal Bun + SOS BBQ Drumette + Crispy Chicken + Potato Wedges + Onion Rings + Coke
  2. SOS BBQ Burger
    SOS BBQ Burger – Charcoal Bun + Potato Wedges + Onion Rings + Coke
  3. SOS BBQ Drummet
    SOS BBQ Drumette + Potato Wedges + Onion Rings + Coke

Harga bermula dari RM16.90 ke atas dan ketiga-tiga set ini didatangkan dengan Coca-Cola.

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita terjah ke lebih 130 cawangan Marrybrown untuk menikmati set Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals Marrybrown ini.

 598 total views