Category - Sofware & Tutorial

Cara Langgan Meta Instagram Verified

Meta melalui aplikasi media sosial terkenal mereka iaitu Instagram, telahpun melancarkan langganan Meta Instagram Verified iaitu tanda calit biru atau bluetick pada pengguna Instagram. Sebelum ini, hanya pengguna Instagram yang terkenal seperti artis, ahli politik, penyanyi dan sebagainya sahaja yang dibenarkan memiliki bluetick, tetapi kini langganan untuk memiliki bluetick dibuka kepada umum secara berperingkat. Memiliki akaun instagram verified dengan bluetick, bermakna akaun seseorang itu adalah tulen dan meningkatkan tahap kebolehpercayaan kepada akaun tersebut. Mari kita lihat cara-cara langgan Meta Instagram Verified untuk mendapatkan bluetick di Instagram.

Kelebihan Langgan Meta Instagram Verified

  • Akaun anda adalah akaun sah dan diuruskan oleh orang sebenar
  • Meningkatkan tahap keselamatan dan penyamaran identiti
  • Mendapat sokongan pantas untuk sebarang permasalahan berkaitan
  • Menerima beberapa pelekat ataupun sticker istimewa untuk IG Story

Cara Langgan Meta Instagram Verified

  1. Buat permulaan, bukan semua pengguna Instagram sudah boleh menggunakan perkhidmatan ini. Ianya dibuka secara berperingkat. Untuk mengetahui anda sudah boleh melanggan Meta Instagram Verifie atau tidak, boleh cuba layari https://accountscenter.instagram.com/meta_verified/ atau klik di mana-mana akaun Instagram yang mempunyai bluetick.

    Sekiranya akaun anda sudah layak, akan muncul butang untuk mohon sekarang. Sekiranya anda tidak layak, butang masukkan nama anda di dalam waiting list akan muncul.

  2. Harga langganan Meta Instagram Verified adalah RM41.99 sebulan. Caj akan dikenakan serta merta ketika membuat permohonan.
  3. Arahan untuk Turn on two-factor authentication akan muncul sekiranya anda tidak pernah melakukannya.
  4. Anda perlu memuatnaik bukti pengenalan diri seperti IC dan sebagainya untuk proses ini.
  5. Gambar profil Instagram juga harus jelas mengambarkan wajah anda sebenar. Sekiranya tidak jelas, anda harus kemas kini gambar yang baru.
  6. Video pengecaman muka juga harus dimuat naik ketika proses ini. Semua arahan akan tertera di skrin.
  7. Proses ini akan mengambil masa kurang dari 1jam. Perhatikan notifikasi di Instagram oleh Meta untuk sebarang kemas kini ataupun masalah pendaftaran yang mungkin akan wujud.
  8. Sekiranya terdapat masalah, resubmit ataupun daftar semula dengan mengemas kini dokumen yang bermasalah.
  9. Sekiranya proses resubmit ini gagal dilakukan dalam tempoh 3 hari, Meta akan mengembalikan semula yuran langganan.

Read More

 1,998 total views

Kenapa Picasa?

Post kali ni saya akan berkongsi sedikit maklumat mengenai software yang paling kerap saya pakai semenjak dua menjak ni iaitu Picasa. Software dalam kategori Images Viewer ini bukan sahaja mudah digunakan malahan sekiranya pandai ianya akan jadi lebih menarik dan tidak pernah puas menggunakannya. Berikut ialah 10 sebab mengapa saya suka menggunakan Picasa.
1. Fungsi Image Viewer

Fungsi utama Picasa sudah tentulah sebagai software melihat gambar. Tetapi apa yang hebat sangat? Picasa bukan sahaja mampu menyusun gambar mengikut folder dan tarikh malahan Picasa juga mampu mengupdate folder gambar yang dishare melalui sesebuah sistem network. Interface yang simple dan menarik juga merupakan salah satu ciri tambahan untuk software ini. Editing serentak ataupun batch editing seperti rename, color contast dan sebagainya juga amat mudah dilakukan.

Interface Picasa 3

2. Carian gambar

Terlalu banyak gambar memang kadang-kala memeningkan kepala. Lebih-lebih lagi di saat-saat memerlukan carian gambar dengan kadar segera. Picasa membolehkan kita mencari sebarang gambar melalui nama fail ataupun tag yang telah disetkan terlebih awal. Kalau rajin buat tag, akan memudahkan bila nak pakai nanti.

Interface meletakkan tag pada gambar

2. Auto rotate

Kadang – kala kita pasti akan mengambil gambar berformat potrait. Picasa dapat mengenal pasti format ini dan secara automatic akan menayangkan secara betul kepada pengguna. Walaupun, ini bukanlah salah satu features utama, kadang-kala ianya agak berguna.

Gambar Zizan ketika di Hari Keluarga Petronas, Bangi

3. Zoom extra close up

Salah satu features yang amat saya suka ialah kemampuan Picasa untuk zoom melebihi dari had biasa. Kadar zoom kadang-kala mampu melangkau sehingga 5000%. Tetapi buat apalah kita nak zoom sedekat itu kan, cukupkan sekadar 500% sekiranya perlu. Zoom ini kadang kala saya guna untuk memeriksa kualiti gambar ataupun details sesebuah objek.

Zoom 100%

Zoom 500%

4. Upload ke Picasa Web Album

Software Picasa juga mempunyai versi web sebenarnya. Web Album yang bertindak seperti flickr dan fotopages ini sedikit unik kerana boleh diupdate terus melalui software Picasa sendiri. Ini bermakna sekira anda mempunyai gambar yang banyak di dalam PC, anda boleh menguploadnya di dalam web album tanpa perlu membuka browser sekali pun. Untuk pengguna blogspot yang menggunakan emel gmail, sebenarnya anda secara tak sedar sudahpun mengupload gambar di dalam web album setiap kali anda mengupload gambar menggunakan blogspot. Saya sendiri rupanya sudah mempunyai lebih 200 gambar di dalam web album tanpa saya sedari.

Interface Picasa Web Album

5. Menghasilkan Collage

Walaupun rata-rata tak ramai orang yang akan menghasilkan collage untuk gambar kenangan masing-masing, namun features ini merupakan features kegemaran saya. Amat mudah menghasilkan gambar collage sebegini dan hasilnya boleh dipelbagaikan dengan menukar cara susunan ataupun layout. Hanya perlu memilih beberapa gambar yang dikehendaki dan tekan button Create Collage untuk menghasilkan output seperti di bawah. Gambar collage ini juga kemudiannya boleh diguna sebagai desktop wallpaper.

Penghasilan collage yang begitu mudah dan menarik

6. Mengupdate Blog

Software Picasa yang juga dibangunkan oleh Google ini mempunyai ciri yang mampu mengupdate Blog yang berasaskan Blogspot secara terus menggunakan Picasa. Bayangkan anda hanya perlu memilih beberapa gambar yang berkenan di hati dan tekan butang Blog This!. Semua proses dan page Blog akan dibuka secara terus menggunakan Picasa. Walaupun features ini dilihat agak cool, namun saya rasa kebanyakkan user akan masih memilih untuk menggunakan browser biasa kerana sudah terbiasa termasuklah saya sendiri.

Contoh screen ketika proses blog mengunakan Picasa

7. Cropping Gambar

Nak crop gambar pun pakai Picasa? Kenapa malas sangat ni? Bukan malas, tapi sebenarnya Picasa selain mampu mencrop gambar ianya mempunyai system yang akan mencadangkan bagaimana gambar itu nak dicrop. Setiap gambar yang diambil kadang kala composition serta framing gambar agak lari dan kurang cantik. Di sini Picasa mampu mencadangkan beberapa pilihan croping mengikut kehendak objek yang kita ingin focuskan.

Cropping gambar dengan pelbagai cadangan untuk
memperbaiki composition gambar

8. Melihat Video

Melihat video kecil seperti klip pendek juga mudah dan sesuai digunakan dengan Picasa. Selagi anda tidak memilih Picasa untuk menonton filem berdurasi 1 jam 30 minit ianya boleh dianggap masih ringan dan berupaya. Picasa juga mampu digunakan untuk mengedit video-video pendek selain menggunakan software editing video yang utama seperti Adobe Premiere.

Picasa mampu memainkan video

9. Editing Ringkas

Di dalam saya sedang mencari-cari untuk melengkapkan juga, 10 sebab menggunakan Picasa ini terfikir juga features mudah iaitu Tuning Color. Tuning Color seperti menambah shadows, highlight atau filllight ini bukan sahaja dapat dilakukan dengan cepat malahan hasilnya dapat dilihat secara interaktif. Outputnya pula sememangnya sangat menawan dan gambarnya pasti nampak lebih cantik. Namun bagi pengguna yang lebih mahir pasti Adobe Photoshop menjadi pilihan pertama untuk tujuan ini. Saya tidak salahkan anda.

Editing gambar menjadi lebih mudah

10. Timeline View

Features terakhir ini sebenarnya bukanlah terlalu penting bagi membuatkan saya teruja dengan Picasa. Namun untuk melengkapkan sebanyak 10 sebab, saya masukkan juga features ini sebagai yang terakhir. Timeline View ini membolehkan kita melihat folder-folder images yang disusun mengikut timeline atau tarikh. Menggunakan layout yang berbeza, Timeline View ini nampak sangat menarik dan cantik. Namun begitu terdapat software lain yang juga mempunyai features yang hampir sama tetapi lebih baik dan ringan.

Interface Timeline View

Ok, lengkaplah sudah 10 sebab mengapa saya menggunakan Picasa. Kepada yang masih belum dan ingin mencuba software ini bolehlah download di laman web Picasa. Sejak beberapa tahun yang lepas saya sebenarnya pengemar software Image Viewer. Software pertama sekali yang agak terkenal beberapa tahun dulu ialah ACDSee dan kemudiannya diikuti oleh Ifran Viewer dan beberapa lagi. Mungkin beberapa orang menganggap software untuk melihat gambar sesuatu yang agak remeh tetapi saya amat cerewet di dalam hal ini. Sekian~

 1,462 total views