Perjalanan saya dari Hong Kong diteruskan ke Shen Zhen iaitu sebuah daerah di China. Walaupun jarak antara dua negara ini tidaklah begitu jauh, namun proses untuk melepasi kastam di sini amatlah merumitkan. Baca kisah semasa saya di Hong Kong sebelum teruskan membaca.
Saya dibawa menaiki bas yang berbeza apabila sudah berada di Shen Zhen. Pemandu pelancong saya pula sudah bertukar dan kali ini giliran Mr George pula melayan kerenah kami. Mr. George ni banyak pengalaman melayan tetamu dari Malaysia, jadi dia selalu menggunakan beberapa perkataan Melayu yang dia pun tak sure betul atau tidak. Tapi apa-apapun dia ni memang sporting. Seperti yang kita tahu, negara China telah menghadkan akses ke laman sosial Facebook. Oleh itu, ketika berada di sini saya langsung tak dapat update Facebook. Aa-ala Shila Amzah gitu~
5,433 total views