Di kala musim PKP ni dan kita banyak luangkan masa duduk di rumah sampai kadang-kadang risau juga berat badan naikkan? Salah satu cara mudah untuk track berat badan adalah dengan menimbang berat badan kita. Penimbang berat badan biasa hanya mampu memberi tahu nilai berat badan kita sahaja dan sebenarnya ianya masih tidak mencukupi. Berat badan kita dipengaruhi oleh jumlah air dalam badan, peratusan lemak badan, otot dan macam-macam lagi. Sebab itulah kali ini saya mencuba sendiri penimbang berat digital Mi Body Composition Scale 2 dari Xiaomi.
Sebelum saya teruskan, saya ingin maklumkan bahawa Xiaomi sebenarnya mengeluarkan 2 jenis penimbang berat iaitu Mi Smart Scale dan juga Mi Body Composition Scale. Perbezaan antara 2 jenis model ini adalah :
- Mi Smart Scale = Timbang berat badan sahaja
- Mi Body Composition Scale = Timbang berat badan, BMI, muscle mass dan banyak lagi
Untuk review kali ini, saya menggunakan Mi Body Composition Scale 2 yang saya beli melalui Shopee dengan harga sekitar RM60+. Manakala harga untuk Mi Smart Scale 2 pula di Shopee adalah berharga sekitar RM30+. Perbezaan ketara pada Mi Smart Scale ini adalah ianya tidak mempunyai sensor pada bahagian penimbangnya. Jadi kepada sesiapa yang ingin mendapatkan salah satu dari penimbang berat ini harus betul-betul memeriksa model dan juga harga yang ditawarkan. Read More
4,313 total views