Sony Xperia kali ini diperkemaskan dengan keluaran terbaru yang diperkata ramai iaitu Sony Xperia Z5. Meskipun sekali pandang ianya nampak hampir sama dengan Xperia Z3+/Z4 tetapi sebenarnya ianya sungguh banyak berbeza malahan mempunyai beberapa features baru yang sangat menggoda. Diantara kelebihan utama yang “dijual” oleh Sony adalah Sony Xperia Z5 Premium merupakan smartphone pertama di dunia yang mempunyai paparan 4K.
sonyxperiaz5_11

sonyxperiaz5_18sonyxperiaz5_03Paparan 4K bermaksud resolution skrin yang lebih tinggi dan kiraan pixel per inch (ppi) yang lebih banyak. Ini bermakna skrinnya mampu memaparkan kualiti gambar ataupun video paparan lebih tinggi dari biasa dan tak masuk akal. Bayangkan seperti menonton TV 4K pada saiz sebuah telefon. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap saiz skrin 4K yang agak kurang perlu, tetapi suka atau tidak inilah hala tuju teknologi skrin smartphone pada masa akan datang.

Bila bercakap mengenai skrin dengan resolusi yang tinggi, sedikit sebanyak ianya bakal menyebabkan bateri cepat habis. Menyedari perkara ini, pihak Sony bijak mengawal paparan pada Sony Xperia Z5 Premium dengan menayangkan resolusi 4K pada masa memerlukan saja seperti ketika menonton video 4K ataupun gambar 4K. Pada masa biasa, ianya akan menggunakan resolusi Full HD seperti yang terdapat pada Sony Xperia Z4.
sonyxperiaz5_06

Advertisements

sonyxperiaz5_04

sonyxperiaz5_05

Ciri kedua yang amat saya nanti-nantikan adalah sistem imbasan jari seperti yang terdapat pada telefon iPhone dan Samsung. Kedudukan pengimbas jari ini diletak pada lokasi yang sama dengan power button dan ianya kelihatan begitu bersesuaian dan mudah digunakan. Terdapat beberapa review yang memaklumkan sistem imbasan jari ini lebih baik dari yang terdapat di telefon lain.

Kamera pada Sony Xperia Z5 juga sudah dinaik taraf kepada 23 MP dan memperlihatkan keupayaan untuk Zoom Technology dengan mengekalkan kualiti imej walaupun di zoom sejauh 5 kali. Selain itu, apa yang menjadikan Sony Xperia Z5 “menang” jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note 5 ataupun Samsung Galaxy S6 Edge adalah slot kad SD yang masih dikekalkan. Walaupun ianya features ini nampak remeh, tapi masih ramai pengguna smartphone yang masih menggunakan ekstra kad SD
sonyxperiaz5_12

sonyxperiaz5_07

sonyxperiaz5_13

sonyxperiaz5_10

Perbezaan diantara Sony Xperia Z5 dan Sony Xperia Z5 Premium adalah pada resolusi 4Knya. Sony Xperia Z5 Premium sahaja yang mempunyai teknologi skrin 4K dan mempunyai beberapa perbezaan pilihan warna. Beberapa warna baru diperkenalkan termasuklah features cermin pada belakang telefon ini.

Berikut adalah beberapa contoh gambar yang diambil dengan Sony Xperia Z5.

sonyxperiaz5_17 sonyxperiaz5_16 sonyxperiaz5_15

Nantikan review penuh dan pengalaman sebenar setelah saya dapat mencuba sendiri Sony Xperia Z5 nanti.

 

Sumber : Sony Malaysia

 3,743 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.