Sesiapa saja mempunyai keinginan untuk kurus dan ingin mempunyai berat badan yang ideal. Sudah tentu saya sendiri pun inginkan macam tu. Dulu sewaktu peringkat awal saya ingin turunkan berat badan, saya tercari-cari senaman yang mudah dilakukan tetapi boleh membuatkan saya kurus. Saya tahu untuk kurus, kita harus bersenam dan salah satu sukan yang wajib dibuat adalah senaman berbentuk kardio. Mindset saya dan kebanyakkan orang adalah sudah tentu kena banyak berlari.
Dengan berat badan sekitar 105KG ketika itu, saya memang tak suka berlari. Yela, dah la badan berat, nak kena lari bawa beban lebih pulak. Lari sekejap tak sampai 1KM pun dah penat. Bila saya buat kajian online dan bertanya dengan ramai orang, rupa-rupanya senaman kardio lain yang mampu membakar lemak adalah senaman skipping ataupun “jump rope”. Jadi saya pun terus nekad untuk mulakan dengan skipping.
Belajar Skipping “Jump Rope”
Pada awal-awal dulu saya ingat skipping ni senang dan simple saja. Tapi rupanya saya tak mampu pun nak buat. Nak lompat 1, 2 pun tak berjaya. Bila saya tanya kawan-kawan macam mana nak ber jump rope yang sebenarnya ramai pula yang gelakkan saya. Mereka gelakkan saya sebab tak sangka skipping yang begitu mudah pun tak reti nak buat. Selain dari mungkin nampak kelakar orang berbadan gemuk bermain lompat tali. Tapi saya tak putus asa dan saya still terus berlatih. Saya banyak belajar melalui YouTube dan tengok macam mana nak dapatkan form yang betul. Sejak dari tu, senaman rutin harian saya adalah jump rope. Saya akan training di mana saja dan sentiasa bawa tali skipping ke mana-mana sahaja. Tak kisah ke pejabat ataupun bercuti, tali skipping pasti ada dalam beg saya.
Akhirnya setelah sebulan dua saya berlatih, sedikit demi sedikit prestasi saya semakin baik. Dari tak reti nak lompat langsung sehingga dah boleh melompat sekurang-kurangnya 50 kali tanpa jatuh. Perubahan badan saya pun semakin makan semakin berbeza. Oleh kerana skipping memerlukan kita melompat dengan banyak dan melibatkan keseluruhan pergerakkan badan jadi kadar pembakaran kalori tu lebih cepat. Dari berat 105KG, pada bulan pertama sahaja saya dah berjaya kurangkan kepada 95KG dengan hanya melakukan senaman jump rope. Walaupun saya hanya pandai membuat lompatan asas jump rope, tetapi ianya memadai kerana saya berlatih secara konsisten.
Selain dari melakukan senaman jump rope, saya juga mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air masak yang secukupnya. Ianya penting bagi memastikan progress penurunan berat badan berjaya. Selepas itu barulah saya campurkan aktiviti senaman saya dengan berlari, senaman di gym dan sebagainya. Sehingga hari ini, jump rope masih merupakan salah satu senaman kegemaran saya kerana ianya dapat meningkatkan kadar degupan jantung dan membakar kalori dengan cepat.

Kini setelah 2 tahun, berat badan saya terkini adalah sekitar 75KG. Kalau orang tanya senaman apa yang saya buat pada awal-awal dulu untuk kurus, tanpa rasa malu dan sangsi saya akan cakap saya melakukan senaman jump rope. Ramai orang yang tahu kebaikkan skipping tapi ramai yang tak pernah buat secara konsisten. Kalau saya boleh buat, saya yakin semua orang juga boleh. Kepada kawan-kawan saya yang baru ingin cuba turunkan berat badan atau kepada yang ingin bermula melakukan senaman jump rope, silalah cuba.
11,036 total views, 1 views today


Wah… I pun nak lompat lebih sikit untuk kurangkan berat badan I. Thanks for sharing and hope I will be motivated to jump more. Ha ha ha !!!
Terbaik..saya tabik broππ»
it’s time for me to start jumping.. hahaha.. eat too much recently, need exercise…
Kagumnya tengok perubahan zarin. Saya faham bukan senang nak dapatkan berat badan ideal macam sekarang ni kan. Good job. Harap ramai yang terinspirasi untuk kurangkan berat badan bila tau cerita ni
Wah akhirnya nampak usaha gigih tu. Yang mana gelakkan dulu, baru tau ni hasilnya. Nak pergi berlari tak cukup masa, tak larat pula tu. Oklah lps ni nak beli satu jump rope. At least kat umah memalam buta pun boleh skipping!
Tahniah Zarin. Pilih la senaman kardio macam mana pun, kalau konsisten memang akan menampakkan hasil. Saya salute sebab dengan berat badan 105 kg tu pada awalnya boleh melompat! Berat tu nak lompat dengan beban macam tu. Sangat ketara perubahan tuan. 2 tahun rasa sekejap je kan bila tengok gambar. Biarpun tuan je yang tau betapa perit nak mengharungi. Tahniah!
Tahniah sebab jumpa alternatif untuk kurus selain berlari. Senaman kardio ni selain kurus ia juga elok untuk jantung kan? Marsha pun nak kena fit balik ni lepas pantang bersalin.
Nor Marshaliza binti Shaidan recently posted…5 Faedah Menggendong Bayi dengan Mamaway Baby Ring Sling
lma tak buat tali lompat ni..ahhaa..dulu kecik2 memng hebat..hahaa..sekrg tak tau..kene cari tali la..
Ye mmg betul sebenarnya bukan senang nak buat senaman lompat tali ni, masa kanak2 dulu mmg suka main jump rope mmg meletihkan tp utk turun berat mmg kena praktikkan selalu
Memang betul kita nampak perubahan yang sangat ketara dengan Zarin sekarang dan dulu kita pula jadi jelous nak juga macam ni hehehe nak maintain still feet dan juga sihat jer…
I had seen this video and read some comments before. This is inspiring for those want to loss weight.
Terbaiklah brother Zarin. Huge transformation. Selain jump rope, your determination tu bagus. Teruskan gaya hidup sihat and congrats on your achievement πͺπͺ
Wowww such a dramatic difference of your body weight! I really admire your determination and manage to achieve body weight like now. I need to start encourage my husband to do this!
terima kasih diatas tips yang diberikan…sebenarnya dalam apa jua senaman yang dilakukan ianya perlulah konsiten. ini bagi memastikan badan kita mendapat berat yang sangat ideal
Dah lama tak buat skipping dan eksesais segala, lemak pun bersukaria skarang ni. Ok, lepas ni nak mula semula exercise.
Suka sangat tengok perubahan sekarang. Memang satu tips dan juga idea untuk orang lain yang nak kurus & ubah hidup. Teruskan!
Ok ok roger, skipping jump rope ya, mouse mommy nak buat kat rumah jugak! Tq sifu!
OMG! That is an amazing transformation! Congratulations! It’s sad that your friends laughed at you when all you wanted was a guide on how to skip rope…but I am so happy for you for not giving up. You did an amazing job! Please do continue!
[…] perkongsiannya di blog peribadinya, Mohd Zarin menyatakan dia sebelum ini tercari-cari akan bentuk senaman yang boleh menurunkan berat […]
[…] senaman yang boleh dilakukan adalah samada senaman berbentuk cardio seperti jogging ataupun skipping serta senaman berbentuk weight training. Senaman menggunakan alatan berat ini bukanlah untuk […]
[…] bukanlah untuk kurus semata-mata tetapi adalah gaya hidup. Saya sendiri bermula dengan senaman jump rope dan kemudian barulah bertukar kepada aktiviti larian […]
[…] apa saja jenis senaman untuk burn calories. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah indoor run, jump rope, zumba atau apa-apa saja asalkan kita burn calories. Workout yang boleh dilakukan adalah pelbagai […]
[…] pada kebiasaannya saya selalu berkongsi kisah kejayaan saya kurus dengan senaman skipping tapi kali ini saya nak berkongsi kisah kejayaan orang lain pula yang sudah […]
[…] Baca : SENAMAN JUMP ROPE MENGUBAH HIDUP […]