Ketika Malaysia sedang dalam usaha mengawal dan memutuskan rantaian wabak COVID-19, kita semua rakyat Malaysia harus akur dan duduk di rumah di bawah arahan kerajaan untuk Movement Control Order (MCO) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tempoh ini, semua orang tidak dibenarkan melakukan aktiviti di luar rumah termasuklah aktiviti berbentuk senaman ataupun beriadah. Oleh itu, pastinya “kaki lari” dan yang gemarkan melakukan aktiviti kecergasan sudah tak boleh duduk diam di rumah.

Kalau tak lakukan senaman di rumah, kita akan asyik makan dan tidur saja. Sungguh tak produktif hidup kita. Jadi kali ni saya nak kongsikan satu Fitness Challenge yang dianjurkan oleh Sofea Run yang korang semua boleh lakukan di rumah bagi mencabar diri sendiri dan seterusnya mengekalkan hidup sihat.

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Jom sertai Sofea Run MCO Fitness Challenge

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Ini adalah challenge berbentuk calories burned. Kita harus membakar kalori setiap hari bermula dari 10 April sehingga 23 April 2020 iaitu selama 14 hari tanpa gagal. Setiap hari terdapat minimum kalori yang harus dibakar dan disasarkan.  Bermula pada 10 April dengan 50 calories sahaja yang harus dibakar dan diteruskan setiap hari dengan kenaikan jumlah kalori harian sehinggalah pada hari ke 14 iaitu dengan jumlah 500 calories. Nampak macam mencabarkan?

Advertisements
Sofea Run MCO Fitness Challenge

Jumlah kalori yang harus dibakar setiap hari selama 14 hari

Cara Burn Calories

Untuk challenge ni kita boleh lakukan apa saja jenis senaman untuk burn calories. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah indoor run, jump rope, zumba atau apa-apa saja asalkan kita burn calories. Workout yang boleh dilakukan adalah pelbagai dan tidak ditetapkan asalkan kita rekod data calories burned kita tu menggunakan fitness tracker seperti Apple Watch, Garmin, Fitbit ataupun apa-apa sahaja. Ini adalah kerana setiap hari kita kena hantar data kalori kita itu melalui aplikasi Sofea Run untuk tujuan simpanan data.

Lucky Draw

Selepas kita berjaya tamatkan cabaran Sofea Run MCO Fit Challenge pada hari ke 14 nanti, setiap peserta berpeluang memenangi lucky draw berupa voucher pembelian online. Voucher ini boleh digunakan kemudian untuk membeli barangan keperluan harian yang amat penting bagi kita ketika MCO ini.

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Peluang memenangi voucher online

Menderma Tabung COVID-19

Sambil kita melakukan senaman dan burned calories, kita juga sebenarnya sudah membantu mengurangkan beban frontliners dengan menyumbang dana ke dalam tabung COVID-19 melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Ini adalah kerana setiap yuran penyertaan untuk Sofea Run MCO Fit Challenge ini sebahagiannya akan disalurkan untuk tujuan kutipan dana.

Sofea Run MCO Fitness Challenge

Bersenam sambil menderma

Registration Fee

Sebenarnya nak join ni tak mahal sangat pun dan kosnya hanyalah RM9.90. Kos ini adalah kos pengurusan aplikasi dan pendaftaran Sofea Run dan seperti yang dimaklumkan tadi, lebihan dari jumlah kos pendaftaran ini adalah untuk sumbangan ke tabung COVID-19. Ketika proses pendaftaran melalui aplikasi Sofea Run nanti kita ada pilihan untuk membuat jumlah sumbangan kita nanti.

Bagi saya dengan kos RM9.90 ini, Sofea Run MCO Fit Challenge ini tidaklah terlalu mahal dan membebankan peserta. Kita anggap ianya sebahagian dari motivasi kita untuk paksa diri kita bersenam selama 14 hari berturut-turut. Bila kita sahut cabaran kita sendiri dengan automatik akan memaksa diri untuk melengkapkan cabaran tersebut. Kesihatan diri kita masih perlu jaga dan mengekalkan kehidupan yang sihat. Kawal pemakanan dan teruskan menjalani kehidupan yang aktif.

Sama-sama kita doakan supaya COVID-19 ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Untuk info lanjut mengenai Sofea Run MCO Fit Challenge boleh rujuk laman media sosial Sofea Run.

Facebook : https://www.facebook.com/SOFEARun
Instagram : https://www.instagram.com/sofearun/

400 total views, 1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

14 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.