Walaupun tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan kurang meriah dan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana pendemik wabak COVID-19, namun begitu tidak bermakna kita tidak menyambutnya. Apa yang penting adalah semangat cintakan negara sentiasa tersemat dijiwa. Tahun ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan, saya telah menyertai kempen ZAYANSkip4Frontliner iaitu salah satu aktiviti skipping beramai-ramai selama 63 minit yang dianjurkan oleh radio Zayan. Acara skipping 63 minit bersama Zayan ini adalah diantara lain sebagai simbolik kepada pengorbanan frontliners negara yang telah banyak berbakti kepada masyarakat. Skipping selama 63minit memang sangat memenatkan tetapi ianya masih tidak setanding dengan penat lelah wira negara kita.
Bertempat di FINAS Ampang, acara pertama kali dalam sejarah ini berlangsung dengan meriahnya. Ianya bermula seawal jam 8pagi dengan perasmian perbukaan ZAYANSkip4Frontliners oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, En Ahmad Idham. Seterusnya saya dijemput untuk mengetuai sesi memanaskan badan ataupun warming up sebelum acara skipping selama 63 minit bermula. Acara ini juga turut dimeriahkan oleh penyampai-penyampai radio Zayan seperti Anas Tahir, Mawi, Lin Ariffin dan juga Azhar Hilmi serta beberapa artis dan personaliti sukan tempatan.
Sesi memanaskan badan sangat penting sebelum memulakan sebarang senaman bagi memastikan badan kita sudah cukup bersedia untuk melakukan senaman sebenarnya. Ketika ini, En Ahmad Idham dan pegawai-pegawai Finas juga turut serta.
Sebenarnya ZAYAN Skip for Frontliner ini merupakan inisiatif bersama penyampai radio Zayan iaitu Anas Tahir dan juga penerbit muzik Zayan iaitu Shamsul. Mereka berdua sememangnya amat menggemari senaman skipping dan masing-masing sudah berjaya menurunkan berat badan sejak mengamalkan senaman ini. Oleh kerana cintanya mereka terhadap senamanan skipping, maka terhasilnya acara ZAYAN Skip for Frontliner sini.
ZAYAN Skip for Frontliner
BERMULA! Memang meriah sesi permulaan skipping Zayan Skip for Frontliner ni. Ianya seolah-olah perlepasan acara larian yang lengkap dengan timing board dan wisel. Perasaan ketika itu memang sungguh mendebarkan seolah-olah sedang mewakili pasukan Malaysia dalam acara lompat tali. Hampir 30 orang peserta yang menyertai acara ini dan memulakan lompatan bersama-sama. Semuanya memulakan pelbagai jenis lompat tali dari lompatan asas sehinggalah kepada lompatan skill.
Komuniti dari Jump Rope Malaysia juga turut turun padang bagi memeriahkan lagi acara ini. Jump Rope Malaysia yang rata-ratanya lebih profesional, turut menunjukkan gaya skill lompatan istimewa yang mereka mahir lakukan. Memang meriah dan hilang penat bila dapat melompat bersama-sama macam ni.
Walaupun 63 minit itu bukan salah satu tempoh masa yang sekejap, tetapi semasa ZAYAN Skip for Frontliner tidak terasa pula masa berlalu begitu pantas. Semua peserta berskiping bersama-sama dan ada yang bergilir ganti. Perasan berkobar-kobar ketika sedang melompat terus hilang apabila lagu-lagu patriotik berkemundangan mengiringi lompatan. Akhirnya 63 minit berjaya diharungi bersama-sama. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya melakukannya seorang diri. Berkat kerjasama dari semua peserta akhirnya aktiviti ZAYAN Skip for Frontliner berjaya selesaikan bersama-sama. Tahniah semua!
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong acara ini lebih-lebih lagi radio Zayan selaku penganjur acara yang sungguh bermanfaat ini. Saya juga ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong dan turut serta menjayakan kempen ini bersama-sama. Tahniah kepada kita semua kerana sekurang-kurangnya, menyambut Hari Merdeka dengan cara dan gaya kita tersendiri.
Sila tonton video YouTube saya untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai acara Zayan Skip for Frontliners ini.
322 total views, 4 views today
Skipping ni memang senaman yang efektif untuk turunkan berat badan. Tapi, LH memang mengalah dah dengan skil-skil jump rope tu. Tiap kali nak buat tak lepas aje.
Bagus event ni, sambil gathering buat aktiviti sihat macam ni memang bertambah semangat kan?
Huda recently posted…Program Jelajah Pesona Selangor 2020 | Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!
Lamanya tak main skipping rope ni especially the last few years… Rasanya kena skipping balik untuk kesihatan juga.. Anyway, well done to the team for organizing the Zayan Skip For Frontliners!
Tahniah Zayan. Aktiviti yang amat bagus!
Perlu diteruskan dari masa ke semasa. Beruntungnya bro dapat join
Nina Mirza recently posted…Cepat Shopping di PG Mall Wow Store, Super Brand Sales, Health Beauty Essential Week
Fuhh 63 minit. Power! Kita ni yang jarang skipping 5 minit pun lama dah tu rasanya.
Fanahalim recently posted…Daun Sup Tahan Berbulan Dengan Cara Penyimpanan Yang Betul | Daun Sup | Resepi |
Fuhhh seronoknya. Tengok semua macam dah expert jump rope. Ruby masih belum mahir lagi nak buat cross tu. Nanti ajar ye cikgu. Haha
Ruby recently posted…Produk Mandian Dan Penjagaan Rambut Summerie Membangkitkan Mood Ketika Me-Mandi Time.
Bestnya event ni. Lama dah tak skipping or join stuff like this. Suka actually bila dapat beriadah altogether. Kesihatan tu penting. Oh Malaysia!
Madam B recently posted…PROTON X50 Bakal ‘Bad Boy’ Dalam Pasaran Automobil Negara Dibuka Untuk Tempahan Bermula Hari Malaysia 2020
Wahh seronoknya skipping beramai ramai. Bagus buat program macam ni.mwnyedarkan masyarakat pentingnya skipping eh bersenam. Hehe
Awatlah jauh sangat, taknak ke buat roadtour ke Johor gak…kalaun ada nak juga join sama…now buat gak kat rumah,s edang usaha nak buat 5 minit tanpa ada sangkut hehehehe
Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – PAYUNG EMAS
Memang kene bebetul fit ni. Tp best jgk jumping rope bergilir-gilir tambah dengan muzik dia jadi mcm syok gitu kan
Izzati recently posted…Persembahan Makyung Patuh Syariah Di Hotel Grand Riverview
Zarin the skippingnya memang berpisah tiada… bagus… semoga diteruskan