Melalui Plan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan dalam usaha meransang dan memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19 kali ini memberi kredit RM50 kepada setiap rakyat Malaysia melalui perkhidmatan eWallet terpilih. Sebelum ini, kerajaan pernah memberi insentif RM30 melalui program e-Tunai Rakyat dan ianya disambut dengan baik oleh rakyat Malaysia. Kali ini melalui ePenjana sebanyak RM35 billion diperuntukkan. Berikut adalah cara menebus RM50 ePenjana.
Terdapat tiga penyedia e-Wallet yang terpilih untuk program ini iaitu Touch n’ Go, GrabPay dan Boost. Penebusan boleh dilakukan bermula pada 1 Ogos 2020 sehingga 24 September 2020. Proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum ianya akan dikreditkan di akaun masing-masing. Proses pengesahan akan melibatkan pengesahan maklumat diri di aplikasi MySejahtera. Baca di sini untuk mengetahui cara pengesahan diri dan aplikasi MySejahtera.
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas
- Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
- Memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan akaun aplikasi eWallet terpilih
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia berhak mengetahui cara menebus RM50 ePenjana yang diberi oleh pihak kerajaan Malaysia ini dan harus tau cara-cara untuk melakukan proses ini. Berikut adalah cara-cara untuk claim RM50 ePenjana menggunakan 3 aplikasi e-tunai sedia ada.
1. Claim RM50 ePenjana menggunakan Boost
Langkah 1 : Buka aplikasi Boost e-wallet dan klik pada ruang jumlah kredit
Langkah 2 : Pilih menu Upgrade to Premium Wallet dan klik pada Upgrade Now
Langkah 3 : Ikuti arahan untuk mengambil gambar kad pengenalan depan dan belakang anda untuk proses verifikasi
**Akaun anda akan disemak dalam tempoh 48jam
2. Claim RM50 ePenjana menggunakan GrabPay
Langkah 1 : Buka aplikasi Grab Mobile dan klik untuk upgrade GrabPay Wallet
Langkah 2 : Klik “Upgrade Now”
Langkah 3 : Ambil gambar MyKad anda dan selfie. Ikuti arahan seterusnya untuk proses verifikasi
**Akaun anda akan semak dalam tempoh 48 jam
Langkah 4 : Claim di menu utama dan tunggu 5 hari waktu bekerja untuk dapatkan RM50
3. Claim RM50 ePenjana menggunakan Touch ‘N Go eWallet
Langkah 1 : Klik “Verify Account Now” pada page profile.
Langkah 2 : Ambil photo MyKad melalui aplikasi Touch ‘N Go e-Wallet.
Langkah 3 : Ambil gambar wajah anda dan klik “Let’s Go Button”.
Aplikasi Touch ‘N Go eWallet nampaknya menawarkan lebih ganjaran bonus iaitu RM30 tambahan. Ini bermakna anda akan mendapat RM30+RM30=RM60 sekiranya menebus menggunakan aplikasi TnG.
Bolehkah Saya Tuntut Insentif RM50 ePenjana Lebih Daripada Satu Platform e-Wallet?
Tidak boleh. Pengguna hanya dibenarkan menuntut insentif tersebut sekali sahaja daripada salah satu platform pengendali e-wallet terpilih.
Tarikh Luput RM50 ePenjana
Insentif e-Tunai Rakyat boleh digunakan bermula dari 1 Ogos 2020 sehingga 24 Sept 2020.
372 total views, 2 views today