Selepas inisiatif RM30 melalui program eTunai Rakyat, kerajaan selepas tempoh PKPB ini memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi dan merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion. Di dalam inisiatif ini, kerajaan memberi RM50 di dalam bentuk akaun ewallet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.

Ini adalah salah satu cara dan norma baharu yang digemari ramai rakyat Malaysia dengan menggunakan pembayaran tanpa sentuh ataupun contactless payment. Oleh sebab itu penggunaan perkhidmatan eWallet semakin popular semenjak musim PKP.

Inisiatif RM50 ePenjana ini akan bermula pada bulan Julai 2020 dan akan dimanfaatkan oleh seramai 15 juta rakyat Malaysia. Ini adalah cara-cara untuk claim RM50 ePenjana dan mendaftar ke dalam eWallet anda.

Advertisements

Apa kata anda ikut tutorial daftar mudah di bawah.

Cara Claim RM50 ePenjana

Terkini melalui pengumuman terbaru kerajaan, hanya pengguna yang download dan install aplikasi MySejahtera sahaja yang akan diberikan bantuan eTunai Rakyat atau eWallet RM50. Jadi untuk mendapatkan RM50 ke dalam akaun eWallet anda, langkah pertama adalah dengan memuat turun aplikasi MySejahtera,

Cara Download MySejahtera

Bagi pengguna iOS atau Android, anda boleh terus download aplikasi MySejahtera melalui laman rasmi di bawah

http://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Pilih jenis peranti telefon yang anda gunakan dan terus install aplikasi tersebut.

Cara Daftar MySejahtera eWallet RM50

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi MySejahtera buat kali pertama.

  1. Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik butang “Dafftar di sini” bagi pengguna baharu
  3. Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin mendaftar menggunakan e-mel).
  4. OTP akan dihantar melalui SMS daripada nombor 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan emel, pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui emel.
  5. Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar”.
  6. Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan”
  7. Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman log masuk.
  8. Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (Nombor telefon atau emel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk”

Pengumuman dan proses pemadanan kredit RM50 ewallet akan dibuat bagi pengguna MySejahtera bermula Julai 2020 nanti. Cara-cara claim RM50 ePenjana akan dibuat melalui aplikasi MySejahtera nanti.

702 total views, 4 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.